Tuesday, October 16, 2012

Wkwkwkwkwk

Sejak macam macam jenis penulisan yang boleh dijumpai especially dalam mesej tak pun laman sosial fb twitter semua, lidah aku pun rasa tergeliat geliat. Sedikit stress. Haha. Tak kisah pun nak tulis gaya rempitz gitu. Apa ada hal. Gua pun pernah dulu.

Tapi yang musykil dan asyik dijadikan isu dalam hati aku ni sejak dahulu lagi adalah gaya ketawa. Faham tak. Maksud aku, kalau kau taip haha okay aku bayang kan kau gelak haha memang kelakar doh. Kalau gelak HAHAHAHA, sangat jelaka kelakar. Kalau hehe kelakar sikit dan biar nampak sederhana. Gelak terbaru kegemaran aku sekarang hihi adalah biar nampak ala cumilnya aku woi dengan harapan hafiez terdetik dalam hati nya yaAllah cute nya dia hahaha. Kalau gelak kah kah kah tak pun keh keh keh, okay itu aku rasa kelakar sangat dengan bahu terhenjut henjut macam baca ujang gittew.

Dulu masa belajar, rasa cool juga bila aku tulis ahaks ahaxx hahahaha tak sangka aku boleh tulis macam tu. dalam kepala otak aku bayangkan ketawa gaya itu sangat macho dan ketawa seadanya tanpa goyang kan dada dan kecil kan mata sikit. Pernah juga aku tulis tulis surat cinta tulis gelak hoho dan sekarang aku menyesal kerana mengenangkan gaya buka mulut serupa itu adalah memberi bau mulut yang pekung.

Okay apa lagi ye, oh oh ye aku pernah perasan kelakar lah sangat ketawa hahahahaharunsalimbachik. Lempang aku sekarang kerana sangka mak lawak. Menyesal menyesal menyesal!

Sekarang, macam mana nak bunyi kan gelak wkwkwkwkwkwk seperti yang banyak kali aku jumpa sekarang?

Haha nampak sangat aku wanita komplikated, cara orang tulis dia gelak macam mana pun menjadi masalah dalam kepala genius aku ni.

kakakakakaram singh walia, okay tak kelakar

p.s: hmm, ada awek cun gelak hikhokhikhok. Okay, ni aku terbayang kan satu haiwan pula. Zzzzz.

2 comments:

Miss FZ said...

tau dah apekah haiwan iteww.sangat tidak comel okeh.huhu

sayda dino said...

Hehe gerak kan hidung sekali pleaseeee. Haha!