Malam tadi mimpi baik punya. Persetankan rasa sejuk semua. Masa aku tengah menunggang kuda di kawasan pergunungan, wah memang aku patut kata kuda aku patut berbangga sebab dapat penunggang macam aku. Semua lurah bahaya aku tempuh. Pengawalan yang baik boleh mengelakkan kuda kau dari mengalami kecederaan kau tahu. Lupa nak bagitau tips, tebas lalang ke ranting ke yang cuba menghalang laluan kuda kau. Sisipkan pedang tu kat pinggang.
Entah sampai selekoh mana kat celah celah bukit ni, ada satu putera bertegur sapa lah pulak. Apa aksesori kepala dia aku tak tau tapi memang kacak lah. Dengan baju perisai dia. Wow. Kata dia baru balik dari peperangan. Dia kata menang. Tapi ramai tentera dia mati syahid. Bila turun dari kuda, shit wangi gila siak bau dia. Wow. Kebetulan angin tengah tiup tiup sepoi bahasa. Dia kata nak berehat sejenak.
Dia bukak aksesori kepala dia. Wow. Rambut tak agak agak. Spike ke apa tah tapi memang terluka lah muka kau kalau berlaga dengan rambut dia. Aku nak cuba usap. Dan buat buat mengada aduh luka tangan i terkena rambut u. Dia ketawa sahaja. Wow. Ukiran bibir dia bila ketawa sumpah buat aku terpana. Sambil duduk minum air dengan aku, rancak gila bercerita tentang koleksi jam tangan berjenama dan mahal yang dia baru usha baru baru ni. Mata dia wow memang memancar mancar sinar tampan. Tangan yang berurat urat. Wow. Perut aku rasa agaknya memang ada 6 pek. Segan pulak nak selak.
Sebelum berangkat, sempat sang putera idaman ni puji pedang aku. Dia kata lain kali ada perang lain dia nak pinjam. Masa tu aku cair. Tuan putera tu pun beredar. Hentakan kaki kuda dia berlari memang gagah nan permai. Aku masih lagi terkesima. Haah lah. Semua tentang putera tu aku suka.
p.s: i love everything that creates u.
Monday, November 8, 2010
Monday, November 1, 2010
Gold is money. That's it.
1.Kenapa nak beli dan simpan dan melabur dalam emas.
- Simpan duit di pelbagai tempat dan kalau boleh simpan harta dalam pelbagai rupa. Salah satu yang sesuai dengan pendapatan umur baya aku adalah dalam bentuk emas. Yelah, kalau nak mula kumpul hartanah pun boleh tahan jugak tahap kekayaan kau perlu ada.
- Emas mempunyai kadar peningkatan nilai sehingga 38% setiap tahun. Ni aku ambil kira prestasi emas dunia. Bukan ikut kedai emas punya harga.

Januari 2009 : 858.69 usd/ounce
Disember 2009 : 1134.72 usd/ounce
Peratus kenaikan : 32.15%
Amacam, menarik tak. Kau simpan je harta kau dalam bank jugak, ASB jugak, Tabung Haji jugak dan lain lain yang kau rasa gempak. Tapi, lagi stail, kau sempat selit simpan dalam bentuk emas. Memang sofistikated weh.

2. Apa jenis emas yang sibuk diperkatakan.
Harga semasa untuk emas 100g 999.9 keluaran PublicGold setakat hari ini ialah RM 15, 140.00. Berdesing desing tak telinga dengar duit macam banyak keluar. Tapi, seperti kira kira di atas, dalam masa setahun nilai dia boleh meningkat sehingga RM19, 984.80. Jadi, boleh agak tak berapa keuntungan. Ok, cepat menangis kesyukuran sekarang.

1 dinar emas dengan berat 4.25g dan 91.6% ketulinan boleh didapati pada harga RM631 setakat hari ini. Aku malas nak kira nilainya selepas setahun. Kan dah ajar.
3. Lepas membeli emas, nak buat apa.
4. Ok, bila dah berminat, kat mana boleh tahu harga jual, harga beli, harga semasa.
Haha. Tepuk tangan ramai ramai sekarang. Bukan sebab pelajaran asas emas baru je tamat tapi sebab mengenangkan emas memang membawa kebahagiaan. Kecing kecing. Bila duit dah menjadi emas, tak ada masa dah kau nak membazir duit. Amacam. Selamat kan tabungan kau? Haha. Haha. Haha. Haha. (stop kau annoying sayda)
p.s: aku bukan suka suka kempen nak promote kawan ke apa. tapi kempen sebab warga belia remaja jelita dan genius seperti aku ni memang selalu terdorong untuk membazir.
- Emas keluaran PublicGold (tapi, aku bukan agen)
- Emas 999.9 (gold bars) yang mempunyai tahap ketulinan hampir seratus peratus dan boleh didapati dalam 20g, 50g, 100g dan 500g.
Harga semasa untuk emas 100g 999.9 keluaran PublicGold setakat hari ini ialah RM 15, 140.00. Berdesing desing tak telinga dengar duit macam banyak keluar. Tapi, seperti kira kira di atas, dalam masa setahun nilai dia boleh meningkat sehingga RM19, 984.80. Jadi, boleh agak tak berapa keuntungan. Ok, cepat menangis kesyukuran sekarang.- Emas 916 (Emas dinar) yang mempunyai tahap ketulinan 91.6% dan boleh didapati dalam 1 dinar (4.25g), 5 dinar (21.25g), dan 10 dinar (42.5g).

1 dinar emas dengan berat 4.25g dan 91.6% ketulinan boleh didapati pada harga RM631 setakat hari ini. Aku malas nak kira nilainya selepas setahun. Kan dah ajar.
3. Lepas membeli emas, nak buat apa.
- Simpan di tempat kau rasa selamat. Kat rumah pun boleh. Kat bank lagi lah boleh. Tapi prosidur semua aku malas nak taip sekarang.
- Simpan untuk anak cucu waris harta pusaka.
- Boleh jual balik ke PublicGold mengikut harga semasa berdasarkan pasaran dunia. Atau pun kat mana mana kedai emas mengikut harga persatuan diorang. (lagi nampak keuntungan yang jelas abadi adalah selepas lebih kurang setahun usia emas kau. kalau kau jual keesokan hari nya memang lah tak bawak keuntungan apa apa).
- Kalau ada menghadiri mana mana seminar tentang pelaburan emas, saranan untuk melabur emas dengan cara beli dan jual dan beli balik akan dipelajari.
- Pajak di Ar Rahnu untuk tujuan sama ada pelaburan atau pun keperluan. (yang ni agak berat untuk ditulis, kang aku rajin, aku tulis lah ok, love u muah muah)
4. Ok, bila dah berminat, kat mana boleh tahu harga jual, harga beli, harga semasa.
- Harga jual dan beli ikut PublicGold. Kelik http://www.publicgold.com.my/ untuk tengok harga emas bar.

- Kelik http://www.publicdinar.com/ untuk tengok harga emas dinar.

- Lebih detail lagi nilai emas dunia, boleh kelik http://www.kitco.com dan graf seperti di bawah ni pun boleh didapati. Kaji lah sendiri sikit sikit.

Haha. Tepuk tangan ramai ramai sekarang. Bukan sebab pelajaran asas emas baru je tamat tapi sebab mengenangkan emas memang membawa kebahagiaan. Kecing kecing. Bila duit dah menjadi emas, tak ada masa dah kau nak membazir duit. Amacam. Selamat kan tabungan kau? Haha. Haha. Haha. Haha. (stop kau annoying sayda)
p.s: aku bukan suka suka kempen nak promote kawan ke apa. tapi kempen sebab warga belia remaja jelita dan genius seperti aku ni memang selalu terdorong untuk membazir.
pantang larang kehidupan
Selama ni aku selalu risau kenapa aku suka sangat letak syarat dan petua yang bukan bukan dalam hidup aku. Semua ya. Semua nak kena ada garis panduan. Tak boleh agak agak. Lain betul dengan perangai masa bersekolah dulu yang pantang ada peraturan, aku konfem terikut ikut kawan nak ingkar.
1. Mak dulu ada cakap, kalau berak kena letak tuala atas kepala. Takut nanti setan ikut berak. Sebab tu ada kelumumur. Aku malas nak ikut. Akibatnya, memang banyak emping emping putih atas kepala. (Happy birthday mama)
2. Kalau nak tidur, selain kena basuh kaki ke, baca doa ke, kalau boleh hadap kanan tau kawan kawan. Tapi, apa masalah aku, aku suka mengerekot ke kiri. Ha, sebab tu lah berdengkur. Menderu deru.
3. Pak kamil ada pesan, kalau kau mengantuk dalam kelas fizik dia, picit picit cuping telinga. Dah lah taknak ikut. Siap main tersiku siku perut dia. Konon nak ceriakan suasana dan buang setan ngantuk.
4. Sebelum memandu, kan cikgu sekolah memandu ada bagitau, sebaik baiknya study peta jalan destinasi dulu. Ha, kali ni aku ikut. Tapi menyambung sampai masa memandu lah. Sebab tu lah, secara tak sengaja aku melanggar pakcik teksi. Tawakal weh tawakal. Peta ada 19 steps dari kepong ke pudu.
5. Semasa berkawan, aku tak berkira sangat bab bab duit. Konon pakai prinsip, harta ni bukan boleh bawak mati dan harus dirasa secara sama rata dengan semua kawan. Tapi, dah tak boleh pakai teori tu sekarang. Masing masing dah bekerja. Lagipun, risau sebab duit, badan binasa. Jadi, hutang 40 sen pun kau kena ingat. Barulah hidup rukun. Macam aku bersama SGF lah ('',).
sekarang: apa salahnya kadang kadang ikut je peraturan. dalam masjid, memang kena sopan. (dah berubah kan?) haha
6. Lagi kuat aku test apa yang boleh buat aku turn off, lagi buat aku suka. Mengada gila, bila tiba tiba frust ala kenapa semua macam sempurna je di mataku ini. Macam pahlawan kesatria. Auwww. Yang bila sebenarnya bila dengan orang lain, dah lama aku pangkah. Tapi, kali ni adalah cabaran. Cabaran yang perlu dilengkapkan supaya di masa akan datang tak akan menyesal. Betul lah, cinta itu buta. Haha. Taman sayda taman.
7. Ni pun antara pantang yang aku reka sendiri tapi aku lanyak je. Mana boleh tidur lambat. Nanti bad mood. Tak cukup 12 jam tidur bagi aku memang memalukan. Tak apa. Demi blog gempak tersayang, aku korbankan masa tidur sikit. Esok boleh tidur senyap senyap masa kawan kawan tengah sembang.
p.s: banyak sangat ikut syarat sebenarnya rugi kawan kawan- konfem cikgu disiplin kau marah
1. Mak dulu ada cakap, kalau berak kena letak tuala atas kepala. Takut nanti setan ikut berak. Sebab tu ada kelumumur. Aku malas nak ikut. Akibatnya, memang banyak emping emping putih atas kepala. (Happy birthday mama)
2. Kalau nak tidur, selain kena basuh kaki ke, baca doa ke, kalau boleh hadap kanan tau kawan kawan. Tapi, apa masalah aku, aku suka mengerekot ke kiri. Ha, sebab tu lah berdengkur. Menderu deru.
3. Pak kamil ada pesan, kalau kau mengantuk dalam kelas fizik dia, picit picit cuping telinga. Dah lah taknak ikut. Siap main tersiku siku perut dia. Konon nak ceriakan suasana dan buang setan ngantuk.
4. Sebelum memandu, kan cikgu sekolah memandu ada bagitau, sebaik baiknya study peta jalan destinasi dulu. Ha, kali ni aku ikut. Tapi menyambung sampai masa memandu lah. Sebab tu lah, secara tak sengaja aku melanggar pakcik teksi. Tawakal weh tawakal. Peta ada 19 steps dari kepong ke pudu.
5. Semasa berkawan, aku tak berkira sangat bab bab duit. Konon pakai prinsip, harta ni bukan boleh bawak mati dan harus dirasa secara sama rata dengan semua kawan. Tapi, dah tak boleh pakai teori tu sekarang. Masing masing dah bekerja. Lagipun, risau sebab duit, badan binasa. Jadi, hutang 40 sen pun kau kena ingat. Barulah hidup rukun. Macam aku bersama SGF lah ('',).
sekarang: apa salahnya kadang kadang ikut je peraturan. dalam masjid, memang kena sopan. (dah berubah kan?) haha7. Ni pun antara pantang yang aku reka sendiri tapi aku lanyak je. Mana boleh tidur lambat. Nanti bad mood. Tak cukup 12 jam tidur bagi aku memang memalukan. Tak apa. Demi blog gempak tersayang, aku korbankan masa tidur sikit. Esok boleh tidur senyap senyap masa kawan kawan tengah sembang.
p.s: banyak sangat ikut syarat sebenarnya rugi kawan kawan- konfem cikgu disiplin kau marah
cerita pasal
rakan-rakan,
semesta
Subscribe to:
Posts (Atom)