Esok isnin tapi aku masih bersantai santai sekarang. Tak santai sangat lah sebab kat belakang tv tengah pasang dendam sundel bolong wtf !#$%%^^&* walaupun bulan puasa tapi aku tetap serem. Seronok hujung minggu macam ni aku di rumah. Rasa malas gila nak balik kl walaupun aku cinta kan lampu lampu waktu malam di kl dan aku rindu kan kesesakan jalan raya sama ada waktu pergi kerja mahu pun ketika balik, aku tetap berat buntut nak balik sana. Report aku yang bakal menjadi setimbun lagi, aku halal kan ha ha ha! Sekali sekala nakal begini tak menjadi kudis harap nya. Ceh ceh ceh tak ada sekelumit pun rasa nak jadi pekerja cemerlang.
Walau bagaimana pun dah sedikit lega sebab kad kahwin dan doorgift semua dah bawak balik kl. Maka boleh fokus benda lain pula. Macam risau sedikit lagi tak sampai 2 bulan tapi tak sedar ada apa apa lagi tak yang aku terlepas pandang.
Oh, macam biasa balik johor, teman mama ke mana dia nak pergi adalah sudah menjadi
habitat habit aku walaupun bukan aku yang pandu kereta. Pergi giant lah pergi jusco lah pergi kipmart lah, sekarang nampak perangai jalan jalan aku adalah dari gen siapa. Haha. I love you nevertheless mother. Berbuka kat rumah sendiri sekali sekala walaupun 4 manusia je, tapi makan macam lauk harus letak bawak meja betapa berbondong nya pinggan mangkuk juadah berbuka astaghfirullahalazim. Tapi mama memang begitu. Suka hidang makanan sampai ayah kata pinggan ayah nak letak mana ma. Lepas tu paksa paksa fikah bawak aku naik motor tapi telinga aku geli geli kena pakai helmet sebab rasa getar getar kat situ bila fikah bawak laju.Bubu dan ciko pula seperti gelisah bila aku asyik menghimpit dorang saja tanpa mempedulikan aku alergi sebenarnya dengan bulu kucing. Tapi, ubat kan ada.
Okaylah, cerita adalah sedikit boring dan sundel bolong kat tv dah nak habis, dah tak takut dah. Babai.
No comments:
Post a Comment