Masa awal awal dulu, semua orang sibuk lah book nak team apa world cup kali ni. Aku yang terang terang kaki bangku ni pun nak jugak, kang tak pasal pasal kena tuduh kolot. Jadi, aku ingat nak cop german. Tiba tiba teringat kat ofis aku tu bapak ramai penyokong germany. Maka, aku ada second team. England.
Memang poyo habis. Buat jersey lah beli keychain lah siap gaduh gaduh dengan team italy kat fesbuk. Haha. Padahal sebaik sahaja england kalah, aku laju je bertukar team. Haha. Lalang tak lalang. Sedangkan pantai pun berubah apatah lagi hati orang. Haha.
Nak nak hati aku dah jatuh cinta pulak dengan Thomas Mueller. Nampak gagah dan mapan sekali berlari kejar bola kat padang. Lagi cekci bila team dia pakai jersey putih. Terima kasih mueller ku sayang, sebab menyingkir teves yang sangat emo. Emo sangat sangat. Kita meluat tengok dia.
Lepas ni kena gegas gegas cari jersi germany. Bukan jersi yang tempah tempah kat fesbuk tu. Haha. Ah, sungguh sakai.
Aku mintak maaf. Dah dah lah tu tak nak bertegur sapa dengan aku. Aku mana ada kawan lain. Ni kalau aku mati ke apa kat oversea nanti macam mana. Tak sempat nak melawak lawak lagi.
p.s: Kenapa semakin malas pergi kerja
3 comments:
woi tevez emo sebab ref bodo!!! LOL emo
hahaha. dia memang emo. muka dah lah bengis
muka dia memang bengis. kalau sekali pandang macam harimau. kadang kadang macam drakula. kadang kadang macam kambing. nasib baik messi hansem
Post a Comment