Saturday, July 31, 2010

mulakan meng'EMAS' sekarang

Hai. Sunyi gila kat rumah sekarang. Dengan hujan renyai renyai nya. Sesuai sangat menulis blog. Barulah ada elemen elemen romantis.

Bila usia dah banyak macam ni (usia adalah rahsia), aku selalu terfikir fikir mana duit aku pergi lepas dah kerja lebih 1 tahun. Kenapa macam tak ada saving yang stabil. Sumpah aku cakap dengan korang, duit aku tak dapat dirasa banyak pun. Dalam bank pun tak banyak. Adalah sikit sikit.

Jadi, aku rasa aku dah patut mulakan sekarang. Aku nak mula cari apa yang patut sementara mampu dan bertenang. Aku nak kumpul emas.

Tak adalah segan nak beli emas ni. Walaupun ramai yang cakap, muda muda pakai emas ni nampak macam makcik makcik. Tak apa, nanti aku memang jadi makcik pun. Walaupun ramai cakap, beli emas nak buat apa, bukan boleh buat pegang sendiri pun. Tak apa, aku nak cari emas yang aku boleh pakai atau pegang. Bukan setakat ada dalam bentuk tulisan sahaja.

Walaupun ramai cakap, daripada beli emas, baik simpan kat asb atau pun labur kat unit trust atau pun simpan je dalam bank. Tak apa, aku nak rasa aku simpan harta kat banyak tempat. Walaupun ramai cakap nak beli emas ni kena banyak duit. Tak apa, aku nak mulakan sikit sikit je dulu. Siap aku buat langkah pengiraan sendiri lagi. Tak tahulah formula apa aku tibai. Tapi, tu kira strategi aku untuk sampai dapat memegang 20gram emas 999. Tak adalah tamak sangat kan. Haha. Poyo.

1. Beli 1 dinar bulan ni (lagipun harga tengah turun, aku lock masa RM559).

2. Beli lagi 1 dinar bulan depan dan untuk 3 bulan seterusnya 1 dinar setiap bulan (aku tetap akan consider mana mana komitmen lain yang lebih penting dan harga semasa juga).

3. Bulan ke-6, dengan modal aku nak beli 1 lagi dinar tu dan 5 keping 1 dinar yang aku beli bulan bulan sebelum tu, aku convert kepada 20gram emas 999.



Kesimpulannya, kalau aku kuat untuk sampai dapat rasa sendiri duit aku tu dalam bentuk emas, aku puas. Aku percaya emas sebab emas bersifat sepanjang zaman. Evergreen. Nilai dia tak susut. Stok dalam perut bumi pun dah tak banyak. Jadi, lagi lama simpan, lagi kaya lah kau. Lagipun, kalau aku menyimpan dalam bentuk wang tunai, dah sah sah lah duit aku kejap ada kejap tak ada kejap ada lepas tu tak ada terus. Tau tau je, eh duit aku dah jadi handbag. Memang tak menyimpan.

Sambil sambil aku dapat menabung, aku sebenarnya percaya yang aku tengah menternak nilai dia. Kalau kau berminat, dan memang nak cuba miliki sendiri emas tu baguslah. Muda muda ni lah aku rasa kita kena mula menjaga kebajikan sendiri. Mak aku pun mesti mesti bangga dengan cita cita makcik aku ni.

barulah 'okie dokie'


p.s: dulu aku bengkek betul mak aku taknak belikan aku mainan semata mata nak beli emas.
p.ss: kalau nak beli emas, roger mamat ni --> gold fever

5 comments:

Pintas A! said...

oit. sayda.
ajar aku. tak faham laa dinarmas.
die anta sekeping kat kite ke?

sayda dino said...

hehe. dinar tu emas 916 purity. kau beli, kau pegang lah sendiri emas untuk kau punya safekeeping or kau simpan kat safe deposit box kat bank ke. bukan macam yang gold investment yg bank2 tgh buat tu

sheilazrien said...

so ape beza emas yg sayda ade dan pegang sendiri ngan investment emas yg bank buat tue ?!

:)

teng0k sayda da buat.. kak sheila pown mcm berminat jugak !

:D

sayda dino said...

kak sheila. beza dia macam ni. emas yg sayda beli ni, sayda yg control sendiri nak buat apa. either nak simpan sampai tua or sampai duit tak ada terdesak or sampai harga emas naik lepas tu jual balik kat dealer dia/kedai emas/pajak kat bank then beli emas balik banyak2 masa harga tengah turun. yg gold investment tu dgn bank. invest and record dalam account book. kira tak adalah pegang emas tu physically (and confirm lah bukan at exact current gold price.

jomlah kak sheila =D

sheilazrien said...

oOOo.. da paham sket.. tp tue la sayda.. kene familiarkan diri ngan harge emas la kan if nak beli pown.. if dapat agent yg x amek komisen byk, surely bleh beli emas ngan harge yg 'sedikit murah' kan ?!

:)

cam jual beli zaman dulu2 kan.. dinar, emas.. :) .. kak sheila nak buat stadi sket pasal emas ni, then i'll get back to you ek..

:)