Friday, October 19, 2012

Cekodok Pisang

Musim musim hujan macam sekarang ni, buat aku teringat cekodok pisang mama buat. Cekodok yang bentuk nya yang tidak bulat dan bukan seperti rasa kek pisang itu. Minyak minyak dan penuh rasa pisang. Terliur tahu.

Gelek gelek dahulu pisang dengan kulit dia sekali sampai rasa benyek. Benyek tu macam lebam lah. Lepas tu kupas kulit dan tabur dalam 4-5 sudu gula dan sikit garam atas pepisang tersebut. Lepas tu lenyek bahan tu semua sampai lunyai dan tabur dalam setengah cawan tepung untuk nisbah 15 biji pisang kecil. Lepas dah sebati, biar dalam setengah jam dulu. Baru goreng. Goreng sampai 70peratus hangus hahahahaha. Baru lazat.

Tadi call mama dan melaporkan bahawa aku berjaya tiru sebiji rasa cekodok pisang dia. Amacam. Kalau aku jual 4.30 petang nanti lu orang nak beli tak? Hahaha.


No comments: