Wednesday, July 31, 2013

tanggungjawab

Hai. Sebenarnya hari hari online dan browsing dan jengah blog dan sebagainya tapi tak tahu kenapa malasssss betul nak update apa apa kat sini. Yang padahal dah berikrar dari sebesar besar cerita sampai seremeh remeh nya nak tulis sebab masa tua kang boleh malu malu sendiri bila baca tulisan masa muda mudi.

Semalam, aku ada site kat lendu, lendu melaka tu. Ceh mentang mentang dah tahu daerah lendu tu kat melaka, siap nak highlight bagai bila cerita hahahaha. Cerita nya bukan pasal aku ada site kat sana. Tapi, hmm nak cerita pasal tanggung jawab. Bukan sebab aku bertanggung jawab sangat pun tapi aku sebagai perempuan dan pencacai di sini rasa aneh ye.

Macam mana agaknya perasaan sanggup hantar perempuan pergi site jauh dan risiko macam tu yang pada idea asal nya sebenarnya nak hantar aku dengan sorang budak lelaki SAHAJA. Okay satu dah sah sah isu sensitiviti agama di sini akan timbul (berdua duaan dengan lelaki dia laki orang aku tunang orang dan tak tahu lagi site tu semak macam mana???), satu lagi adalah, ada 3 set barang bapak gedabak dan berat yang obvious sangat aku tak dapat angkat dan 99% budak lelaki tu angkat sorang. Menangis tak tengok work partner kau punggah macam tu tapi kau tak boleh buat apa pun dan bulan puasa kot helllooooo, setakat boleh angkat kan dokumen pergi site je T_T macam hishhh macam apa benda ni???!@#$$%^& Walaupun, dapat lagi sorang budak lelaki masuk team kitorang (setelah aku suggest dan berharap dia offer diri sendiri), panas hati aku cuma terpujuk sikit sahaja sebab rasa senang nya main pass pass kerja. Biasalah, selamat kan bontot sendiri dulu.

Ish, sepatutnya mood adalah gembira sebab minggu depan rayo. Raya terakhir sebelum kahwin. Lepas ni kena sedia jadual tahun ni balik rayo mano tahun depan balik rayo mano. Macam jauh je rumah mak masing masing haha. Nak raya ke nak kahwin ni. Nak dua dua. Haha tanya sendiri jawab sendiri. Okay lah, sebagai penutup sila nikmati pemandangan di bawah, dan doa banyak banyak engsel pintu dia terbukak dan terlepas lah syurga dunia bergolek ke jalan raya. Harap harap uols dapat bau juga.



Wednesday, July 24, 2013

Sujud Sahwi

Pagi tadi tertinggal bacaan doa qunut sebab masa solat sibuk fikirkan memerut. Sebenarnya, terlupa cara nak sujud sahwi, sebab masa dalam kelas ustazah fatimah dulu aku cepat boring. Derhaka betul.

Nah, sharing is caring,

"Sujud sahwi adalah sujud sebanyak 2 kali yang dilakukan sesudah membaca Tasyahud akhir dan Selawat, tepatnya sebelum mengucapkan salam. Kata-kata sujud sahwi artinya "Sujud Lupa". Tetapi Sujud sahwi dilakukan bukan saja disebabkan lupa, juga disebabkan meninggalkan SUNNAH AB'ADH (Sunnah yang sangat ditekankan dalam sholat, seperti Tasyahud Awal dan Qunut dalam sholat Subuh) saja dengan sengaja pun tetap disunnahkan melakukan Sujud sahwi"

Bacaan ketika sujud sahwi: 



سُبْحَانَ مَنْ لَايَنَامُ وَلَا يَسْهُو
SUBHAANA MAN LAA YANAAMU WA LAA YAS-HU, (Maha Suci Dzat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa).

Bai, assalamualaikum

Tuesday, July 23, 2013

Kasut raya


Sedikit update untuk persiapan raya kali ni. Hehe. Tak beriya sangat pun sebab ada satu lagi perkara yang mengujakan tapi mendebarkan pada masa yang sama! Okay okay, tahun ni baju raya kitorang warna pas. Haha macam perempuan saiko masih nak cakap pasal parti politik. Tak lah, tahun ni warna hijau. Tahun lepas warna biru. Tahun yang lepas lepas warna kelabu. Oh man, aku harus save list warna ni kat somewhere supaya next year aku dah terus lincah decide nak warna apa untuk raya.

Nampak nya itu sahaja baju raya aku yang nyata. Yang lain lain adalah baju topap dari majlis kahwin orang atau baju raya tahun lepas yang baru siap awal tahun hari tu dan baju tunang pun boleh dan baju ihsan damini untuk raya. Ah boleh lah. Bukan budak kecil lagi nak berpasang pasang. Hahahaha padahal meratap kenapa hanya itu baju raya ku. 

Kuih raya pun boleh lah. Aku dah beli lebih kurang 6 balang kuih raya nak bawak balik johor nanti dan mungkin 3 extra kuih raya damini kasi. Baik hati bos aku ni. Lagi apa eh. Ohh kerepek nanti aku borong sama sama dengan hafiez 2 hari sebelum raya nanti. Lagi apa lagi apa. Kad raya tahun ni tarak sebab aku reserve setem untuk kad kahwin. 

Oh ya, tahun ni ada kasut raya tapi aku yakin sangat kasut tu aku guna masa nak ambik gambar keluarga pagi raya pertama je nanti. Mana boleh kasut kita kena tanah wehhh. 



kasut 10-15 minit