Harini tiba tiba teringat masa awal awal hadi baru nak belajar tidur malam. Ya Allah masa dalam pantang, aku boleh kira dengan jari berapa jam je aku lelap yang nyenyak. Sampai terfikir adakah berlarutan sampai aku nak naik kerja nanti. But don woli all mommies. Baby harus tahu perasaan risau kita. Especially baby yang asyik nak melekap di t***k kita ni hehe.
Nak dekat dekat naik kerja, biasakan rutin tidur malam dia. Mula mula aku bawak hadi masuk bilik pukul 11 malam (oh masa ni lagi 2 minggu nak naik kerja tapi aku dah balik kl dah). Sumpah agak stress masa tu. Kebetulan bulan puasa, panas yang amat. Masa berpantang dah lah kita tak boleh bersejuk sangat dan cuaca pun tengah kemarau. So nak tidur kan hadi masa tu mencabar. Kipas bukak. Air cond pun bukak. Baju je tak dibuka kan sebab takut kembung and aku pun tak pernah berpengalaman hadi kembung (alhamdulillah). Awal awal hadi tidur mesti nak diriba kan. So aku letak kat riba dan bagi direct feeding juga. Bagi suasana gelap dan senyap je. Apis nak berjalan pun aku tak bagi dia seret kaki. Bayangkan betapa kritikal hadi masa tu. Haha. Hadi masal tu nak ke tidur nya ambil masa juga. Pernah sampai lajak ke pukul 1 dan hadi merengek rengek ): Tepuk salah, bagi susu salah, tukar pampers sudah, sapu minyak sudah, perut tak kembung, runsing kan. Tak tahu macam mana, apis faham sendiri dan beredar ke bilik sebelah mungkin sebab dia penat sangat tak larat dah, terus hadi diam. Haha tak tahu lah kenapa. Tapi aku assume hadi nak hadi-and-mami time only. Diam tapi mata tak pejam pun. Sakit belakang tak usah cakap lah. Haha ini lah pengorbanan ibu ibu yang menyusukan anak. Sakit bekas operate masih bersisa dan sakit belakang pula yang perlu ditanggung sekarang. Tapi, asalkan anak happy kan?
Lepas train pukul 11 malam, aku train hadi pukul 10 malam pulak, lepas tu 9 malam dan sekarang 8 setengah je dia dah moody nak tidur. Suasana kena sesuai untuk mood tidur. Macam macam juga mami buat. Sediakan selimut busuk dia lah. Beli kan buai lah. Belikan lampu turtle lah. Beli 6 biji puting juga buat khayal. Lain baby lain cara nak tidur kan. Hadi yang penting nak gelap, sejuk senyap dan ada bau dia iaitu mami dia. Nampak tak politik di situ. Dan sekarang tak bergayut sangat dah, asal kan kenyang, hadi dah nak tidur sendiri. Yang penting, ditepuk dan diteman. Lepas tu sekarang sebelum tidur menceceh dulu tu sambil golek golek. Sampai lah tertidur. Pernah one time, dia membebel sampai last position sebelum terlelap dia adalah menonggeng. Haha. Nanti bila teringat aku nak record dan bila dia dah girlfriend nanti nak tunjuk buat bahan. Haha. Okay lah bye. Pau kacang aku dah siap kukus.
Hadi 3-4 bulan. So much laughing! |
1 comment:
handsomenyaaa hadi ni.. meh auntie nak cium sikit....
Post a Comment