Tuesday, October 2, 2012

Gua Tempurung, Gopeng

Kalau belum pernah cuba sukan ini, harus rebut peluang. Ini bisikan arahan serius kerana nikmat nya memang berbaloi. Aktiviti kesukanan yang dianjurkan bersama sama jabatan kitorang yang diberi nama kelab ceh nak nama kelab juga, RFCOP2 ini memang menyeronokkan!

Aktiviti yang melibatkan merangkak, terjun, gayat, meniarap, mengecilkan badan, mendongak, mengecilkan mata, dan ketahanan diri mengawal perasaan ingin buang air besar kecil ini sangat mencabar. Tambahan pulak, kena berlagak, mana main aktiviti yang average sahaja tahap marabahaya dia. Tak gaya dah naik gunung angsi lah kalau macam tu. Haha.

Kitorang pilih course yang paling extreme berharga rm22 sahaja. Rombongan terakhir masuk adalah pukul 11 sebab perjalanan eksplorasi bahaya itu mengambil masa paling sekejap adalah 3 jam. Lagi ramai, lagi banyak sembang, lagi banyak ketawa, lagi lambat ye tak?Kalau dah 50 orang satu kumpulan tak ke dah macam bursa saham bising nya nanti?

Beberapa tips yang harus aku kongsi di sini memandangkan aku yang mengalami nya dan tak mahu anak anak aku yang bakal minat sukan lasak haha nampak sangat berangan anak berderet yawww, nanti tak berseronok habis habisan masa giliran mereka pula masuk gua tempurung. Gitteww!

1. Pakai head lamp. Yang LED punya. Haha selain takut dibahan sebab yang semua lampu putih pasai pa hampa sorang lampu kuning penting juga untuk keselamatan. Lagi terang dan lagi luas pancarannya.

2. Seluar harus dua lapis tak termasuk yang dalam itu. Ada 3 kali sliding yang 2 pertama itu berliku dan kasar rupa muka buminya dan yang terakhir itu adalah licin tapi panjang perjalanan gelongsor nya. Nampak tak bila seluar itu akan menetas?

3. Jangan bawak barang yang harus dipegang. Kalau taknak bawak bag sebab takut nanti susah dalam sana nak hangkut ke hulu ke hilir, dicadangkan botol air tu boleh lah selit dalam baju lapisan kedua.

4. Pakai baju long sleeve sebab banyak aktiviti crawling yang kena melintasi batu kecil dan pasir. Lagipun, erm itu aurat. Pakai 2 lapis please. Bila bila masa baju luar tu terkoyak, we all ada second baju yo!

5. Nanti masa nak panjat dan turun tangga 1280 anak tangga tu duduk laluan kiri. Tak adalah gayat sangat memandangkan ada gaung di bawah sana. Oh, sebelah kiri juga gaung sebenarnya tapi tak nampak sangat, tak ada lampu di bahagian situ.

6. Oh, untuk mengelakkan cilaka, masa sliding yang 3 kali yang boleh buat koyak seluar tu, kaki kena rapat dan lurus dan bukan kangkang dan posisi badan tu harus bukan berbaring. Tunggu orang ramai sambut lu orang di bawah sana.

7. Kena berjaga jaga. Tengok bawah, depan dan tepi tepi pada bila bila masa. Sebab walaupun bukan di bawah siling rendah pun aku dah terhantuk dengan stalagtite yang berbahagia tumbuh merata tempat. Haha terlupa sekejap nama sendiri apa. 

8. Nanti kat pintu keluar tu, ada satu kawasan tempat perbaringan haha sebenarnya bukan untuk berbaring pun. Tempat berbaring di atas lantai marble ada aliran air sejuk di atas nya dan bila baring ada panorama indah di atas. Macam, di surga.

Kalau tak try, tak wira lah : gua tempurung 


tangga yang hanya orang kurus boleh lalu haha
sliding
nampak tak lampu kepala yang bagak ittew?
sebelum ke pintu keluar
konon konon askar wataniah
warga emas pun join, bukan shahmie
ha, ini lah gaya ahli sukan yang betul. kecuali lampu nya! haha.


p.s: yeayy petang ni tengok JOHO!

2 comments:

yolanda diego said...

wah......nampak best. sy pernah pg guna laluan tangga je.

sayda dino said...

best! should u try bila ada peluang nanti!