Pemanasan global menyebab kan aku berpeluh dahi ketiak leher dan sebagainya. Justeru membuak buak panas ke hati. Aku harap ini tidak berpanjangan. Memandangkan aku tengah serabut memikirkan masa hadapan. Gaya sibuk dah macam perdana menteri kan. Haha.
Sebenarnya panas gila sebab petang tadi aku balik buat kerja rumah laju laju. Nak makan mangga pisang. Katanya sedap. Sebab aku cuma beli sebiji, maka hanya insan bertuah sahaja dapat merasa nya. Cewah. Semua baju aku basuh, jemur dan lipat. Pinggan mangkuk sikit lagi nak berderai sebab tangan aku bukan main cargas lagi menyental. Messi juga telah memberi kerja tambahan. Beliau shi shi di atas katil. Biadab betul. Laju laju laju. Masa mencemburui. Sekejap lagi nak maghrib. Sekejap lagi nak bergerak makan mangga. Haha. Wahsai kau sayda.
Macam ni lah. Kalau rasa panas tak tertahan. Bertenang. Cuba berbaring dan bayang kan tengah berbaring di tepi air terjun. Sejuk nyaman sekali kan. Tapi sampai situ sahaja. Jangan bayangkan berbaring dan terjunam ke ke air terjun dalam. Haha. Dengan bunyi air. Bunyi burung cip cip cip. Bunyi entah apa unggas lain. Tenang kan. Sejuk kan. Hati pun sejuk.
Kegemaran terbaru aku. Rasa seperti di spa.
No comments:
Post a Comment