Saturday, April 9, 2011

Meeting supergirlfriends

Kenapa entah malam tadi bukan main penat lagi. Aku saspek sebab over sangat masa committee meeting malam tadi dengan sgf. Dari aku solo, berdua, solo, berangkai, berkumpulan, berdua balik, ha solo balik, aku tetap dengan takhta paling awal sampai. Cis.

Nasib baik ada coklat adik wanita. Kalau tak, memang tak ada hiburan. Ecah yang tak habis habis merijek rijek abang rasta bawa menu ternganga nganga mulut mengetawakan tudung z. Haha santik. Kali ni manik di tepi, bukan di tengah. Di kala semua orang sibuk dengar natra gebang apa tah dekat pokya, norman terangguk angguk kena tipu, aku boleh dengar nani si dagu runcing sebelah korek korek gosip dari affa. Haha. Affa mana ada gosip melainkan keretanya baru menyagat divider jalan. Aku pulak memang tak ada cerita. Aku suci. Tangan aku rancak roger budak lain. Mana mana. Mana hamster syaf nadiawani natali kab shuze besah mai azeela pedon mira semua ni. Tak sampai sampai lagi.

Tengah skrol skrol handphone aku tergamam. Rasa macam nak nangis tengok kekejian orang. Apesal semua status kat fesbuk twitter ni semua pasal maharajalawak ni. Kenapa tak ingat kan aku. Ah. Siye. Aku terlupa nak tengok semalam. Terpaksa pulun tengok senyap senyap semua sekarang.




p.s: tak dapat tengok pun tak apa, ni kat depan aku ni semua pelawok jugok.

Friday, April 8, 2011

jualan megah

Sakit nya tangan aku. Bukan sebab main pool tapi sebab main bowling. Durjana mana yang cipta main bowling ni. Baik main angry bird kat iphone ecah. Haha. Cakap pasal iphone, siapa berminat nak beli blackberry canggih aku sila email. Bagi resume. Dengan cover letter sekali.

Ciri ciri keselamatan masih cekap di samping masih bergetah peka dan ada elemen antik nusantara. Sesiapa yang penyabar, sesuai sangat lah pakai.

Weh aku nak jual handphone aku. Masih elok. Tapi aku kena interview tuan baru nya.

Kau rasa siapa sesuai.

Entah. Yang penting, mesti mempunyai kesabaran tinggi. Ni ibarat, if u can handle me at my worst, then u deserve me at my best lah.

Ah. Sepak kang.

Tiba tiba affa cadangkan z. Hmm elok sangat lah tu. Tuan baru kamu pun nampak penyayang. Malam ni aku nak cuba lelong lah. Siapa yang boleh bid harga tertinggi aku jual. Amacam. Kat rasta tau. Malam ni.

Habis lepas ni kau nak pakai handphone apa.

Tengok lah torch ke iphone 5 ke.

Ewah banyak duit kau.

Banyak. Berkepuk kepuk. Sikit lagi boleh beli telefon awam.


Tak lah. Mana ada duit banyak tu. Berbelanja kena lah berpada pada. Asal depan awek je mula tunjuk minat dan gaya kaya bayar raya. Lepas dah jadi awek papa jahat kedana. Aku tekad. Tak nak pakai telefon bimbit dah. Mulai hari ni. Semua urusan pakai emel. Tak pun pinjamlah telefon shahmie ke kak ikan ke ecah ke besah ke.



p.s: angkat tangan ramai ramai sekarang. doa untuk encik harith.

Tuesday, April 5, 2011

syafikah

Hai. Hari tu balik kampung. Nenek aku baru sihat dan boleh makan. Alhamdulillah. Walaupun aku rajin melawan nenek aku, tak sampai hati rasanya tak hadir kenduri mak kepada mak aku. Seperti aku, mak aku pun perlukan sokongan aku. Yelah, duduk je lah depan kipas. Memandangkan aku alergik habuk.

Dah lama rasanya tak sembang pasal adik aku. Ni aku teringat pulak masa aku darjah 5-6 dulu, adik aku tadika. Setiap kali maksal suruh aku pergi jemput fikah balik tadika mesti aku badmood. Singgah taman permainan lah. Buat buat ada study group lah. Pura pura cari barang lah. Dan dan nak pergi sekolah agama awal lah. Kesian fikah. Nasib baik fikah muda muda lagi dan berdikari. Balik sendiri. Mengepalai rombongan pulang bersama rakan sekelas pulak tu. Kalau tak, nescaya sampai sekarang aku menyesal adik hilang kena culik. Haha.

Aku tak pernah anggap fikah tu kawan aku sebab aku nampak dia memang adik. Dan ego sebagai kakak, tak mungkin aku bercerita hal aku sangat selain pelajaran, masa depan dan aktiviti adik beradik. Tapi, sepanjang kat kampung hari tu, aku macam sedar. Boleh tahan jugak fikah ni tahan dengar rahsia aku. Tenang je dengar. Tak ada pulak fikah buat muka budak tak faham apa aku rasa. Deretan nasihat dan sokongan dia buat aku terharu. Tak sangka fikah yang dulu aku selalu buat buat lupa nak ambik dia balik sekolah, sekarang penyejuk hati aku. Ish, sebak pulak. Langsung tak pelawak.

Fikah, kalau kau nak aku pindah johor sekarang pun aku sanggup. Boleh lah kau ajar aku naik motor. Dem, kenapa aku tak pandai pandai kona kanan bila bawak motor. Adakah tu masalah jiwa atau tiub separuh bulat aku rosak. Lepas tu boleh aku ajar kau cara tidur yang berkualiti. Kita give and take lah. Amacam dik.


mangsa mangsa buli di rumah


p.s: sooner or later, people will know.