Wednesday, July 31, 2013

tanggungjawab

Hai. Sebenarnya hari hari online dan browsing dan jengah blog dan sebagainya tapi tak tahu kenapa malasssss betul nak update apa apa kat sini. Yang padahal dah berikrar dari sebesar besar cerita sampai seremeh remeh nya nak tulis sebab masa tua kang boleh malu malu sendiri bila baca tulisan masa muda mudi.

Semalam, aku ada site kat lendu, lendu melaka tu. Ceh mentang mentang dah tahu daerah lendu tu kat melaka, siap nak highlight bagai bila cerita hahahaha. Cerita nya bukan pasal aku ada site kat sana. Tapi, hmm nak cerita pasal tanggung jawab. Bukan sebab aku bertanggung jawab sangat pun tapi aku sebagai perempuan dan pencacai di sini rasa aneh ye.

Macam mana agaknya perasaan sanggup hantar perempuan pergi site jauh dan risiko macam tu yang pada idea asal nya sebenarnya nak hantar aku dengan sorang budak lelaki SAHAJA. Okay satu dah sah sah isu sensitiviti agama di sini akan timbul (berdua duaan dengan lelaki dia laki orang aku tunang orang dan tak tahu lagi site tu semak macam mana???), satu lagi adalah, ada 3 set barang bapak gedabak dan berat yang obvious sangat aku tak dapat angkat dan 99% budak lelaki tu angkat sorang. Menangis tak tengok work partner kau punggah macam tu tapi kau tak boleh buat apa pun dan bulan puasa kot helllooooo, setakat boleh angkat kan dokumen pergi site je T_T macam hishhh macam apa benda ni???!@#$$%^& Walaupun, dapat lagi sorang budak lelaki masuk team kitorang (setelah aku suggest dan berharap dia offer diri sendiri), panas hati aku cuma terpujuk sikit sahaja sebab rasa senang nya main pass pass kerja. Biasalah, selamat kan bontot sendiri dulu.

Ish, sepatutnya mood adalah gembira sebab minggu depan rayo. Raya terakhir sebelum kahwin. Lepas ni kena sedia jadual tahun ni balik rayo mano tahun depan balik rayo mano. Macam jauh je rumah mak masing masing haha. Nak raya ke nak kahwin ni. Nak dua dua. Haha tanya sendiri jawab sendiri. Okay lah, sebagai penutup sila nikmati pemandangan di bawah, dan doa banyak banyak engsel pintu dia terbukak dan terlepas lah syurga dunia bergolek ke jalan raya. Harap harap uols dapat bau juga.



No comments: