Monday, June 25, 2012

terbang

Seingat aku masa aku kecil ah comey lotey woi putih mulus montot tonggek pampers, aku suka main lompat lompat sofa. Dari sofa sini ke sofa seberang. Lagi jauh petak yang aku boleh lompat, lagi bangga nak jerit 'ma, ma kita dah boleh lompat jauh'. Mama geleng kepala. Tak sampai hati nak marah. Kasihan kat diriku ini yang sebatang kara, belum didatangi adik lagi ketika itu. Jadi segala macam permainan sendiri adalah dibenarkan. Asal kan bukan depan mata ayah. Marabahaya.

Syok syok mama tengok hindustan, aku terbang lagi dari sofa yang aku tindih tindih biar tinggi. Bangga betul. Terjun tanpa cacat cela. Tak cukup dengan sofa petak petak macam cerita jins shamsudin tu, aku terai pulak kat katil mama. Siap tanda kat dinding, tinggi mana aku capai setiap kali buat terjunan. Kalau nak lagi tinggi, kena lagi lebar tudung yang sepelet dari mama. Fuuuuu sejuk bila kat awangan.

Tak pernah kena marah pun. Tapi, aku faham jelingan mama tu bermaksud aku cuma boleh main terbang terbang macam tu masa itu sahaja, di situ sahaja. Tak boleh bawak keluar. Dan tak boleh bawak ke besar.

Tapi nak buat macam mana.


sori ma, dorang ajak main terbang terbang




No comments: