Nanti bila tua, aku nak bersenam pagi pagi selepas tunaikan solat subuh berjemaah dengan atuknya. Jadikan bersenam tu amalan bersama sama sejak berkahwin. Singgah kat reban ayam bagi dedak supaya ayam ayam ku gemuk gemuk hendaknya. Lepas tu, sama sama pergi dapur dan buat jemput jemput bilis. Dengan air kopi panas. Masa tu, dah tak ada nya aku nak hirup lagi air mocha ke cappuccino ke machiato ke. Paling kuat pun, white coffee old town punya.
Dengan baju kurung kedah bunga kecil kecil dan kain batik pemberian jiran sebelah sempena ulang tahun perkahwinan, aku dengan sang atuknya tengok tv sama sama. Dah tak berminat dah nak tengok akedemi fantasia ke kelab pop ke bolos saja dinding itu ke. Lebih berminat tonton tv1.
Bila anak balik kampung, aku dah tak adanya nak bawak anak pergi jalan jalan kat shopping mall ke apa. Bawak anak masuk kebun. Tunjuk ok dari hulu sana sampai ke hilir tu kita punya dusun. Bagitahu dia ulam mana yang boleh buat aku nampak muda walaupun usia dah mak ai dah nak masuk 74 tahun.
Main main dengan cucu. Yang besar bagi ceramah sikit sikit pasal kehidupan. Jangan pakai seksi. Jangan balik rumah lepas kerja lewat sangat. Jangan berdating lama lama sangat. Yang bayi pula, aku kendong. Letak dia dalam kain batik dan ikat menyilang di badan.
Bila maghrib, jangan harap aku nak kasik cucu cucu aku tonton sincan ke apa. Anak nya pun aku haramkan nak tengok cerita omputih ke apa. Bila degil taknak tutup tv, aku bebel. Kalau masih degil, aku cabut plug tv terus. Habis cerita. Lepas sembahyang nanti, ha baca yasin sama sama dengan nenek. Cucu sulung lelaki aku jadi bilal.
Sebelum tidur, sembang anak beranak kat dapur. Atuknya sibuk layan berita pukul 10 kat tv 1. Cucu cucu ada yang berlari lari. Ada yang sibuk bermain mekap. Ada yang melalak nangis. Aku pun tak kurang cerita juga. Cerita pasal raya tahun ni kita nak sembelih berapa banyak ayam. Bagitau jangan beli kuih banyak sangat. Kang tak habis susah. Bila semua dah tidur, aku masih berjaga nak pastikan semua selamat dari nyamuk. Aku pasang ubat nyamuk putar.
Hmm. Banyak betul berangan apa nak buat nanti agaknya bila aku dah tua. Dah jadi warga emas. Jadi teras masyarakat pula. Kan. Haha. Padahal baru je main main 'make your face old for free'. Kalau nak cuba, kelik sini.
p.s: hensemnya dia
1 comment:
haha xleh bla la muka ko masa tua.aku taknak la bagi cucu aku lawat ko masa raya nanti.
sape yg hensem?
Post a Comment