Sunday, February 28, 2010

pre-bandung 3. episod templer park

Hai. Nak update blog secara ringkas dengan padat memang payah sebab aku kuat mengarut. Haha. Hari ni adalah hari percutian bermain main bersama sama geng bandung lagi. Bukan senang sebenarnya nak kumpul semua orang, Ni pun tak cukup korum. Kesian nani kenteng. Tapi, aku berbangga dengan tekad murni semua orang. Walaupun banyak halangan. Lepas tu, bangun awal bukan main sebab nak bawak makanan pergi Templer Park. Tapi, goreng nugget pun kena harapkan aku. Nasib baik aku senang terjaga. Dah, cekidout.

Pagi pagi sampai semua hyper gila padahal malam tu aku rasa semua pun tidur lambat. Asyik main tak henti henti. Tak sedar umur masing masing dah 24. Perangai dan tenaga sama macam umur main swimming pool kewek masa form 4 dulu.



Mula mula memang lah tenaga semacam. Kau cuba tengok, masa ni gas masing masing dah habis. Pancit weh. Siut. Aku nak mandi kat bawah je. Takde lah ketar ketar kaki aku sekarang ni bahana panjat tangga tinggi tadi.



Ok, bila dah sampai, hilang semua lelah aku. Tak peduli orang lain nak main macam mana. Aku nak jugak terjun dalam air dan buat aksi macam esok atau lusa atau bila bila dah tak ada masa enjoi eh enjoy. Hiper weh hiper.



Sebelum tamat, sila tengok tabiat luar biasa yang extreme active dalam air.




p.s: rindu kat kenteng

Saturday, February 27, 2010

pre-bandung 2

Selama aku merempat sebab tak ada kenderaan nak ke mana mana, aku rasa bersyukur sangat. Sebab masa macam ni la, aku dapat kenal siapa kawan sebenarnya. Ah, tapi buat apa nak kenang kenang kan orang yang sebenarnya tak boleh jadi kawan malah mempunyai mulut tak bermutu tinggi yang hanya berani serang bila dia dengan aku seorang sahaja. Bila di khalayak, dia sopan macam malaikat.

Hari tu, masa hari hari selapas kereta aku cedera parah (sekarang dah sihat dan mampu membawa aku jalan jalan seperti biasa, yahuuuu!) aku berjumpa dengan kawan kawan sekolah aku. Hmm, memang menggembirakan sekali, hespesyelli sebab berjumpa dengan geng bandung. Oh, ni bukan sebab geng suka minum sirap bandung tapi sebab ada percutian yang dirancang ke bandung tidak lama lagi.

Faham faham lah, bila dah saling berjumpa memang letih. Masing masing ada kerenah. Lepas je simpan kereta aku kat rumah ecah, aku, ecah, norman, aji dan shuze ramai ramai gerak pergi rumah kawan kitorang. Nama samaran dia applepeach143. Kat sana, pasangan bakal pengantin iaitu nani dan ikhlas dah lama tunggu sebab konon konon sama sama nak tolong kemaskan pakaian untuk applepeach143 berjalan jauh. Konon konon kemas lah. haha.



Lepas tu, walaupun penat gila, mata aku dah rabak, tetap pergi rawang. Nak jumpa pula bakal pengantin lagi satu. Buddy dulu semacam je macho nya. Tapi, tak sangka dia jadi antara orang awal yang mendirikan rumah tangga. Tolong menyemak kat rumah buddy memang dalam plan pun. Pengantin pakai inai, ecah pun sibuk nak buat corak paku pakis kat tangan aku pakai inai. Nani tak puas hati, dia tambah lagi bulat bulat kat tangan aku. Kat bilik pengantin pun boleh jadi port. Kesian buddy, harap harap malam pertama dia tak terjejas.




Seperti yang dijanjikan, aku tidur rumah nani. Dia kata, tujuan tidur rumah dia adalah untuk ikat reben kat kad kawin dia. Dia nak pass kat budak budak sekolah esok. Tapi, sesi kreativiti dah jadi sesi umpat kawan kawan dia masa kecil. Gila tak boleh blah. Cerita buat susu pakai kapur kasut. Lepas tu, aku tengok dia tergolek golek kat beranda dengan ecah gelak gelak. Aku join sekejap je. Tambah tambah sikit cerita pasal aiskrim 20sen dulu dulu kalau beli mesti nak patah belah dua. Kalau tak patahkan aiskrim pakai kaki memang tak satria lah.

Mata aku dah tak tahan gila. Masuk dalam. Buat macam rumah sendiri, ambil cadar apa apa yang patut, selimut dan bantal, aku bentang depan tv dan baring. Dah tak peduli macam mana orang lain nak tidur. Bungkus badan sendiri dengan selimut, aku pun terus tertidur. Sebab rakus nak tidur awal lah, dah terkantoi kat diorang semua yang aku adalah naga jadi jadian di waktu malam. Siut. Kantoi pulak aku tidur berdengkur kuat.

Ingat nak buat cerita ringkas je a.k.a cerpen, tapi dah terjadi cerita panjang pulak. Dahlah, sekian.


p.s: tak kira walaupun susah atau senang, aku akan tetap cari kau.

Sunday, February 21, 2010

saya bukan malas, tapi banyak masalah.

Baru bangun tidur. Gila tidur bapak lama. Dari pukul 4 petang, sampai 8 malam. Mimpi pun jadi bukan bukan. Bangun bangun, terus teringat dia, eh tak boleh tak boleh, terus fikir apa aku nak kena buat esok. Macam mana nak gerak pergi kerja weh. Aku rindu kereta aku. Dan aku rasa dia pun rasa yang sama kat aku.

Hm, asyik asyik fikir kereta. Sekarang, aku jadi sensitif. Bila fikir kereta, aku jadi lain dah lepas tu. Orang kata, muka aku macam lempeng. Macam buruk sangat je muka. Shut, lapar pulak bila terbayang bayang lempeng cicah sambal.

Sebenarnya, lagi tak sabar nak gayakan jam tangan baru dengan kereta. Nak pertemukan jam tangan aku dengan kereta. Auw, mereka ada persamaan!



p.s: Kenangan dilayan seperti tuan puteri, memang aku takkan lupa. Entah entah, aku memang ada darah keturunan puteri raja.

Wednesday, February 17, 2010

bang bang boom!

Kalau ada orang rajin nak tanya, sebanyak mana aku sayang kereta, jawapannya, adalah sebanyak sayang aku pada orang orang yang aku sayang. Kau campur campur lah sendiri. Banyak.

Jadi, peristiwa aku eksiden buat kali yang ke 2 ni, bukan sebab aku tak sayang kereta, tapi sebab aku tak sengaja. Sumpah.



Tengok kereta aku remuk macam tu, lagi remuk hati aku. Tak terkata. Bukan je kereta aku sakit, aku patah kaki. Aku dah tak ada kawan yang paling setia lah setakat ni nak bawak aku jalan jalan especially bila aku tengah sedih. Tengah susah hati, tak akan ada siapa dah nak sejukkan aku macam kereta aku boleh buat. Dia pasang ekon je, aku dah gembira balik. Tak ada kereta, tak akan ada lagi sesi jalan2 bersama kawan. Tak ada kereta, habis hilang semua almari bergerak aku. Aku terpaksa tumpang barang barang peribadi di stor ofis. Sedih. Macam merempat. Lagi sedih, bila nak selesaikan masalah kereta aku ni ada pulak orang keji yang menipu aku. Weh, tak baik tau, buat celaka lahanat kat aku yang jauh di perantauan ni.

Tapi, tak apa. Selagi ada orang orang yang selalu ada dekat dengan aku bagi sokongan. Dah cukup best. Walaupun cuba menjadi penyelesai. Walaupun cuma teman dan dengar aku menangis. Walaupun cuba tenangkan aku dengan offer bantuan. Walaupun kau dari jauh. Walaupun kau cuma tanya khabar kereta aku je. Dah cukup weh.


p.s: aku tak rasa hari jadi sebab sibuk fikir masalah.

Monday, February 15, 2010

Faizal Tahir. Sampai syurga ku cinta mu.

Kalau lah ada air terjun, dah lama aku pergi. Terjun dalam air. Bila cecah air, terpercik percik, kena badan. Ye, bapak tajam dan sejuk. Rasa sampai tulang sumsum. Kalau lagi lama dalam air sejuk, konfem kuku aku bertukar warna ungu dan jari aku kedut kedut. Tapi, semua masalah hilang. Berendam dalam air sejuk sama seperti bagi masalah diserap dan dikongsi sama oleh ikan ikan dalam air terjun. Tapi, nak pergi air terjun sekarang ni macam tak kaw. Jadi, aku nak bercerita pasal dia.

Malam semalam, malam hari kasih sayang. Aku sambut dengan adik adik saudara aku. Kami kongsi citarasa. Suka Faizal Tahir. Faizal Tahir. Faizal Tahir. Faizal Tahir. Hah, bukti aku suka gila pada dia. Konsert Satu Suara adalah kenangan aku paling tak akan dapat dilupakan.

Mula dengan gabungan aizat dan ofkos my everdearest darling Faizal Tahir, aku dah panas punggung. Lagu patriotik pun layan. Asalkan seolah olah nyanyi berduet dengan Faizal Tahir. Lepas tu, aizat keluar. Ringkas kan cerita lah, aizat sangat berbakat. Banyak kali buat aku kagum. Lagu dia, suara dia dan macam mana dia boleh kurus sampai macam tu sekali tanpa beri kesan kepada hidung kiut dia.

Seterusnya, saat yang aku tunggu sejak beberapa lama ni, akhirnya sampai. FaizalTahir. Dia sumpah sangat gojes. Walaupun aku jauh dengan dia (well, biasalah, akibat beli tiket lambat dapat seat yang tak best dan membuat aku kesal) aku dapat rasa aura dia sangat kuat. Bau wangi dia sampai pada aku. Bukan nak up up ke apa, tapi memang Faizal Tahir berbakat besar. Setiap baris yang dia nyanyi macam mampu buat aku gila. Memang aku gila pun malam tu, menjerit terlolong nama Faizal Tahir. Tak peduli orang sekeliling aku nak fikir apa. Asalkan aku puas. Nyanyian, sebutan, vokal dan cara dia feel, aksi, lawak lawak gila poyo dia dan dialog dialog dia, makin lama makin buat aku cair. Cair secair cair nya. Setiap kali dia nyanyi, aku memang tak duduk diam. Macam nak terjun ke bawah stage dan memimpin Faizal Tahir belanja main roller coaster dekat genting weh!

Cukup dengan Faizal Tahir, Siti nyanyi. Masa ni aku dah letih. Eh, tiba tiba Faizal Tahir keluar balik. Mana tah tak pasal pasal tenaga aku ada balik. Haha.

Habis konsert, aku nak ambil autograph dan gambar sama sama dengan Faizal Tahir. Tapi, line gila panjang dan semua sudah habis dijual. Tanpa buang masa, aku rempuh jugak orang ramai. Nak dapatkan muka Faizal Tahir. Weh, kalau kau kat tempat aku sumpah kau akan pengsan tengok gelagat dia. Apa apa dia buat, buat aku terjerit jerit lalu digelak orang ramai. Aku pancing, adik sedara aku snap. Berstrategi kan. Wahahai.



aku dah kata, dia comel kan?


Ye, aksi macam ni yang buat aku angau kuat.


Ha, lupa nak cerita, tak dapat bergambar dengan abang, aku ambil gambar dengan adik dia pula berbackgroundkan poster abang dia. Sungguh pak lawak. Pendek juga. Haha.
Tangan aku sangat gatal nak buat 'peace'.


p.s: berharap aku tak akan nyanyok dan lupa kenangan paling cantik ni.

sekarang

Serabut dan kecewa. Mana dia masa aku tengah susah. Sekarang aku boleh tau dah. Kahwin dengan alat muzik lalu melahirkan kamera lagi seronok. Phuckkk.

Saturday, February 13, 2010

Cinta mati

Hujung minggu ni akan jadi antara hari hari bermakna dalam hidup aku. Kejap lagi aku nak keluar. Ambil shuze dan ajie. Dah lama tak lepak dengan dorang. Lepas tu, terus pergi tempat echah. Jumpa echah dan norman. Dah lama tak jumpa dorang. Lepas tu mungkin jumpa nani dan ikhlas. lama jugak tak gurau ganas dengan dorang. Lepas tu, jumpa kawan kawan lain. Lepak lama lama. Cerita balik lawak lawak masa kat sekolah dulu. Masa hidup sama sama. Senang cerita, dorang lah cinta mati aku.

hamster kira boleh jadi budak sekolah aku jugak la.


Esok pulak, jumpa sebahagian lagi kawan kawan lama masa sekolah dulu. Kawan baik sekolah aku kahwin. Nanti, bila rajin, aku nak letak dalam salah satu entri aku. Sekarang tak main lah ambil gambar, cuci dan letak dalam album. haha. Padahal aku tak mampu. Kalau letak kat blog free. Haaa yang tu aku macam dapat agak yang esok mesti lagi penat punya lah. Dengan sekor sekor punya cerita. Lepas tu, gelak tak ingat. Meletihkan rahang mulut.


gambar lama ni nampak seram.


Malam esok, aku ada temujanji dengan kekasih hati. Kali ni bukan Zaid. haha. Bukan bukan. Tapi, aku akan berdating dengan abang macho tapi manja, Faizal Tahir. Weh weh, aku tak tau nak pakai baju apa ni. Plan aku, pakai dress labuh gila, ada crown semua. Bila konsert habis, nak ambil autograph, aku nak rabakkan baju depan dia. Dalam gown aku ada baju Superman. Mesti dia terharu. Nanti, aku akan selit gak gambar gambar aku dengan dia di entri aku. Kalau kau 'kipas susah mati' dia, kau tunggulah tau.

Oklah, eksaited ni. Aku nak packing lari dari rumah. Nak jumpa kawan kawan yang busuk mulut tapi bukan busuk ketiak. Chow da mow.

p.s: aku persetankan apa jadi semua untuk kau berjaya. janji weh.

Friday, February 12, 2010

Runsing.

Aku dah kering akal nak tulis lately. Penat agaknya. Tapi aku nak jugak update.

Tadi petang, aku rasa luar biasa gila. Simptom apa aku tak pasti. Yang penting, suasana ofis aku tetap lintang pukang. Bersimpang sial eh siur. Macam nak buat buat sibuk, tapi otak aku tak larat. Nak baring je mana mana dan berdengkur.

Aku malas fikir banyak, aku kemas meja, tutup komputer canggih, capai kunci kereta, aku blah. Dalam kereta, aku pasang radio, keluar pulak lagu sedih. Mata aku berair air. Bingung betul aku. Sedih ke apa aku tak faham.

Aku tekad. Aku nak jugak hilangkan rasa aneh tu, aku pergi Midvalley. Selalunya, kalau aku tengah tak gembira, aku pergi jalan jalan. Lepas tu mesti ok. Tapi, cubaan aku rupanya melalut.

Balik dari Midvalley, aku lepak kat taman tun. Lepak depan Maxis. Entah apa sebab aku pun tak tau. Duduk dalam kereta, tengok orang lalu lalang. Macam macam kerenah. Selalunya, kalau tengok orang ramai legar legar depan aku, aku akan ok. Tak jugak.

Bingung bengong. Aku drive balik. Rasa rasa leher dan dahi sendiri. Panas. Sah lah aku demam. Agaknya aku gundah gulana sebab tak sihat kot. Singgah stesen minyak. Aku beli air badak cap kaki tiga. Minum sampai mabuk. Aku ingat aku dah ok dan waras. Tak jugak.

Tak boleh jadi ni. Aku terus balik rumah lepas sorang kawan baik aku sound sound aku suruh balik jangan buat kerja gila. Sampai rumah, tanpa sempat buat apa apa. Aku memerut. Lama lah jugak. Yes. Rupa rupanya rasa merepek repek aku tu sebab aku tak tunaikan hajat. Sekarang, aku dah lega sebab berjaya selesaikan satu masalah rumit.

Lega.


p.s: sesak dada aku. sebak jugak.

Sunday, February 7, 2010

Menjana kekayaan

Hari ni, entah yang ke berapa kali aku tak ingat, aku punya dada sebak, mata bergenang genang. Memang kacau betul. Tapi, dengan fikir pasal nak buat harta, semua rasa tak gembira tu hilang terus. Solusi yang aku semakin suka.

Golongan muda yang baru bekerja macam aku dah perlu ambil tahu cara pengurusan wang yang betul lah rasanya. Aku tak ada tips apa apa nak menjana duit ke apa. Sebab aku pun kaki perhabis duit. Tapi, apa salahnya kalau aku nak plan urus duit sendiri dan letak dalam blog aku sebagai pengalaman mulai sekarang.

Aku memang aku dah kena tetapkan matlamat dan objektif. Objektif utama, nak jadi orang senang. Kaya ok... kaya. Bila dah tetapkan objektif, barulah boleh tahu cara uruskan kewangan dengan sistematik.

Mula mula sekali, aku nak kena bina pertahanan. Bunyi macam berperang. Haha. Aku selalu je sesak terutama sekali bila dah tengah bulan. Percaya tak, aku pernah ada RM0.30 je dalam tangan masa aku belajar dulu. Nak mintak mak, aku malas. Lagipun, ah malu lah. Jadi, dengan gaji tetap yang aku dapat tiap tiap bulan sekarang, aku kena menyimpan. Aku rasa aku nak simpan sikit je tiap bulan. Selebihnya, aku nak berbelanja. Aku anggap tu sebagai reward untuk diri sendiri setelah berhempas pulas belajar dulu (main main belajar) dan bekerja 7 hari seminggu. Tapi, lepas ni lain sikit lah. Aku akan berbelanja ikut kemampuan. Nak jadi tangkai jering. Siapa mintak belanja aku lempang cukup cukup.


Singgit pun duit jugak. Aku harus berkira.


Dah ada pertahanan, aku kena cipta harta lain pulak. Strateginya macam ni. Kena ada insurans. Bila ada insurans, autamatisnya, aku akan menjadi lebih disiplin dalam pengaliran duit. Tak sempat nak guna, aku mesti tiba tiba teringat kena bayar duit insurans bulan bulan. Insya Allah, kalau tak ada apa apa berlaku, duit tu boleh dikeluarkan di hari tua nanti. Lagipun, perlindungan nyawa memang penting sekarang, Lebih lebih lagi, gadis hot seperti aku memang selalu disasar penjahat.

Lagi, aku nak ada pelaburan. Melabur kat tempat yang aku senang nak faham. Konsep letak duit, dan biarkan duit tu beranak pinak memang menarik. Lagi menarik kalau aku aplikasi pulak sistem tambah loan untuk dividen yang tinggi setiap tahun. Nanti, kasik satu satu lepas dulu. Tak boleh gelojoh. Bila dah stabil, aku akan mula kumpul harta lain jugak. Tak boleh nak harap duit insurans dan pelaburan je. Kena ada sumber lain jugak. Jangan letak semua telur telur kau dalam satu bakul yang sama. Wow. Aku pun tengah pertimbangkan sekarang, kat mana aku nak jana duit dan yang mana aku nak buat dulu. Bersusun senarai tu dalam kepala aku dan aku memang tengah ligat baca kat internet. Nak kaya, ilmu kena kukuh. Yang penting, strategi tu ke arah bebas hutang.

Aku saja nak cakap pasal duit sejak kebelakangan ni bukan sebab aku mata duitan. Aku masih waras. Takkan lah aku nak pajak cincin emas mak aku. Tapi, sebab aku sedar ada budaya tak sihat kat sekeliling aku tengah berlaku sekarang. Duit dah jadi tuan yang paling kejam kat kawan baik aku. Dia buat kawan aku dah tak pandai jaga hati kawan kawan lain.

p.s: rasa lega bila dapat melabur satu hari 6-7 kali.

Thursday, February 4, 2010

perihal jiran

Lebih sekitar 15 tahun dulu, masa aku muda mudi, tinggal kat rumah pangsa. Masa ayah dapat subsidi rumah, memang syok. Pasal ramai jiran. Bila ramai jiran, banyak kerenah. Mestilah banyak cerita.



Dari perihal makcik rumah sebelah, sampailah jiran philipines yang tinggal kat tingkat tiga sebaris dengan rumah aku. Semua cerita diorang aku tau walaupun umur aku masa tu belum cukup. Rumah aku rumah bawah sekali. Maka, mak aku dapat bercucuk tanam. Tanaman feveret dan trend masa tu ialah pokok bonzai.

Jiran atas rumah aku, ada tabiat pelik. Malam malam pukul 10 dan ke atas baru lah nak menumbuk lesung. Lepas tu, tak reti nak alas. Dasar nyonya suka masak malam malam biar jiran lain tak sempat nak mengendeng mintak sikit lauk. Saja aku ngadu ngadu kat mak kata tak boleh belajar. Tak fokus. Lalu, mama menjolok jolok siling rumah pakai batang mop tanda protes. Haha.

Jiran philipines aku tu baik. Tak kira lah perayaan apa. Baik raya aidilfitri, raya korban, krismas malah perayaan orang india dan cina, semua raya dia mesti kasik keluarga aku hamper. Tapi, ada satu hari tu anak dia nangis nangis sebab badan tersangkut kat beranda jemur baju belakang. Nasib baik aku perasan. Aku panggil usup, anak mak cik sidah. Dia lah yang cadangkan bentang tilam buruk kat tanah suruh robert anak philipines tu terjun lepas budak tu dapat loloskan badan dari jeriji. Jinius.

Kalau mak aku nak masak apa apa, senang. Tak payah suruh ayah keluar beli barang. Sebab kat tingkat dua rumah hujung sekali ada rumah yang buat kedai runcit. Semua ada jual. Selalunya, mak aku suruh aku je pergi beli. Setiap kali balik dari beli kelapa parut kat rumah makcik ju tu, mesti aku kena marah sebab kelapa tinggal sikit. Aku suka ratah kelapa parut sepanjang balik ke rumah. Bukannya nak makan jajan sendiri. Cis tiba tiba sekarang aku gusar kalau kalau perut aku ada cacing kerawit. Sebab mak aku selalu cakap kalau suka makan kelapa, perut banyak cacing.

Mak aku ada geng kat rumah flat tu. Mak aku, makcik sidah dan makcik sal. Semua spoting sebab tak kisah kalau aku menjoyah pergi rumah diorang dan lepak lama lama tengok tv dan main cikgu cikgu kat rumah diorang. Bila mak dah ada geng, secara automatik, aku terjadi geng dengan anak diorang iaitu ella dan zizi, kitorang rakan satu sekolah, rakan sedarjah lagi. Aku selalu adu zizi kena diri atas kerusi depan papan hitam kat kelas sebab cikgu denda kat makcik sal. Haha. Mesti kena piat telinga punya lah. Sebab tu telinga dia dah lebar sekarang. Kawan dengan ella seronok sebab rambut dia kerinting. Aku selalu main solek solek dengan ella sebab rambut dia je boleh buat sanggul. Takkan nak main dengan rambut zizi pulak.


Aku, geng rumah pangsa aku (ella) dan geng sekolah menengah aku (shuze)


Dalam banyak banyak jiran, aku malas nak cerita yang sebelah rumah. Aku terasa sampai sekarang sebab dia mengata anak mak aku anak jin, aku lah tu. tak agak agak nak umpat anak kecil macam aku. Dan sampai aku dah besar panjang ni dia tak mintak maaf lagi kat aku. Alasan kata aku anak jin, adalah sebab aku suka jerit kuat kuat bila tengok Satria Baja Hitam. Nasib baik aku dah pindah rumah dan aku dah maafkan dia pun.




Nanti, bila ada masa, aku nak tulis cerita pasal misi lari dari rumah pulak. Hensem betul lari rumah isi baju dalam beg lampin adik.

p.s: bapak aku tak ada geng sebab misai dia lebat semua orang takut nak sapa.

Wednesday, February 3, 2010

cita-cita saya

Ramai orang tanya aku dah kerja ke. Dah. Kerja apa. Aku cakap kerja biasa biasa je. Yelah, kerja apa. Aku cakap, ala, kerani cabuk je.

Cakap pasal kerja, aku ingat lagi dulu aku selalu buat karangan pasal 'cita-cita saya', 'impian saya', 'pekerjaan idaman saya' atau pun, dalam surat yang ada biodata diri masa nak berkenalan dengan budak lelaki hensem masa kat sekolah dulu, mesti nak selit apa cita-cita aku. haha.

Memang macam-macam cita-cita aku masa aku kecil dulu. Semua tak masuk akal. Tapi, seingat aku, tak ada satu pun mak aku bantah. Mungkin dia saja nak biar aku berkreativiti seorang diri kot. Mulia betul hati mak aku, tak pernah menghalang apa aku nak dan aku bersyukur jugak sebab dia tak kongkong aku untuk pilih masa depan. Pada dia, biarlah, asalkan anak dia bahagia dan jadi orang.

Balik je dari kerja, mak aku memang selalu mintak tolong aku urut belakang dia. Katanya, penat kerja sehari suntuk. Sambil aku urut, mesti mulut aku tak berhenti bercakap punya. Masa tu lah, aku bercerita kat mak aku. Nanti besar kakak nak jadik tukang urut lah ma. Kakak nak charge RM10 sorang. Mak aku tanya, aik, kenapa murah sangat (dia saja tanya mungkin sebab nak biar aku leka pijak pijak badan dia). Aku pun jawab. Rm5 urut sebelah kanan, RM5 sebelah kiri. Wah. Bijak wang kan.



Lepas tu, masa kecil dulu, ayah aku ada belikan aku mainan mesin cashier. Zaman tu, permainan standard kanak-kanak baya aku mesti kena beli benda alah tu. Barulah ramai kawan. Selalu ajak jiran jiran aku main sekali. Jual betul betul pulak tu. Aku petik daun dan bunga orkid kat taman mak aku, aku bungkus dalam surat khabar, aku paksa budak budak beli sebungkus singgit. Kena bayar pakai duit betul. Bersungguh-sungguh gila main sebab aku beriya-iya gila nak jadi cashier macam kat Makro.



Aku pernah jadi pelajar contoh masa aku darjah 6 dulu. Yelah, sebab pandai akademik dan hebat di padang. Kira serba boleh lah tu. Eh, kenapa masa kat stf aku rasa aku bodoh piang? Haha. Ceritanya macam ni, masa hari anugerah tokoh pelajar tu, diorang interview aku. Apa aku nak jadi bila aku dewasa kelak. Ceh, kelak. Aku tak tau apa cita-cita paling glemer sekali masa tu. So, aku petik lah aku nak jadi doktor haiwan. Ceh ceh ceh. Nama komersial doktor haiwan pun tak tau. Memang ramai lah ternganga dengar cita-cita aku yang gempak tu. Kembang kembang.



Aku pernah jadi penggunting rambut tetap kat stf dulu. Siap kena buat appoinment kalau nak potong rambut dengan aku. Kawan kawan aku pun bukan main lagi, siap bukak majalah nak mintak gunting macam tu lah macam ni lah. Dalam kepala otak aku masa tu, apa lagi. Mestilah aku berangan nak jadi tukang gunting rambut pulak. Nama salun pun dah ada. 'Cute and Cuddly Saloon'. WTF??

Hajah Halimah Syaaban, pengetua aku masa aku stf dulu pernah buat sesi apa aku tak ingat. Tapi, dalam sesi tu dia tanya semua orang apa anda akan jadi dalam tempoh 15 tahun dari sekarang. Kawan kawan aku masing masing cakap nak jadi doktor. Macam macam doktor lah dorang sebut. Terbangak aku dengar sekor sekor sebut cita cita masing masing bukan main gah lagi. Padahal kepala otak sama macam aku. Asyik main main je. Paling teruk pun dorang cakap nak jadi pakar, macam macam pakar lah. Sampai turn aku, aku dengan bangga cakap, 'dalam masa 15 tahun akan datang, saya akan jadi seorang ketua polis negara'. Cikgu aku menjerit marah. Dia kata aku tak relevan. Panjang jela dia punya amuk-amukan. Hm, dengki lah tu. She doesn't know me yet. haha.



Sebenarnya, banyak lagi, cita-cita aku. Kalau aku cerita satu-satu, memang tak tidur lah aku malam ni. Nak kena cerita, edit edit gambar lagi. Tapi sekarang, terkerja lain pulak. Tak apa lah kan. Asalkan mencari rezeki halal.


p.s: esok kat opis, aku nak bersandar je.

Monday, February 1, 2010

berita baik

Pagi pagi lagi abang sedara aku dah bikin hati panas. Aku kejut suruh dia pergi kerja, tapi mangkuk tu lengah lengahkan aku pulak. Cis, nak kena balik nanti.

Hari ni buat kerja macam biasa. Sambung buat kerja lepas berehat kat kampung SEHARI SAHAJA. Tapi, tak apa, berbaloi. Aku ikhlas kerja. Lagipun, tadi mama call kasik berita baik punya. Sampai sekarang aku sengih sorang sorang. Yelah, siapa tak gembira bila kena risik dan dah tetap tarikh tunang dan nikah semua. Haha. Aku nak pakai baju grand nanti masa kawin. Veil nak labuh gila sampai pengangkat dulang kena jalan jauh jauh. Tetamu kalau boleh nak 3-4 ribu. Semua aku nak jemput. Dari kawan sekolah rendah, kawan stf, kawan um, kawan damini, sedara mara sampailah makcik makcik yang aku terserempak masa nak beli barang kawin nanti. Semua lah.

Yang penting, aku nak make sure majlis kawin aku tu seronok nak dikenang sampai anak cucu nanti. Mintak mintak kahwin sekali je lah seumur hidup. Malas nak cakap banyak, aku sebenarnya nak upload gambar gambar aku masa kat kampung semalam je. Simpan dalam handphone, lama lama kang aku terdelete pulak.


Jangan tipu kalau kau tak tidur ramai2 macam ni kat kampung





Adik sedara yang buas



Terkurang ajar pulak




Ha, spesial untuk semua, gambar lama. Rambut aku cantik.

Jangan lah percaya. Aku karut je. Mak aku bagitau pasal gaji aku yang diumpat oleh paklong aku sebenarnya. Yes yes!! Bukan berita nak kawin. Duit mana ada. Nak beli berus gigi baru pun fikir 5-6 kali.

p.s: nanti nak kena buat belanjawan baru