Monday, December 10, 2012

Wanita yang bertunang

Yeayy lagi seorang kesayangan hamba bertunang!!! Walaupun beriya mahu rejek tunangannya satu ketika dahulu siap suruh aku berlakon dengan hamster tapi akhirnya aku berlakon seorang kerana bajet hot chick haha memang hot chick pun akhirnya jatuh jua cair dengan ayat romantik nazreen. Konon dulu jual mahal padahal mau. Wek menyampah. Haha.

Tema tak sah kalau tak warna pink. Semua nak pink. Tapi sesuai lah warna lembut itu dengan jiwa wanita kerana sesungguhnya wanita sungguh lah lemah lembut peribadinya tak ada sepatah pun kata kata kesat pernah dilemparkan. Selalu sangat rasa seperti bergambar dengan sharifah shahora tak pun sensei azizah bila kau berbusana begitu wanita. Manis.

Penunang tak ada lah dihiraukan sangat sebab kawan kawan sejati selalu memporak perandakan hari indah begini. Pelamin atau hantaran atau doorgift atau jamuan lagi bermakna. Harap bersabar wanita.

Gambar nazreen pun tak mungkin ada sebab lain kali suruh lah lagi pakar peta malaysia seperti aku memandu memang sempat sampai pada masa nya. Hahaha. Semua esso aku mahu singgah rasanya sebab ingat rumah mu pasti jirannya.

Tahniah, wanita yayang!

pulang dengan buah buahan yang dicuri dari hantaran
akibat pelamin yang ditinggalkan bahagian 1

akibat pelamin yang ditinggalkan bahagian 2
muka masa makan adalah sangat anker harus dirahsia kan tapi yang memegang bunga sungguhlah ayu


u happy, and we happy for u wanita!



p.s: rindu gila dengan kucing gua )))':


No comments: