Thursday, October 27, 2011

Tak Sihat

Selepas 3 biji telur aku makan tadi sekarang aku rasa loya gila. Bukan main menyodok telur sehingga terlupa natijahnya nanti macam mana. Aku rasa kehidupan seharian aku dah tak berapa sihat sekarang. Dah suka minum redbull konon ganas padahal minuman kegemaran dulu oligo lah vico lah vitagen lah yogurt bliss lah. Makan dah tetap masa. Makan ikut mood. Dah tak ada hidangan lengkap. Sekarang asyik asyik roti telur (lagi), roti kaya, roti sardin, roti canai, maggie. Haha merungut.

Tak adalah. Aku memang suka merengek. Benda mudah aku suka serabutkan. Yang tak ada aku suka ada ada kan. Yang kecil aku suka besar besar kan. Aku depan cakap manis boik punya bila belakang berasap mulut maki.

Ye. Aku orang yang negatif. Suka suka kau boleh ambik aku jadi kawan. Tak suka, boleh buang begitu sahaja. Jadi, bagitahu sekarang celah mana nya aku seorang yang kelakar. Aku serius malah boleh aku katakan aku orang yang membosankan. Di mana pulak sisi sisi aku yang kelakar seperti yang digembur gembur kan.

Terlampau banyak perasaan dan kehendak sendiri yang aku diam diam kan. Serius sangat kan aku kali ni.



No comments: