Selama aku merempat sebab tak ada kenderaan nak ke mana mana, aku rasa bersyukur sangat. Sebab masa macam ni la, aku dapat kenal siapa kawan sebenarnya. Ah, tapi buat apa nak kenang kenang kan orang yang sebenarnya tak boleh jadi kawan malah mempunyai mulut tak bermutu tinggi yang hanya berani serang bila dia dengan aku seorang sahaja. Bila di khalayak, dia sopan macam malaikat.
Hari tu, masa hari hari selapas kereta aku cedera parah (sekarang dah sihat dan mampu membawa aku jalan jalan seperti biasa, yahuuuu!) aku berjumpa dengan kawan kawan sekolah aku. Hmm, memang menggembirakan sekali, hespesyelli sebab berjumpa dengan geng bandung. Oh, ni bukan sebab geng suka minum sirap bandung tapi sebab ada percutian yang dirancang ke bandung tidak lama lagi.
Faham faham lah, bila dah saling berjumpa memang letih. Masing masing ada kerenah. Lepas je simpan kereta aku kat rumah ecah, aku, ecah, norman, aji dan shuze ramai ramai gerak pergi rumah kawan kitorang. Nama samaran dia applepeach143. Kat sana, pasangan bakal pengantin iaitu nani dan ikhlas dah lama tunggu sebab konon konon sama sama nak tolong kemaskan pakaian untuk applepeach143 berjalan jauh. Konon konon kemas lah. haha.
Lepas tu, walaupun penat gila, mata aku dah rabak, tetap pergi rawang. Nak jumpa pula bakal pengantin lagi satu. Buddy dulu semacam je macho nya. Tapi, tak sangka dia jadi antara orang awal yang mendirikan rumah tangga. Tolong menyemak kat rumah buddy memang dalam plan pun. Pengantin pakai inai, ecah pun sibuk nak buat corak paku pakis kat tangan aku pakai inai. Nani tak puas hati, dia tambah lagi bulat bulat kat tangan aku. Kat bilik pengantin pun boleh jadi port. Kesian buddy, harap harap malam pertama dia tak terjejas.
Seperti yang dijanjikan, aku tidur rumah nani. Dia kata, tujuan tidur rumah dia adalah untuk ikat reben kat kad kawin dia. Dia nak pass kat budak budak sekolah esok. Tapi, sesi kreativiti dah jadi sesi umpat kawan kawan dia masa kecil. Gila tak boleh blah. Cerita buat susu pakai kapur kasut. Lepas tu, aku tengok dia tergolek golek kat beranda dengan ecah gelak gelak. Aku join sekejap je. Tambah tambah sikit cerita pasal aiskrim 20sen dulu dulu kalau beli mesti nak patah belah dua. Kalau tak patahkan aiskrim pakai kaki memang tak satria lah.
Mata aku dah tak tahan gila. Masuk dalam. Buat macam rumah sendiri, ambil cadar apa apa yang patut, selimut dan bantal, aku bentang depan tv dan baring. Dah tak peduli macam mana orang lain nak tidur. Bungkus badan sendiri dengan selimut, aku pun terus tertidur. Sebab rakus nak tidur awal lah, dah terkantoi kat diorang semua yang aku adalah naga jadi jadian di waktu malam. Siut. Kantoi pulak aku tidur berdengkur kuat.
Ingat nak buat cerita ringkas je a.k.a cerpen, tapi dah terjadi cerita panjang pulak. Dahlah, sekian.
p.s: tak kira walaupun susah atau senang, aku akan tetap cari kau.
No comments:
Post a Comment