Friday, June 29, 2012

ni perempuan suka punya

Hari hari kerja aku mesti nak tengok apa design kek terbaru kak lat. Belakang tapak tangan dah kembang dah kulitnya asyik menampung air liur yang menetes tak tahan tengok kek. Kan bagus kalau tiba tiba je, dunia jadi gelap gelita dan ada orang jerit sepraisssss kat telinga gua kuat kuat dengan membawa sebiji kek berbunga tebal dan scallop labuh. Haha. Seprais yang bukan tunggu birthday sahaja. Asalkan seprais.

Bukan setakat itu sahaja. Mulut aku yang ada beberapa biji tahi lalat adalah sungguh manis sekali bahasanya bila bercakap. Semanis orang nya. Dan sudah tentu lah makanan kegemaran aku adalah cokelat. Dari coklat duit duit sekeping 20sen sampai lah coklat timbang segram rm25. Alangkah manis nya dunia, tiba tiba ada longgokan cokelat atas katil ku. Sungguh seprais. Nescaya, tidur ku hanya beralaskan cokelat sahaja malam itu ahbang.

Lagi cita cita bagi perempuan yang suka berangan macam aku adalah tiba tiba je ding dong ding dong ada sahaja mat bunga yang datang nak hantar bunga. Tak lupa, setiap kali hantaran, mesti ada pesanan berunsurkan kasih dan sayang. Kepada bebeh, bunga ini untuk u. Daripada, orang lah. Fuu. Tak payah convocation sekali lagi pun dapat bunga lagi. Haha. Nak bunga bungi pleaseeee.

padahal merembat bunga get well soon orang dan saja buat propa haha

Dan aku adalah seorang awek hot yaAllah kenapa aku menipu diri sendiri ni sesungguh nya gua tak hot tapi hot hot chicken shit sahaja akan sangat melembik bila menerima deretan lagu lagu cinta dedikasi khas untuk ku. Dah pasti lagu please please please kamu jangan nakal pun termasuk dalam golongan lagu tangkap leleh. Srott srott terharu dengan hadiah serupa puisi begitu.

Ah sudah lah. Sebenarnya tak payah keluar modal banyak pun tak apa. Sehelai sms hai saye, demo wak gapo tu pun dah cukup meruntun hati perempuan.


p.s: padanan warna hari ni memang win. aku pakai baju corak hijau dan tudung pink.

No comments: