Monday, May 28, 2012

save the date


Menjelang petang ni memang penutup yang terbaik sebab ada berita menggembirakan. Haha. Aku sungguh sexited woi. Selain teruja menunggu hari pertu erm pertun haha hari pertunangan oh ya barang apa lagi yang tak ada eh gua bagitahu mama lah nanti maklumlah mama sungguh cekap sekali, hehe, aku sangat bermurah hati hari ni untuk belanja sesiapa yang terserempak dengan aku makan tutti frutti ke snowflakes ke. Mood aku sungguh baik sekali petang ni. Haha. Takde takde. Offer yang tak mungkin aku buka lama lama hatta gembira macam mana sekalipun.

Adakah aku akan meroyan royan bila berada sekali lagi di situasi seperti ini dan mampu kah hafiez mengawal akhlak dan akidah aku? Haha. Cant wait !






save the date korang !!!

Sunday, May 27, 2012

partayyy hard, bebeh!

Halo halo halo. Apa macam weekend hangpa semua. Aku punya sumpah best. Best sangat!!! Best yang sungguh yeay yeay. Haha. Bermula dengan seprais hafiez datang membawa aku berjalan jalan dan melakukan semua anak anak muda punya aktiviti. Aktiviti yang sungguh liar. Haha liar lah sangat kalau main bowling tu. Oh ya, hafiez hebat ye. Penat aku berdoa dalam hati semoga semua bola ke longkang atau ke belakang memandangkan aku adalah kaki bangku sama sekali. Main bowling macam lee chong wei eh nicol eh safee eh nampak sangat pengetahuan am gagal. Memang hebat. Nampaknya boleh lah dijadikan sukan keluarga. Yeay !

Keliaran diteruskan lagi dengan partay partay partay untuk bakal sang perantin. Minggu depan dah nak kawin, tak sabar rasanya nak tengok dia dengan baju pengantin dan veil. Bachelorette party untuk echah sesungguh nya sungguh rawr. Liar sebab dah lama tak berjumpa. Masing masing tak nak kalah. Terkinja cucuk langit nyanyi lagu jahat, that's not my name, nenekku pahlawan, apa saja, hit me babay one more time, bingung ku bingung bingung jadinya aku tak tahu tajuk dia apa, beribu sesalan dan sebagai nya. Nyanyi dengan penuh kebuasan. Kalau mak aku nampak, memang kena pelangkung. Semua sekali di situ kena juga hahaha. 

let's partay hard bebeh !

paling crispy adalah bahagian kaki

Tambah tambah memandai nak jadi liaq sangat depa dok pakai baju animal print. Paling ikut tema affa. Kata nya uniform penjaga zoo. Diikuti seet, tema safari terus. Hamster cuma liar di skarf nya. Shuze nadiaw natra natali memang selamat pakai kuda belang. Wanita, ambil haiwan bersisik sesuai dengan nya yang lidah bercabang, ular. Nasib baik aku menepati tema. Binatang yang jarang jarang difikirkan nak jadikan inspirasi. Iguana. Haha. Lain kali aku harap tema nya adalah lebih mudah. Polka dot ke stripes ke batik ke warna kulit ke.

masih dalam kawalan

dah mula buas tak duduk setempat

tengah bergembira, tertangkap satu entiti ecah di belakang. seremmmm


kan ? buas kan ? haha. mama, itu bukan kakak.
bukan. bukan aku yang diraikan.
selamat ecah! sayang kamu dari dulu, sehingga surga.
Baik lah kawan kawan, kita akan sambung bersuka ria lagi minggu hadapan. Kali ni dengan uniform. Dan lagi penuh lagi kedatangan. Besah, zack, syaf, nani, mira, mai, adhel, azeela, wajy, dan pedorn.  Harap harap aku dan semua beringat agar tak rabak pakaian kita kelak. Lagipun tu majlis kawan kita. Jangan dengan echah sekali baju jadi compang camping. Maklum lah, liar. Haha. Echah, sayang lu !

love u supergirlfriends !


p.s: thank u shuze and nadiaw, plan mu sungguh teliti :p
p.ss: thank u sayang, membenarkan i mengalami zaman muda yang meriah (: oh suwit gitu ayat aku


Tuesday, May 22, 2012

Gunung Angsi, Kuala Pilah

Walaupun dah berlalu 3 hari dah kejayaan menawan gunung berketinggian 825 meter itu, tapi bisa urat nya masih terasa. Ah ha tak kisah lah kan. Cerita mesti kasik best je. Kalau tahun lepas aku pung pang berlagak sampai gunung broga, tahun ni nak sambung berlagak lagi. Aku dah sampai puncak gunung angsi. Amacam ? Haha.

Percutian yang dirancang rapi bersama rakan sekerja aku dan mendapat sokongan berganda ganda dari bos aku yang sungguh comel harap dia baca dan bagi aku bonus 8 bulan tahun hadapan haha berjalan dengan lancar sekali. Siapa sangka di sebalik santun aku ni sebenarnya aku gadis lasak. Helo helo helo, ni bukan setakat mendaki gunung tau tapi harus tambah sedikit di belakang nya mendaki gunung yang beronak berliku dengan akar pokok yang menjalar dan tanah liat yang basah bersudut 90 darjah dari permukaan tanah dan lutut boleh bertemu dagu bila memanjat. Fuh semput membacanya lagi semput kalau mengalami sendiri keindahan puncak gunung angsi eh itu kalau sampai atas lah. Ha ha ha.

Pendakian bermula sekitar jam 7 pagi berpengkalan di air terjun ulu bendul, kalau nak masuk bayar rm5 dan HARUS daftar nama di pejabat pengurusan untuk pemberitahuan dan sebarang kes kecemasan. Perjalanan pada awal nya memang mendatar dan halangan yang satu satunya mencabar masa itu adalah dahan pokok perkasa yang menghalang jalan kau dan mampu mengoyak kan seluar sesiapa pun. Haha. Lepas je Tangga Batu ni kira check point untuk kau fikir balik berulang kali sama ada nak terus kan atau pun tidak, laluan dah jadi semakin menggila. Gila menyesal sebab pilih untuk teruskan pendakian. Bukan sahaja pokok yang menghalang semakin besar, tapi sudut tanah tinggi pun dah semakin curam dan ada bahagian yang kau perlu ada kekuatan tangan lantas melupakan kehalusan tapak tangan gadis sebab kena panjat menggunakan tali. Sob sob.

4 jam masa diambil untuk tenaga sebanyak macam aku ni untuk sampai puncak. Tapi, apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan kepuasan berada di puncak kan. Haha. Sambil melambai lambai peserta yang tarik diri dan gagal sampai ke atas dari atas, aku makan bekalan nasi berlauk sardin.

Berlagak, sombong dan bongkak dah menjadi sejarah dan telah dibalas dengan kesusahan. Turun dari bukit adalah satu seksa besar kerana kaki aku dah mula terketar ketar dan perut aku dah mula meragam. Susah dah nak fikir secara waras, yang penting ada je tandas di tengah tengah hutan belantara tu. Maafkan saya. Saya manusia biasa. Hehe. Tak cukup dengan tu, dah berapa kali aku terjatuh dan terseret di tali semasa turun. 8 jam naik dan turun memerlukan 4 hari waktu berbaringan untuk rehat.

Walaubagaimanapun, aku dah sampai puncak gunung angsi ya aku tahu ramai dah sampai datok, ledang, jerai, kinabalu, everest tapi boleh lah kan aku gebang kat anak anak aku nanti terutama sekali kepada maria.

tenaga masa ni masih banyak ye
sama ada panjat atau terjun jurang kat tepi tu
mak tak gayat pun
bawak bag berat adalah kesilapan serius

para pemberani sekalian
penjagaan muka masih penting masa ini hahaha


Oh ya kalau teringin pergi dan masih mencari nak bermalam di mana, aku bermalam di kampungstay lamanejo. Sumpah banglo dan halaman dia sungguh menarik. Klik SINI


Bai, caudemau.

p.s: lagi 2 minggu sayang (((: