Sunday, December 2, 2012

Ke-12

Semalam berbaloi gila pergi stadium tengok aff suzuki cup. Malaysia menang woh!

Terus terang aku bukan lah peminat bola sepak tegar pun. Sebab ni sukan yang aku aneh aneh kan sejak kecil dahulu. Tak faham kenapa tiba tiba wisel ditiup. Tak nampak kenapa tiba tiba kad kuning keluar. Dan sumpah sampai sekarang ni dah tengok berkali kali pun aku tak reti celah mana nya dikatakan offside. Kah kah kah.

Tapi, sebenarnya aku tengok bola ni sebab aku nak pupuk diri sendiri cayang kan ceh cayang nampak tak manja di situ haha sayang kan malaysia. Tak semua piala pun aku tengok. Tapi one thing for sure kalau ada game melibatkan malaysia oh oh aku sangat teruja. Mood aku akan sangat baik waima kalau ada orang jatuh kan air atas kepala sekali pun sekelip mata aku akan ampunkan. Tak apa kak, sila jalan. Bulu roma meremang remang bila nyanyi negaraku sama sama. Wah, patriotisme. Rasa nak terkinja juga bila dorang sorak tah macam macam jenis sorak ada. Sama sama melompat bila gol dan merembes rembes peluh berdebar bila free kick ke penalti ke. Haha okay sekarang dah ter poyo sedikit. Tak lah, ni jasa hafiez tak putus asa menerangkan kat aku pasal bola sepak. Mungkin kasihan kan aku yang gembira beriya tengok bola tak pasal pasal tapi tak faham faham pun rules nya. Haha malang betul aku lampi. Sekarang, aku bukan sahaja setakat semangat patriotik tapi aku memang peminat bola sepak. Terutama, Harimau Malaya.

Apa pun harimau malaya, kalah ke menang ke, kau tetap di hati ku. Tapi, nak menang lagi please?









No comments: