Thursday, December 22, 2011

diam


Hai. Since fikah dengan selamba nya upload gambar aku yang kelihatan sangat sakai di fb sehingga boleh menyebabkan terjatuhnya saham aku, maka aku sendiri tangguh nak cerita pasal percutian keluarga tempoh hari. Haha. Lain kali tapis lah dulu dik kot kot kakak kau nampak kekampungan gila ke dalam gambar.

Okay. This is going to be a very short and quick update. I promise. Haha. Sebab aku tahu aku senang terpesong. Of late, aku rasa berdiam diri dan pura pura tak tahu apa sedang berlaku di sekeliling adalah langkah terbaik. Baik aku galak bekerja keras seperti warga asing dari aku terkebil kebil biji mata cuba faham kenapa dugaan macam ni aku harus terima.

Diam bukan sebab aku marah. Diam bukan sebab aku mengalah. Diam bukan sebab aku tak tahu. Dan diam bukan bermaksud aku tak berkecil hati. Entahlah. Biarlah aku simpan sekejap. I think i am good at hiding. Im good at acting too. Agaknya lah.

Aku diam sebab taknak mengguris hati sesiapa lagi. Termasuk hatiku sendiri.



p.s: cuti aku approve. yeay. sayang hantu gigi.


Monday, December 19, 2011

kampung baru


Aku orang johor. Lahir kat johor, rumah mak ayah kat johor dan kampung kat johor. Tapi aku terdampar di kl. Terdampar dengan redha sekali. Haha.

Banyak tempat yang menarik kat kl ni. Semua tempat kat kl aku suka. Tak kisah lah orang cakap kl ni kota metropolitan hidup penuh pancaroba ke hingar bingar ke jalan jem ke banjir ke, aku tetap suka. Contohnya, aku sangat suka kampung baru. Lame kan. Haha. Jalan jalan pada malam minggu di kampung baru memang rasa live gila. Tak sangka dengan berlatar belakang kan klcc, masih ada pasar malam, rumah rumah papan, kedai kedai kecil termasuklah kedai gunting rambut ye yang ada lampu belang belang depan kedai, dan sangat banyak tempat makan yang best kat bawah. Lagi feel kalau kau jalan kaki. Semua kedai aku nak singgah dan rasa makan weh.

Hari tu aku makan nasi bubur lauk campur. Yang makan dua orang tapi meja penuh. Lauk aku je dah 3 pinggan. Lauk hafiez 2 pinggan. Dengan pulut mangga beli kat kedai depan. Ada rangka ayam tadi beli kat pasar malam lagi. Ni mana anuar zain nak duduk ni. Haha.

Nanti lepas pindah johor balik, mesti aku akan sangat rindu nak rasa macam ni. Mesti aku rindu nak tengok lampu lampi kat pokok, tengok awek kat lorong haji taib, lepak lepak termenung kat dataran, singgah beli buah buahan kat jalan chow kit. Dah tua kelak, boleh lah aku gebang kat anak cucu aku, hey dulu mama sosial okayyyy. Haha.

Okaylah, mak aku dan sekapalnya turun kl. Tengok. Dorang hujung tahun mesti nak turun kl jalan jalan. Nanti aku cerita makcik makcik ni pergi mana.

kat kampung baru ada benda ni jugak, kat rumah kau hado ?


p.s: im missing my man so badly ):

Thursday, December 15, 2011

lulian

Aku rasa dah berapa lama entah agaknya tak turun sarapan roti canai kat deretan kedai bawah tu. Maklumlah. Aku memang berperangai manis. Gadis manis lah katakan. Pandai bangun awal. Dan tak pandai membuang masa bergolek golek atas tilam memandangkan jam baru je cecah 7.40 pagi. Gila betul kerja mula pukul 8.30 tapi aku berperangai seolah olah aku adalah encik bob. Haha.

Hari ni aku berjaya sampai agak awal lalu menjerut seorang demi seorang turun breakfast kat bawah. Dengan berbekalkan dua ringgit sahaja, aku berharap shahmie sudi memayungi aku kelak bila bayar. Dah lama tak rasa macam ni. Rasa pagi pagi hening bersama pak lawak 4-5 orang dan mak lawak sepet sorang. Setiap hari mesti perut aku perit. Ketawa macam tonton osbon je. Perbualan tak pernah lari dari unsur unsur mengutuk. Setiap bait ayat adalah mengejek sahaja. Aku tak ada lah terlibat mana pun. Aku cuma tukang dengar dan tonton sahaja. Mana ada ejek botak ke pendek ke telinga astro ke sepet ke jalan berkepak. Mana ada. Haha.

Dah lama jugak tak lepak sampai pukul 10 malam di william. Aku kira kira dah nak dekat 3 bulan jugak lah. Entah lah. Aku harap william tak bankrup hendaknya. Kurang dah garisan halus kat tepi mulut dan tepi mata bekas ketawa. Ke keberkesanan collagen aku pun tak pasti dah.

Walau macam mana pun, acara makan durian secara silang pangkah dan sumbat cepat cepat kalau tak kau rugi tetap dijalankan. Angker lulian paksa kami olang makan sampai muntah. Kalau nak cuba, isi yang gebu lemak manis dan pahit sehingga menyebabkan terbersin, kau pergi kat area bulatan kampung cempaka sana. Durian dia terbaik.




Aku taip panjang panjang ni sebenarnya nak bagitahu mulut jahat suka jerit terlolong macam speaker pecah tak semestinya hati gua jahat. Okay, nampak tak moral cerita di mana. Haha. Back up diri sendiri baik punya. Tak adalah. Aku gurau je. Bye gemuk gemuk sekalian.

p.s: please, do not take things for granted. please.

Monday, December 5, 2011

universal studio, singapore


Assalamualaikum. Hai. Kali ni lama gila punya tidur. Blog canggih aku dah bersawang sawang. Haha. Nah, pengubat rindu. Gambar nak gempak. Kesian anak anak aku nanti kena tanya banyak kali "mama mama, kenapa gambar mama semua kelihatan poyo belaka", tanya maria kepadaku. Haha bajet nama anak adalah maria.



Hari yang ditunggu tunggu akhirnya tiba jugak. Punya lah awal plan nak pergi sini padahal sekentut je pun. Haha. Tapi kalau nak bercuti dengan SGF memang kena plan awal. Mana tak nya, semua sukar dikawal. Nak berkumpul sebelum pergi pun susah. Nak bangun pagi pun punya lah susah. Nasib baik ikut pakej. Terpaksa disiplin. Seawal 7 pagi dah kena berada di bas siap dengan isi borang putih sekali.



Sampai sampai je harus buat perangai. Bergambar sana sini. Tapi jangan harap dapat bergambar seorang lalu dijadikan profile picture fesbuk twitter formspring, nak bergambar berdua pun susah. Semua akan meluru ke kamera. Tak boleh ketinggalan.

Semua tempat sempat masuk rasanya. Manusia punya lah ramai jadi perjalanan terbatas. Lain kali, kena pergi masa bukan cuti sekolah. Timing memang agak salah. Tapi tak menghalang kebebasan mutlak nak bergembira pun. Hampir semua ceruk masuk, hampir semua permainan dirasai dan hampir kat semua tempat ada gambar kenang kenangan. Harga tiket masuk dan perkhidmatan pengangkutan dari larkin ke singapore balik semula ke larkin, dari 7 pagi ke 10 malam dan voucher makan tengah hari, kau cuma perlu bayar RM250. Berbaloi baloi baloi baloi. Over tak over lah, dari madagscar, far far away, lost world, ancient egypt, sci fi city, new york, hollywood semua dilawati. Dan hampir semua show pun sempat tengok. Mengantuk ke lapar ke penat ke hujan ke busuk ke pokai ke selekeh ke, belakang kira. Yang penting kita bersatu. Haha. Lebih kau sayda.

kalau tak bergambar macam ni, kira tak jakun lah.


makan. masakan sedap macam masakan mak mak. haha.


lost world


waterworld


ancient egypt


raincoat haha. SGF, come rain or shine, we will be happy together, unhappy together.


madagascar. bidadari secantik gua pulak.


jaybee menjerit weh. haha.

Masa yang paling dibenci semua orang dah sah sah lah masa berpisah. Sedih bergenang mata aku sekarang sebab macam masih terngiang ngiang dorang mengilai gembira dan takut naik roller coaster. Haha. Rindu jugak tengok ketabahan masing masing 'beratur' untuk bermain. Dan juga teringat ingat masa botol air dinosour lah botol air tabung uji lah di pass pass. Padahal isinya cuma air kosong. Bila terkongsi air liur ni, kira dah jadi soulmate lah. Ye tak. Haha. Okay aku dah kembang tekak. Loya. Rindu nak gurau gurau dengan SGF, hehe dengan u jugak. Cepat diskas dekat thread tahun depan nak pergi mana pulak. Sebelum menua.

p.s: tadi makan kat nirwana banana leaf dengan hafiez. sekarang aku kesandaran. haha.