Thursday, December 15, 2011

lulian

Aku rasa dah berapa lama entah agaknya tak turun sarapan roti canai kat deretan kedai bawah tu. Maklumlah. Aku memang berperangai manis. Gadis manis lah katakan. Pandai bangun awal. Dan tak pandai membuang masa bergolek golek atas tilam memandangkan jam baru je cecah 7.40 pagi. Gila betul kerja mula pukul 8.30 tapi aku berperangai seolah olah aku adalah encik bob. Haha.

Hari ni aku berjaya sampai agak awal lalu menjerut seorang demi seorang turun breakfast kat bawah. Dengan berbekalkan dua ringgit sahaja, aku berharap shahmie sudi memayungi aku kelak bila bayar. Dah lama tak rasa macam ni. Rasa pagi pagi hening bersama pak lawak 4-5 orang dan mak lawak sepet sorang. Setiap hari mesti perut aku perit. Ketawa macam tonton osbon je. Perbualan tak pernah lari dari unsur unsur mengutuk. Setiap bait ayat adalah mengejek sahaja. Aku tak ada lah terlibat mana pun. Aku cuma tukang dengar dan tonton sahaja. Mana ada ejek botak ke pendek ke telinga astro ke sepet ke jalan berkepak. Mana ada. Haha.

Dah lama jugak tak lepak sampai pukul 10 malam di william. Aku kira kira dah nak dekat 3 bulan jugak lah. Entah lah. Aku harap william tak bankrup hendaknya. Kurang dah garisan halus kat tepi mulut dan tepi mata bekas ketawa. Ke keberkesanan collagen aku pun tak pasti dah.

Walau macam mana pun, acara makan durian secara silang pangkah dan sumbat cepat cepat kalau tak kau rugi tetap dijalankan. Angker lulian paksa kami olang makan sampai muntah. Kalau nak cuba, isi yang gebu lemak manis dan pahit sehingga menyebabkan terbersin, kau pergi kat area bulatan kampung cempaka sana. Durian dia terbaik.




Aku taip panjang panjang ni sebenarnya nak bagitahu mulut jahat suka jerit terlolong macam speaker pecah tak semestinya hati gua jahat. Okay, nampak tak moral cerita di mana. Haha. Back up diri sendiri baik punya. Tak adalah. Aku gurau je. Bye gemuk gemuk sekalian.

p.s: please, do not take things for granted. please.

No comments: