Dah berapa lama tak update blog sendiri menunjukkan betapa sibuknya aku hujung tahun macam ni. Tu siapa kata hujung tahun adalah masa holiday holiday holiday, memang dusta belaka. Sampai masa untuk silang kaki dan gebang pun dah tak sempat.
Mula mula aku nak buat rumusan sahaja aku buat apa selama konon sangat lah sibuk ni woi aku memang sibuk lah tapi ah esok lusa masa tua aku juga yang nak baca kan. So dengan tabahnya aku buat satu satu post. Bertabahlah wahai sayda. Untuk tatapan maria juga ni.
Okay tarikh lebih kurang 16hb hari tu sgf macam biasa memang gemar bersuka ria maka telah menganjurkan party untuk bakal perantin, nathalia. Kali ni takmoh melalak dalam bilik karaoke lagi tapi yang lebih lemah lembut punya jadi seharusnya makan di tempat yang indah indah dan tema pakaian kena lah pastel gitu.
Sesiapa yang plan nak surprise kan kekasih hati hahai nampak sangat aku nak sepraiskan hafiez dengan cara ini ye, haha bolehlah anjurkan majlis sendiri di the pantry, ioi mall. Cantik dan murah yo.
No comments:
Post a Comment