Friday, November 14, 2014

HadiSaif : Tidur kan bayi

Dah lama tak blogging. Last bulan 8 haritu. Tu last lah tu before masuk kelas. Lepas mula je semester, semua tak sempat. Harini je sempat sikit sebab aku demam separuh badan dan tak larat nak jaley ke mana mana dan assignment dah siap. Assignment banyak woi haha selalu je menyesal setiap kali bangun pagi nak tinggal kan hadi sebab nak pergi kelas. Hmm, story of my life sangat. Sejak writing aku dah berubah ke arah percakapan cerita anak je, jadi harini masih mood cerita anak juga. Lagipun hadibaby betul betul dah 6 months old! Yahuuu, dah separuh tahun hidup bersama mami! Alhamdulillahhhh..

Harini tiba tiba teringat masa awal awal hadi baru nak belajar tidur malam. Ya Allah masa dalam pantang, aku boleh kira dengan jari berapa jam je aku lelap yang nyenyak. Sampai terfikir adakah berlarutan sampai aku nak naik kerja nanti. But don woli all mommies. Baby harus tahu perasaan risau kita. Especially baby yang asyik nak melekap di t***k kita ni hehe.

Nak dekat dekat naik kerja, biasakan rutin tidur malam dia. Mula mula aku bawak hadi masuk bilik pukul 11 malam (oh masa ni lagi 2 minggu nak naik kerja tapi aku dah balik kl dah). Sumpah agak stress masa tu. Kebetulan bulan puasa, panas yang amat. Masa berpantang dah lah kita tak boleh bersejuk sangat dan cuaca pun tengah kemarau. So nak tidur kan hadi masa tu mencabar. Kipas bukak. Air cond pun bukak. Baju je tak dibuka kan sebab takut kembung and aku pun tak pernah berpengalaman hadi kembung (alhamdulillah). Awal awal hadi tidur mesti nak diriba kan. So aku letak kat riba dan bagi direct feeding juga. Bagi suasana gelap dan senyap je. Apis nak berjalan pun aku tak bagi dia seret kaki. Bayangkan betapa kritikal hadi masa tu. Haha. Hadi masal tu nak ke tidur nya ambil masa juga. Pernah sampai lajak ke pukul 1 dan hadi merengek rengek ): Tepuk salah, bagi susu salah, tukar pampers sudah, sapu minyak sudah, perut tak kembung, runsing kan. Tak tahu macam mana, apis faham sendiri dan beredar ke bilik sebelah mungkin sebab dia penat sangat tak larat dah, terus hadi diam. Haha tak tahu lah kenapa. Tapi aku assume hadi nak hadi-and-mami time only. Diam tapi mata tak pejam pun. Sakit belakang tak usah cakap lah. Haha ini lah pengorbanan ibu ibu yang menyusukan anak. Sakit bekas operate masih bersisa dan sakit belakang pula yang perlu ditanggung sekarang. Tapi, asalkan anak happy kan?

Lepas train pukul 11 malam, aku train hadi pukul 10 malam pulak, lepas tu 9 malam dan sekarang 8 setengah je dia dah moody nak tidur.  Suasana kena sesuai untuk mood tidur. Macam macam juga mami buat. Sediakan selimut busuk dia lah. Beli kan buai lah. Belikan lampu turtle lah. Beli 6 biji puting juga buat khayal. Lain baby lain cara nak tidur kan. Hadi yang penting nak gelap, sejuk senyap dan ada bau dia iaitu mami dia. Nampak tak politik di situ. Dan sekarang tak bergayut sangat dah, asal kan kenyang, hadi dah nak tidur sendiri. Yang penting, ditepuk dan diteman. Lepas tu sekarang sebelum tidur menceceh dulu tu sambil golek golek. Sampai lah tertidur. Pernah one time, dia membebel sampai last position sebelum terlelap dia adalah menonggeng. Haha. Nanti bila teringat aku nak record dan bila dia dah girlfriend nanti nak tunjuk buat bahan. Haha. Okay lah bye. Pau kacang aku dah siap kukus.



Hadi 3-4 bulan. So much laughing!

Tuesday, August 26, 2014

Hadi Saif : Mandikan Bayi

Selepas usia hadi sebulan setengah barulah aku berani dan larat nak mandikan dia. Terima kasih banyak banyak kat cik zam, jiran mak aku yang rajin datang menjenguk dan mandikan hadi setiap hari pukul 9 pagi dan 5 petang. Dan, percaya atau tak, masa ni aku rasa aku gain keyakinan menjaga anak adalah dari dia. Bukan sebab mama tak pandai jaga aku, tapi mama jaga aku sama macam aku masih lagi bujang, masih lagi remaja, masih lagi sekolah, masih lagi anak kecik. Hihi. Tengok, betapa mama manja kan aku, dah anak seorang pun, dia anggap aku incapable of doing anything by my own. So, tak salah kan kalau kau belajar dari guru lain selain ibu bapa? Okay, aku tak belajar mandi kan hadi directly pun tanya nak buat apa dulu, kat mana dan macam mana, semua aku belajar dengan cara lihat sahaja. Sombong kan? Haha.

Pertama kali mandi kan hadi adalah masa hafiez ada kat rumah, teman aku pergi poliklinik sebab saja nak cek hadi, haruslah cik zam segan nak datang. Nak tak nak aku kena mandi kan sendiri. Sebab sombong sangat, aku mandi kan hadi dan sangat sekejap sebab takut dia menangis, jadilah bersabun satu badan dia dan muka tak basah pun! Hahahahaha. Jadi, aku pun mula lah tanya tanya lah mula nak mandi macam mana semua lagipun memang aku kena mandi kan dah pun, mama kerja siang dan cik zam masa mandikan anak aku tu dia tengah mengandung 7 bulan tahu! Takkan lah aku terus terusan nak dia mandi kan hadi.

Mula mula mandi kan hadi kat sinki je, sebab aku tak larat lagi nak angkat beban cangkung dan bangun. Mandikan hadi dalam suhu suam untuk siku aku tu. Air pun tak tinggi mana lah, dalam sejengkal je. Kalau orang lain, mulakan dengan dengan basuh muka dan kepala, aku lebih percaya masukkan kaki dulu dalam 10 saat macam tu untuk elakkan hadi terkejut dan menangis. Ingat, kalau bayi menangis masa nak mandi, boleh jadi kau gelabah dan macam macam boleh berlaku.So lepas masukkan bahagian kaki dia and bagi dia layan dulu baru lah slowly aku develop sampai leher hadi. Position macam ni aku tampung pakai tangan kiri while tangan kanan bertugas menuang sabun dan menggosok dengan tenang tapi pantas. Haha. Lepas tu, dirikan bayi, support pakai tangan kiri (aku prefer tangan kiri sebab tangan kiri aku biasanya canggung untuk buat kerja pergerakan jari) dan sambung buat benda yang sama di bahagian belakang baby, diikuti dengan basuh kepala dengan syampu berserta urut di kepala. Basuh bahagian muka last sekali sebab aku takut dijangkiti selsema dan bilas sekali lalu dengan air bersih yang di reserve dalam bekas lain awal awal tadi. Mula mula aku mandi kat sinki, lepas kuat sikit aku mandikan secara duduk. Mandikan dalam besen mandian bayi tu. Beli kat Anakku, perfect. Siap dengan mat dia sekali so baby tak akan slipped. Ingat, kena tenang masa mandi kan bayi sebab bayi memang boleh rasa mak dia gelabah, yang menyebab kan dia pun nangis terus (pengalaman ku).

Oh ye, hadi sangat suka mandi, tak kisah air suam atau sejuk. Sekarang dia dah kuat berdiri (aku support di ketiak) kaki dia kocak kocak air ye. Haha rasa nak gigit sebab liar nauu!

Ini adalah gambar dia dari 2 bulan sampai 3 bulan. Kejap dah besar. Dah banyak akal dah ni.

hai hadi manis manis mamiiii

Wednesday, August 13, 2014

HadiSaif : Jaundice

Sebab bersalin melalui pembedahan, aku dinasihatkan untuk tunggu selama 5 hari untuk cek keadaan bekas jahitan. Masuk malam ke-2 hadi aku dapati muka dia macam kuning sikit. Susu pun kurang wei sebab aku tak boleh produce susu banyak dan aku resist untuk bagi dia susu formula sebab yakin aku ada susu sebenarnya. Akibat nya, hadi kurang susu dan berat badan dia turun beberapa gram.

Hari ke-5, masa nak cek keadaan luka jahitan, aku cek hadi sekali, kuning hadi agak tinggi seperti aku jangkakan. Sepatut nya kena admit kat umra, tapi aku berkeras nak masukkan hadi kat hospital kat johor. So sampai je johor terus bawak hadi ke KPJ. Sumpah KPJ servis teruk. To be specific, KPJ Pasir Gudang. Banyak nak list down apa yang aku tak puas hati, tapi yang ni paling terkesan lah, nurse kat situ baru usik anak aku sikit, terus tanya payment pakai insurans ke cash. Aku nak maki, masa tu dah maghrib dan aku tengah sakit kesan operation tu, tapi aku pekak kan telinga dengan harapan tu pertama dan terakhir aku nampak kebodohan servis kpj. Lepas tu, aku tak suka juga cara nak menyampaikan peraturan orang luar tak boleh masuk tengok baby kecuali ibu dan bapa kat mak mertua aku. Dia punya halau macam mak mertua aku sangat picisan kat situ. Oh ya, lagi satu masa discharge hospital ada doctor consultation charges but too bad, none of us yang di consult doctor. Jumpa parents pun tak, so takkan lah consultation charge tu ke atas anak yang baru 6 hari? Tett.

Balik je dari KPJ, esok nya aku pergi terus poliklinik pasir gudang. Servis memang bagus, dan cepat. Terus kes hadi dirujuk ke HSI. Semalam nya masa discharge tak ada pun attachment result blood diagnosis anak aku pun tapi nasib baik rajin nak pergi cek sendiri. Alhamdulillah hadi dibenarkan balik lepas satu malam bermalam kat HSI dan mami sanggup bermalam sama sebab nak teman anak mami yang putih putih melati tu. Cabaran sungguh sebab aku tak boleh angkat berat kesan operation tu dan setiap jam kena menyusukan anak. Tak tidur malam tapi masa tu lah aku rasa seronok nya dah jadi mak! Dari sedih jadi gembira. Dari baby blues jadi kuat. Dari tak tahu jadi tahu. Selama 6 hari tu aku langsung tak tukar pampers hadi, semua mama buat kan. Hehe. Memang pengalaman yang berkesan wei. Sebab sebaik keluar hospital tu, aku dah tak panggil mama untuk datang tukar kan pampers hadi. Nak susu kan hadi pun aku rasa yakin dah. Bila yakin, susu pun lancar. Ye korang untuk promote susu yang lancar, keyakinan tu kena ada.

Balik dari hospital tu hadi still kena follow up dengan poliklinik kerajaan. Sambil sambil tu macam macam juga kitorang buat untuk make sure hadi free from jaundice. Minum air buah kabung lah, anggur hitam lah. Setiap malam aku make sure hadi still bangun every 2 hours untuk menyusu. Dan aku juga bagi susu formula just in case hadi tak puas. Alhamdulillah sekali lagi, hadi bebas kuning lepas hari ke 16. Im a happy mami!

Oh ya, aku dediket gambar hadi sehingga 2 bulan. Tadaaa



Wednesday, August 6, 2014

My Hadi Saif

Assalamualaikum. Hai hai hai. Tengok dah berapa lama blog tak update? Hahaha. Okay ni dah lama draft dalam kepala otak tapi baru harini rajin nak realisasikan. So Alhamdulillah. Aku selamat lahirkan bayi pertama kami pada 14 Mei 2014 harituuu. Hehe. walaupaun secara operation, feeling dia sungguh sungguh sungguh syahdu masa separuh sedar dengar suara pertama kali dia menangis. Alhamdulillah.

Pengalaman dia macam ni (just in case aku nak imbas balik hari hari bersejarah ini).

Panjang, sangat panjang sebab first time mother weii. 

 13 Mei 2014 -Mimpi panjat tangga tingkat 12 semata mata nak pulang seluar pinjam dari kawan. Oh please, aku tak pernah terfikir pun nak pinjam seluar from sesiapa anddddd dia pendek dari aku confirm tak suits aku. Sampai tingat 12, aku rasa aku terkencing berjurai jurai. Terus tersedar, sebab rasa ada benda meletup dari vv yang aku ingat aku kencing malam. Ha ha ha. Memang terfikir tu air ketuban, tapi sebab first child, so tak ingat ketuban pecah dulu or sakit datang dulu etc. (ilmu hasil bacaan). Kejut Hafiez and suruh dia cek air yang membasahi tilam aku tu hancingzzz atau tak while aku sambung buang air kecil kat toilet (padahal air ketuban). Perasaan masa tu cuak kebebeh dan confuse. Hafiez dengan terkebil kebil cakap sayang ini air ketuban sebab tak ada bau. Okay fine, berdebar. Tapi sempat mandi and gosok gigi, masa tu baru 6:30 pagi okayyyy dan hari cuti Wesak (nasib baik sebab kalau tak mungkin Hafiez dah pergi kerja kalau hari biasa dan aku mungkin tambah cuak!). Telefon mama dan bagitahu ketuban pecah terus mama suara ketar ketar macam menangis tuuu mungkin sebab berdebar dan syahdu ingat aku nak beranak. Hihi.

Sepanjang perjalanan ke Hospital Umra, aku berkira kira, dah due ke sebab aku ingat lagi 2 hari baru aku ada check up untuk Week 36. Walaupun still ada few weeks before edd, alhamdulillah barang bayi aku dah packing dah standby untuk beranak di JOHOR ye sekian. Hahaha. Okay sambung, sambil air ketuban tu still mengalir ngalir yang sangat deras, aku tengah alert untuk detect ada tak rasa cramp perut (Tak Ada) aku berkumat kamit baca alfatihah, dan 3 Qul sebab terngiang ngiang kawan aku haja cakap, kalau nak bukaan vv cepat kena baca surah surah tu dan insyaAllah boleh kurang sakit. So, aku expect, sampai Umra mungkin dah ada bukaan lah. Cehhh macam dokter dokter kan? Haha. Sampai je hospital, air masih berjujuran dan perut kempis (memang aku ada masalah air ketuban terlebih), lepas daftar dan naik wheel chair hahaha kenapa aku seronok kena sorong naik wheel chair padahal kena takut sakit untuk beranak??! Hahaha.

Dokter tanya aku ada sakit cramp tak. TAK ADA. Aku ada bleeding tak. TAK ADA. Dokter pun seluk vv untuk cek bukaan, tapi langsung TAK ADA. Dan bayi masih tinggi yelah maybe sebab belum due. Dokter pun suruh admit untuk standby beranak. Sempat lah bagitahu few SGF and officemates sebab memang aku bajet beranak ni kejap lagi ni (fikiran yakin sendiri dokter). Oh ye, sebab aku belum due dan baby sikit premature, aku kena suntik antibiotik untuk kuat kan paru paru bayi di punggung. Bisa weiiii dan sebenarnya bukan sekali tapi ada 3 kali lagi sampai beranak. Lepak lepak kat ward sambil baca surah surah kat quran yang aku baca belum habis lagi (sebab mana tahu tak panjang umur jadi berdebar tu jadi lebih sikit) hafiez standby untuk ambik mak aku kat TBS (mak aku terus ambik tiket dari pasir gudang pukul 10 pagi). Aku kat hospital ditemani fikah and misi yang kadang kadang datang untuk cek perut yang lilit zap on tu untuk check ada contraction ke tak and cek heartbeat bayi juga. Mama sampai dalam pukul 3 terus nangis nangis sebab aku dah selamat beranak padahal aku baru je lepas menyudu nasi kandar hahahahahahaha.

Okay to make the story shorter, dari pukul 7pagi yang aku sampai hospital tu sampai 8 malam nya, langsung TAK ADA bukaan, bayi masih tinggi masih jauh dari mangku untuk engage, dannnn air ketuban aku dah kritikal, tinggal sangat sikittt di kawasan tali pusat sahaja. So, dokter Rafi iaitu dokter yang attend case aku sejak week 28 tu suggest untuk beranak secara C section sebab risau bayi lemas dan tali pusat terlipat disebabkan tiada air ketuban dah. Korang, dokter rafi best and cara dia explain kat patient dia macam nak ajar kita jadi dokter terus *tettt* haha. Aku dicadangkan untuk beranak secara operation esok pagi pukul 10 pagi macam tu, if sepanjang malam tu aku tak juga rasa sakit dan tiada bukaan untuk bersalin secara normal. Jadi malam tu tak tahu kenapa, aku rasa takut tu malam terakhir aku bersama hafiez, jadi aku ajak dia jalan jalan kat Giant and enjoy macam esok tak jumpa. Dalam hati, kesian suami aku kalau aku tak ada nanti siapa nak jaga dia, nampak tak perasaan isteri masa ni bagaimana. Emosi kan. Lepas makan makan tu dalam pukul 10 malam aku balik hospital balik (dan nak bersalin tapi masih jalan jalan bergembira) aku dah mula terima ubat ke apa tah untuk induce rasa ada contraction malam tu. Mana tahu, sakit dan boleh bersalin normal kan. Tapi sepanjang malam tu juga aku kena ambik suntikan insulin sebab tiba tiba je paras gula tinggi wei, cecah 11 pula tu padahal sebelum tu below 7, aku kena ambik insulin tu tak silap aku sampai 4 kali sebab gula lambat turun. Jadi kira lah dah berapa dan apa suntikan aku terima dalam tak sampai 24 jam. Hehehe.Dan sepanjang malam, mama yang teman aku kat hospital, dia sambung kerusi dan tidur atas kerusi dengan sejuk dan tidak selesa nya dan sentiasa terjaga sebab takut tiba tiba aku sakit. Terharu tak korang, padahal aku dah suruh dia balik rumah biar hafiez je teman aku. Thank you mama. I love you so very much! (bergenang air mata)

14 Mei 2014 -Dah cukup 24 jam tunggu contraction tapi tetap TAK ADA, dan TAK ADA bukaan untuk bayi keluar juga. Dokter bagi lagi satu option untuk tunggu lagi 24 jam dan terima ubat untuk induce tu kot kot sakit dan boleh bersalin normal, tapi fikir balik, daripada aku risiko kan baby dalam perut semata mata tunggu sakit (air ketuban tinggal 4%!!!) dan nanti sakit atas bawah, aku setuju untuk dibedah. Mula mula tak ada perasaan pun cuma ada cuak sikiiit je lah. Tapi bila dah tukar uniform masuk operation theater dan dah naik wheel chair, mama dengan hafiez nangis. Hmm masa tu baru lah aku faham, okay sedih nya kalau ada sesuatu yang buruk nanti terjadi. Dalam hati berganti ganti surah dan potongan ayat doa aku baca sampai lah baring kat katil pembedahan. Lepas dibarinkan dan disuntik epidural kat tulang belakang, aku rasa loya gila kepala pusing pusing. Dokter kata normal, dan dia sedia kan mangkuk sebelah muka aku kot kot aku nak muntah. Tapi tak pun dan lepas tu terus rasa biasa biasa je. Tengok lampu bulat bulat dan dokter dokter yang mundar mandir sekeliling aku tak rasa berdebar maybe sebab aku bayang kan macam jumpa dentist je agak nya dan of course tak rasa sakit sebab dah bius. Tapi memang rasa lah perut digarik tu cuma tak sakit. Aku tanya dokter, "dah belah ke", "Yes sayda dah belah dan sekarang lapisan kedua". "Okayyyy..." Sebenarnya, terus terang, aku jakun sangat nak tengok dia buat apa kat perut aku sebab ye lah kan tak rasa sakit dan teruja sangat nak tengok wajah anak aku. Sebaik je, dokter tolak anak aku dari atas sebab kata nya anak aku tinggi sangat, maka rasmi lah anak aku dilahirkan pada pukul 10.26 pagi secara pembedahan. Kuat nya lah anak aku nangis ni. Aku sempat tanya, "dokter ni baby yang dalam perut saya tu ke?" "Yes sayda, its a boy" Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Dan aku terus tertidur.

Yes everyone, meet our lil slugger, Hadi Saif bin Mohd Hafiez the one who is cute like a bug that nothing I can do but hug... What a beautiful gift Allah sent for us to love. Welcome to the world sayang.


Ni Hadi masa sehingga one month old and minggu depan dia dah 3 bulan! How quick time flies!

Okaylah, lepas ni entry mungkin lagi banyak mengenai hadi sebab aku nak share cerita pasal hadi kena jaundice, first time mandikan hadi sendiri, hadi tak berak 5 hari, hadi taknak tidur malam, hadi suka menyusu lepas kiri kanan lepas kanan kiri dan sebagai nya.



Tuesday, May 6, 2014

Congratulations Natra!

Sebelum busy dan sampai due, i want to congratulate my baby girl natra, congrats sayangku! Wishing u a lifetime of happiness!!!






ps: countdown *sweating


Wednesday, April 30, 2014

video - adorable kai on ellen show

Terasa macam nak share video Kai ni kat sini. Comel gila pleaseeeee. My baby H, nanti jadi adorable macam ni tau, mami tak payah tengok youtube dah. Haha.








Dan dia nyanyi lagu favourite artist kuuuuu!!


Tuesday, April 15, 2014

Amalan semasa mengandung : 5. Amalan dan petua mudah bersalin

Masuk 3rd trimester, rasa berdebar debar sangat. Dengan kemampuan nak angkat papan punggung sendiri pun lambat dan sakit, posisi tidur yang selalu perlu diubah, stamina yang merosot, menambah cuak untuk melahir kan. Siapa tak risau kan. Nasib baik bahagian barang bayi dan keperluan bersalin dah hampir siap dan aku tak perlu nak berjalan memandangkan kaki bengkak dan cepat penat nya, risau menyusah kan hafiez je nanti nak pikul aku dan baby. Baby, ingat tau, kita kena selalu senang kan ayah. Ayah kerja teruk untuk awak. (tiba tiba sebak)

Yang ni antara amalan mengikut ajaran islam untuk memudahkan proses kelahiran yang boleh diamalkan bila dah 7 bulan.

1. Minum air zam zam
2. Makan buah kurma
  - Sabda Nabi Muhammad SAW: "Berilah makan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebab kan anak nya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa".
3. Sentiasa berzikir, bertasbih dan bertahmid.

credit : ezurin.blogspot
4. Banyakkan baca Al-Quran dan berdoa. Antara surah amalan, surah mariam, surah yassin, surah yusuf dan potongan doa yang boleh diamal kan adalah doa nabi yunus:
"Tiada Tuhan yang disembah melainkan engkau, maha suci Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang membuat zalim"
"Kemudian jalannya dimudahkan" Surah Abasa, ayat 20

Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku, dan sebaik baik yang ku serahkan diri kepada Allah

Ni pulak petua melayu lama:

1. amal minum air lebihan suami
2. amal minum air hujung rambut masa mandi
3. minum air kelapa untuk membersihkan baby
4. amal telur mentah T_T
5. kerap makan sayur bendi untuk mudahkan laluan baby
6. minum sesudu teh camca minyak kelapa muda 3 kali seminggu bila dah capai 9 bulan kandungan

Dan ni pulak senaman amalan untuk memudahkan beranak. Hmmm, aku hari hari panjat tangga je pun dah rasa tamat senaman aku. Hahahaha.

credit : mykidz.my
Semua, aku cedok cedok di internet dan aku saja kompol (ejaan mak aku) di sini untuk rujukan sendiri. Terima kasih daun keladi. Hehe.


Wednesday, April 9, 2014

CHECKLIST - NEW BORN

Hai, sekarang asyik menghabiskan masa tengok barang baby online. Boleh? Bukan sebab aku kaki online shopping pun tapi aku dah malas nak jalan jalan sebab cepat penat. Maka nya, shopping atau window shopping secara online adalah cara nya. Macam dah 80% complete. Tak jakun pun, tapi teruja lah setiap kali bangun tidur mata yang jeling jeling ke arah longgokan barang baby yang bakal lahir ini ye. Haha. Jakun lah jugak sebenarnya. Feeling emak emak lah tu. Nak complete kan cepat bukan sebab gelojoh (walaupun excited) tapi sebab fikir kan hafiez yang mungkin gabra nanti kot kot sudah ada alarm nya. Dia gabra, dan aku lagi lah masa tu gabra tetek -gabra paling angker. Okay lah, dah merapu. Angkat tangan ramai ramai, dan doa kan saya ye, insyaAllah, lagi 2 bulan.


 

Bila ukur ukur stokin baby, rasa comel nya! Macam perasaan aku nampak kucing comel!!!
muat ke ni dik kaki awak?
Hehe, chow da mow!

Tuesday, April 1, 2014

MGTT

Malas nya nak update blog sebab sebenarnya banyak draft, tapi everytime nak publish, bos yang lalu lalang lepas tu dah terlupa nak publish lepas tu lupa nak attach gambar lepas tu dah malas. Haha.

Haritu kat hospital swasta untuk buat monthly check up (aku pergi juga appointment klinik kerajaan- saja nak merasa manfaat-untuk-masyarakat tu), lepas scan and ukur ukur tulang semua, dia suspect aku ada diabetes. No wayyy aku tak makan nasi banyak dan tak minum air bikarbonat! Dan semua sayur and buah aku ambik. Dokter dengki. So sad.

Ini adalah second time minum air gula, hari tu minum kat klinik kerajaan (lulus cemerlang). Ya Allah kalau lambat sikit minum, air gula tu jadi gula balik ye. Dapat bayang kan tak berapa molarity dia di situ. Dan sebab membayangkan beratus orang yang after after gelas tu, aku sedikit putus asa. 

Dokter tu kata test aku buat haritu tak valid sebab dah sebulan and selalu nya diabetis cuma boleh detect after 28 weeks. Hokay, aku redho. Nak nak kalau ada background diabetis.

Tapi, minum air gula kat hospital swasta sedap. Perisa grape, harap maklum. Sesuai untuk tekak aku yang suka sangat benda benda manis nyum nyum.

Sementara tunggu 2 jam untuk test darah lagi tu, banyak kali aku cakap dengan anak aku kalau nak makan aiskrim magnum petang tu dia harus kerjasama. Haha.

Jahat kau dokter. Budak kecil ni sehat tau bukan sebab diabetis tau. Kecil hati anak aku. Berdekah dekah aku ketawa ejek dokter wekk wekk (dalam hati je lah). Result MGTT kali ni lagi cemerlang. Sebelum minum air gula 4.4, after minum air gula 5.9. Yahuuu!

Nah sedikit nota penting:
1. Kena puasa 8 jam sebelum mulakan eksperimen. Contoh nak buat test pukul 8 pagi, meal terakhir harus pukul 12 malam. Tu pun bukan yang berat.

2. Sebelum test harus di bawah 5.5

After test harus di bawah 7.8

 Okay lah bai.

Monday, March 17, 2014

cara nak buat isteri senyum sepanjang hari

Simple actions or messages yang boleh buat isteri awak suka sangat sepanjang hari.

Nak nak masa sarat ni, oh ni bukan alasan sebab aku selalu je volunteer masak, basuh baju, gosok baju, lipat baju, kemas cadar katil, spray kasi wangi, sampai ambil kan sabun mandi baru pun aku sukarela nak buat kan semata mata nak tambat hati suami. Hehe.

1. Bila isteri awak cerita nak makan apa petang ni, dia sukarela nak tolong masak atau paling malas pun dia tolong tapau makanan feveret dia. How sweet is that, awak suruh dia bersandar macam tuan puteri je.

2. Isteri awak penat penat masak, lepas tu dia mandi, awak buat seprais, dia siap mandi je awak tengah berpeluh peluh sapu rumah, lap lantai etc. Terharu nya!

3. Isteri awak malam malam mengada ajak tengok gambar makanan yang dia kata tak mengidam pun, cuma nak share dengan awak makanan yang nampak macam sedap, esok awak bangun je dah plan, sayang lepas asar jom makan a&w, kita makan waffle ice cream. Haha omg bahagia kan.


And, the list goes on and on. Good luck para suami!

Okay lah itu sahaja, babai.

Friday, February 28, 2014

Amalan semasa mengandung : 4. Elak stress

Pengalaman selama hampir 6 bulan usia kandungan ni, ada satu perkara yang aku rasa extra sikit. Sensitif. Mungkin sebab normal bila mengandung, penat, pendam dan stress. Lagi pulak, mungkin most of the time aku susah nak marah or emo tapi bila certain issue yang aku tak selesa yang repeatly berlaku aku jadi lebih sensitif. Padahal nak jaga adab dan emosi, hati siapa lah yang tahan dari perasaan tertekan. Kalau nak ikut kan perasaan sebenar aku, memang setiap kali pun sekarang aku nak marah dan emo tapi bila fikir aku tengah bawak budak kecil, aku pendam. Aku cari alternatif. 

Macam contoh nya, setiap malam lepas maghrib, curi masa baca quran. Kalau boleh taknak miss satu hari pun baca quran sebab sekarang panas baran kita kena ada pendinding supaya tak meletus lalu effect baby. Lagi pula, rasa lagi dekat dengan Tuhan mana tahu tinggal 4 bulan terakhir ni ke. Kalau tak larat sekali pun, basah kan lidah baca 4 qul. Entah lah, kalau rasa stress tu melebih lebih, cari lah Tuhan. 

Lepas tu, aku baca kan, banyak kan bersujud. Dalam sehari, cari masa 2 minit untuk sujud. Selain boleh reduce stress, position baby pun selesa dan uri pun nanti naik so tak ada lah kes low lying placenta. Sujud 2 minit tu mungkin dalam sembahyang sunat taubat atau sunat hajat yang masa kena baca lailahaillaantasubhanakainikuntuminazzolimin sebanyak 40 kali masa sujud. 

Buat perkara yang buat kita happy. Contohnya, bila dalam kepala fikir dan stress macam mana agaknya sakit masa melahirkan tu, belilah aiskrim. Hehe. Alhamdulillah, belum sekali pun aku bangun 3-4 pagi dan mengidam bukan bukan. Setakat nak aiskrim pukul 10 malam je paling teruk ni. :p Buat perkara yang menggembirakan, contohnya, eksperimen memasak. Lagipun tu kerja paling ringan kita boleh buat sekarang ni. 

Mintak suami buat kan kerja rumah sikit. Contohnya, mintak basuhkan toilet ke, basuhkan kereta ke, bersihkan kipas siling ke. Kalau boleh, jangan beban kan badan buat kerja berat sebab berat beban badan berat beban di otak kita. Rasa bertuah kan, sebab taknak kita tergelincir kat toilet, suami sentalkan lantai toilet? Hehe. Sebelum tidur, mintak suami usapkan belakang. Kadang kadang kita bukan nak mintak urut pun lagipun suami pun mungkin penat jadi tak mungkin nak mintak dia urutkan kan, jadi mintak dia usap. Usap belakang dan usap baby. Sekurang kurang nya masa dia usap baby tu kita rasa okay suami faham kita selalu stress sekarang. 

Pastu banyakkan makan benda yang sejuk sejuk kat lidah. Maksudnya masa mengandung ni selalu makan buah buah dan sayur. Sejuk kat lidah sejuk kat perut.  Selain baik untuk mindset kita yang perlukan benda sejuk untuk sejuk kan hati, baik juga untuk bayi. Kita juga kena banyakkan minum air kosong. Macam dalam sehari at least 3 liter. Aku rasa apa apa sekalipun, air kosong adalah penyelesai masalah paling baik setakat ni haha. Selain penyejuk badan, air kosong jauhkan kita dari penyakit (especially diabetis ye) nak nak masa mengandung ni. 

Selain tu, pengelak stress di masa masa kita berdua je yang tahu perasaan tu macam mana yelah sebab taknak bebankan orang sekeliling rasa beban yang kita rasa adalah sentiasa memaafkan diri sendiri. Maafkan diri sendiri untuk perasaan bersalah tak bela diri sendiri setiap kali perasaan terguris. Maafkan diri sendiri bila sedih sebab pendam pendam pendam perasaan setiap kali orang sekeliling cakap seolah olah kita adalah batu di situ. Kadang kadang percayalah ada orang keliling kutuk team bola negeri kita pun kita sentap. Hehe macam tu lah tahap sensitif kita sekarang ni. Padahal tak ada kena mengena dengan baby pun. Maafkan mereka, dan maafkan diri sendiri. Dan mintak maaf dari Tuhan yang satu. 

Sun is not shining birds are not chirping all the time, stress tapi bila rasa baby tendang terus tak stress kan. Haha mintak dia tendang selalu. 

Okaylah. Jangan stress. Nanti baby kening berkerut. Haha. 

Thursday, February 20, 2014

thank god i found you



Deep gila. And i dedicate this to my forever boyfriend, my husband (((':





ps: i love you, Mohd Hafiez bin Akib

Friday, February 14, 2014

Amalan semasa mengandung : 3. Surah-surah amalan

Such an inspiration (:


Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang Ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an.  Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.

Sebelum menempatkannya di satu kelompok, Ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, “Ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”

“Ya.” jawab anak itu singkat.

“Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?” pinta Ustaz. Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya.

Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, Ustaz itu bertanya lagi, “Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)

“Ya.” jawabnya lagi, dan segera membacanya dgn baik & lancar.

Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada. Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “Kamu hafal surat An-Nahl?”.

Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu Ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah-surah yang lebih panjang. “Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”

Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan Ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”

“Ya.” jawabnya dengan jujur.

Mendengar jawapan itu, seketika Ustaz itu mengucapkan, “Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah.”

Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum Ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya, “Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapamu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan Ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si Ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, terhormat & pandai.

Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin Ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan Ustaz akan saya jawab, sebenarnya di sebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Di rumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yang kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.

“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si Ustaz tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya. “Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka, ‘Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini’, ‘Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti’. Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka” jelas si ayah memuji isterinya.

Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin. Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada di rahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulangan yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah. Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan, “Di sebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuatannya sama dengan seribu lelaki.”

Credit to : yanchor.wordpress

Surah al-Fatihah : Untuk memperoleh anak yang terang hati dan kuat ingatan nya
Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.




Surah Yusuf : Untuk memperoleh anak cantik rupa dan budi pekerti.




Surah Hujurat : Untuk banyak kan susu ibu dan memperoleh anak yang berhati hati.
Surah Yaasin : Untuk ketenangan hati
Surah at-Taubah : Untuk membersih jiwa dan memelihara diri dari maksiat.
Surah ah-Nahl : Untuk memperoleh anak yang berdisplin


Sharing is caring.



Monday, February 3, 2014

Congratulations Mira!

Hai, haritu semua supergirlfriends melaram sakan masa wedding mira. Alasannya sebab tema adalah english wedding, harus lah tak boleh pakai kurung. Dan kebetulan perut aku tak muat di kain kurung. Tak sangka semua macam pwincess termasuk aku ha ha ha ha ha ha. Okay lah tata.












Wednesday, January 29, 2014

Senarai barang keperluan dapur

Setiap kali hujung bulan, sibuk korek almari peti ais kabinet bilik air apa barang yang dah habis dah nak habis dan perlu restock. Sebab aku suka tengok mama dan ayah aku kalau beli barang dapur memang macam untuk stok anak ramai. Maksudnya, kalau tetamu terlebih ramai datang atau bulan depan nya malas nak pergi shopping, kita tak putus stok lah. Masalah nya sekaang, list aku buat masa stocktake tu adalah memain dan tak nampak gaya pengawas di situ. Jadi, aku sebagai suri rumah separuh masa dan menteri kewangan telah menyiap kan senarai panjang lah jugak untuk semak dan beli atau pangkah. Selain tu, boleh juga untuk tujuan pantauan perbelanjaan setiap bulan.


 


Thursday, January 23, 2014

Mira's Party


Lepas berapa bulan tak ketawa ketawa macam ni, akhirnya sabtu lepas sempat juga berjumpa. Terrrrruuuujaaaa weh! Sebab aku dah dapat agak akan berlaku kegiatan kurang bermoral di situ. Cuma nya aku kurang aktif sikit sebab bawak perut dan senang mengah, lagipun taknak anak mami terikut perangai mami hahahah ikut yang gelak gelak tu okay lah. Semoga keluar nanti asyik gelak je takmo nangis. Ini adalah party mira. Tema nya headgear. Aku memang selalu win kalau bab bab ada tema ni. Ha ha ha. Congrats in advance mira!


crazy part 1

crazy part 2


ni konon konon very the hipster

nampak tak headgear aku paling sakai

hamsterina

the lovely bride to be (:
my supergirlfriends

Saja nak clear kan picture album di handphone maka kena cepat cepat upload di sini. Tata.

Wednesday, January 22, 2014

Amalan semasa mengandung : 2. Makanan


Okaylah, macam biasa nurse atau doctor pesan sama macam yang kita jumpa kat google ni, makan yang sihat, makan yang seimbang. Tapi aku selalu dengar ramai cakap minum susu lebih lah. Susu kasi lebih. Susu kasi lebih. Tapi saya tak minum susu. Oh ye ye, kadang kadang aku minum susu coklat. Yang itu yummy! Yang putih panas tak mau. 

Selebih nya, aku cuba jadikan amalan setiap serving ada sayur dan buah. Nasib baik tak ada alergi sayur atau buah. Haha. Tapi lagi bagus kalau buah durian adalah salah satu pilihan. Ha ha ha. Oleh sebab aku isteri yang rajin nak makan sayur tapi taknak masak berkali kali, ter selalu lah pulak masak nasi goreng. Ha kau semua campak sekali dalam. Kira serving yang seimbang lah tu.

Selain tu, pengambilan air adalah perlu lebih dari 8 gelas sehari which aku rasa terlebih lah kot hahaha sebab sehari aku manage untuk minum lebih 4 liter. Sebab aku selalu dengar masa mengandung senang sembelit dan senang demam. Jadi oleh sebab aku taknak makan panadol atau ubat masa sakit, aku lebih kan air. Air kosong. Yang mula mula paksa ye, tapi sebab sejak mabuk haritu boleh cure dengan air masak banyak jadi sampai sekarang dah boleh minum banyak. Yeay!

Lepas tu, setiap petang nak nak hujung minggu aku bingung mengingat giliran lauk apa untuk dimasak. Ikan ke sayur ke daging ke sebab konon konon nya nak seimbang sangat. Haha. Taknak makan daging lebih sangat taknak ayam lebih sangat. Kira chef dino adalah masak lauk yang selang seli yang penting jimat. Nasi pun aku masih ambij tapi setengah senduk je walaupun aku tahu tahap nafsu makan aku sekarang boleh mencecah 4-5 senduk sekali makan tapi aku fikir tu dugaan dugaan dugaan. Sebagai memujuk hati, aku makan nasi separuh senduk lepas tu terus makan roti letak jem blueberry dengan peanut butter. Ha ambik kau.


sumber : google

Oh ya, atas pesanan ramai juga, aku simpan stok madu dan air zam zam di rumah. Orang kata tak berseri rumah kalau tak ada madu di rumah. Jadi, setiap malam aku minum sesudu madu nyum nyum dap nyaaa sebelum tidur. Dari yang aku baca madu adalah untuk badan yang cergas. Hehe. Rasa nak teguk sampai habis. Air zam zam pula bila perut rasa berangin dan kepala pening. Pagi pagi sementara tunggu apis siap siap, aku isi perut dengan kurma. Fuhh rasa macam bulan puasa. Hihi. 

Gambar ni apis share kat whatsapp haritu. So sweet forward forward macam ni hehe. Paling teruja whattttt kena makan buah tembikai banyak semasa mengandung! Haha terasa sejuk sejuk sekarang di mulut pleaseee.


sumber : google oleh suami

Yang penting sekarang, masak dan makan di rumah adalah antara tips untuk dapatkan makanan yang sihat untuk badan. Selain jimat gila woi sekali masak tak luak pun rm10, aku juga rasa wow banyak nya sayur boleh makan yang cuma cost aku tak sampai singgit. 

Sekian, wabillahittaufiq walhidayah.