Dari perihal makcik rumah sebelah, sampailah jiran philipines yang tinggal kat tingkat tiga sebaris dengan rumah aku. Semua cerita diorang aku tau walaupun umur aku masa tu belum cukup. Rumah aku rumah bawah sekali. Maka, mak aku dapat bercucuk tanam. Tanaman feveret dan trend masa tu ialah pokok bonzai.
Jiran atas rumah aku, ada tabiat pelik. Malam malam pukul 10 dan ke atas baru lah nak menumbuk lesung. Lepas tu, tak reti nak alas. Dasar nyonya suka masak malam malam biar jiran lain tak sempat nak mengendeng mintak sikit lauk. Saja aku ngadu ngadu kat mak kata tak boleh belajar. Tak fokus. Lalu, mama menjolok jolok siling rumah pakai batang mop tanda protes. Haha.
Jiran philipines aku tu baik. Tak kira lah perayaan apa. Baik raya aidilfitri, raya korban, krismas malah perayaan orang india dan cina, semua raya dia mesti kasik keluarga aku hamper. Tapi, ada satu hari tu anak dia nangis nangis sebab badan tersangkut kat beranda jemur baju belakang. Nasib baik aku perasan. Aku panggil usup, anak mak cik sidah. Dia lah yang cadangkan bentang tilam buruk kat tanah suruh robert anak philipines tu terjun lepas budak tu dapat loloskan badan dari jeriji. Jinius.
Kalau mak aku nak masak apa apa, senang. Tak payah suruh ayah keluar beli barang. Sebab kat tingkat dua rumah hujung sekali ada rumah yang buat kedai runcit. Semua ada jual. Selalunya, mak aku suruh aku je pergi beli. Setiap kali balik dari beli kelapa parut kat rumah makcik ju tu, mesti aku kena marah sebab kelapa tinggal sikit. Aku suka ratah kelapa parut sepanjang balik ke rumah. Bukannya nak makan jajan sendiri. Cis tiba tiba sekarang aku gusar kalau kalau perut aku ada cacing kerawit. Sebab mak aku selalu cakap kalau suka makan kelapa, perut banyak cacing.
Mak aku ada geng kat rumah flat tu. Mak aku, makcik sidah dan makcik sal. Semua spoting sebab tak kisah kalau aku menjoyah pergi rumah diorang dan lepak lama lama tengok tv dan main cikgu cikgu kat rumah diorang. Bila mak dah ada geng, secara automatik, aku terjadi geng dengan anak diorang iaitu ella dan zizi, kitorang rakan satu sekolah, rakan sedarjah lagi. Aku selalu adu zizi kena diri atas kerusi depan papan hitam kat kelas sebab cikgu denda kat makcik sal. Haha. Mesti kena piat telinga punya lah. Sebab tu telinga dia dah lebar sekarang. Kawan dengan ella seronok sebab rambut dia kerinting. Aku selalu main solek solek dengan ella sebab rambut dia je boleh buat sanggul. Takkan nak main dengan rambut zizi pulak.
Dalam banyak banyak jiran, aku malas nak cerita yang sebelah rumah. Aku terasa sampai sekarang sebab dia mengata anak mak aku anak jin, aku lah tu. tak agak agak nak umpat anak kecil macam aku. Dan sampai aku dah besar panjang ni dia tak mintak maaf lagi kat aku. Alasan kata aku anak jin, adalah sebab aku suka jerit kuat kuat bila tengok Satria Baja Hitam. Nasib baik aku dah pindah rumah dan aku dah maafkan dia pun.
Nanti, bila ada masa, aku nak tulis cerita pasal misi lari dari rumah pulak. Hensem betul lari rumah isi baju dalam beg lampin adik.
p.s: bapak aku tak ada geng sebab misai dia lebat semua orang takut nak sapa.
No comments:
Post a Comment