Tuesday, July 23, 2013

Kasut raya


Sedikit update untuk persiapan raya kali ni. Hehe. Tak beriya sangat pun sebab ada satu lagi perkara yang mengujakan tapi mendebarkan pada masa yang sama! Okay okay, tahun ni baju raya kitorang warna pas. Haha macam perempuan saiko masih nak cakap pasal parti politik. Tak lah, tahun ni warna hijau. Tahun lepas warna biru. Tahun yang lepas lepas warna kelabu. Oh man, aku harus save list warna ni kat somewhere supaya next year aku dah terus lincah decide nak warna apa untuk raya.

Nampak nya itu sahaja baju raya aku yang nyata. Yang lain lain adalah baju topap dari majlis kahwin orang atau baju raya tahun lepas yang baru siap awal tahun hari tu dan baju tunang pun boleh dan baju ihsan damini untuk raya. Ah boleh lah. Bukan budak kecil lagi nak berpasang pasang. Hahahaha padahal meratap kenapa hanya itu baju raya ku. 

Kuih raya pun boleh lah. Aku dah beli lebih kurang 6 balang kuih raya nak bawak balik johor nanti dan mungkin 3 extra kuih raya damini kasi. Baik hati bos aku ni. Lagi apa eh. Ohh kerepek nanti aku borong sama sama dengan hafiez 2 hari sebelum raya nanti. Lagi apa lagi apa. Kad raya tahun ni tarak sebab aku reserve setem untuk kad kahwin. 

Oh ya, tahun ni ada kasut raya tapi aku yakin sangat kasut tu aku guna masa nak ambik gambar keluarga pagi raya pertama je nanti. Mana boleh kasut kita kena tanah wehhh. 



kasut 10-15 minit

No comments: