Tuesday, June 19, 2012

selamat pengantin baru echah!

Satu lagi perkahwinan SGF di abad ni. Di mana sudah tinggal berapa kerat je lagi yang liat nak berkahwin sebab galok cucuk langit lagi. Haha. Tak boleh berjumpa sebenarnya. Sebab bukan datang melancarkan majlis, tapi untuk bersuka ria je nampaknya. Okay, sila ingat, nanti nak kahwin, sila harap kan adik beradik sebab dorang datang mesti terjerit terlolong sahaja kebanyakkannya. Rambut terkibar kibar, ketiak berbasah basahan, baju koyak rabak.

Semua nak kahwin dan ini adalah merupakan perkahwinan idaman echah. Baju cantik, mekap cantik, pelamin cantik, kawan kawan lagi lah cantik. Semua sempurna dan aku doakan semua untuk kau adalah yang baik baik juga. Amin amin.

Nak blog dari hari tu lagi pasal ni, tapi kat rumah cik bob tak bayar tenet ke apa dan masa ni je lah aku lancar menaip. Time report, terkiput kiput kau taip eh sayda. Tengok gambar satu satu, bergenang air mata. Rindu. Tak sangka dah 14 tahun bersohabat. Dari licin, sampai lah ada bulu, ada jerawat kedut uban. Ye dah mula perangai perempuan sejati lah tu. Sikit sikit touching. Dan sementelah juga aku mempunyai hati yang sangat nipis. Sikit sikit terasa. Sikit sikit merajuk. Haha.

Ni adalah gambar yang aku cilok sana sini.



Siap ada gambar keluarga. Berlatih bergambar kat rumah orang tua kelak. Kau tengok hamster, penyayang.


aweks

berdebar debar tak majlis kahwin kau jadi macam ni? haha

ahli jawatan kuasa

cantiks nya awek

satu satu nya gambar yang ada pengantin yang aku cilok. credit to https://www.facebook.com/mycutemomentcom

ye abesah di situ
bahana pengantin tinggalkan pelamin

cawangan tutti frutti taman tun

aweks cun #1 


aweks cun #2

aweks cun #3 (termasuk yang kenit itu)



oh sumpah ni lagi aweks cun
Okay lah sekian sahaja untuk kali ni. Semoga berita gembira seterusnya adalah tentang aku hafiez pulak. Hehe.


No comments: