Sunday, October 23, 2011

Berasap mulut di fraser hill


Plan ke fraser hill yang mula mula aku rejek mentah mentah haha acah mat labu, akhirnya tamat juga dengan berjaya. Setelah pelbagai rintangan yang dilalui, biasalah, setiap kali nak ada aktiviti, kat mana mana pun, cawangan mana mana pun, mesti ada perang, akhirnya tetap berjalan dengan lancar dan berjaya.

Rumah banglo yang disewa memang terbaik. Ada sepuluh err sebelas eh ke sepuluh, tapi macam sebelas bilik. Semua bilik ada nama sendiri. Sesuai dengan sifat peribadi aku yang rajin, aku memilih bilik cempaka yang warna fabrik nya semua merah jambu. Sebilik dengan kak ikan mengajar hati menjadi tabah sebab terpaksa dengar dia berdengkur malam nanti.



Benda yang aku suka kat tempat sejuk macam ni adalah sebab kat sini ada banyak bunga yang segar bugar. Aku kan awek jiwang, mestilah suka benda bunga macam ni. Haha kau tengok kak ikan, peghak gila perangai. Kak, kau tahu tak aku nak ambil gambar indah panorama. Bukak akak.



Aktiviti malam, selain menjadi rempit roda roda kotaraya macam yang aku selalu buat dengan haha, erm hafiez, minggu ni aku dan kawan kawan ofis aku makan bbq, karaoke tanpa henti dan kawalan, dan menonton tayangan cerita seram secara perdana. Secara keseluruhannya, hanya aku yang paling tegar tengok sebab... Gua kan srikandi.



Keesokan paginya, aku terbangun lambat dan melupakan janji tender memasak sarapan untuk seisi keluarga. Oleh karana pemakan adalah sangat ramai, dan untuk mengelakkan aku menggelabah maknyah, aku ingat kan diri sendiri jangan terbangun awal. Haha. Sebelum bergerak pulang, semua ambil peluang bergambar macam aku. Panjat batu lah, pegi kat tugu lah. Haha. Macam cerita azura.



Singgah mana mana sungai entah agaknya, aku dan mereka masing masing sambung bergembira mandi manda. Ni kalau terjadi apa apa macam mana ni. Dengan arus deras, dan tak ada siapa ahli pbsm masa sekolah dulu dengan maxis celcom tak ada coverage. Tapi ni beringat bila dah sampai rumah lah. Tangan aku dah macam arang sebab berjemur tadi. Ceh ceh ceh padahal memang dah macam warna milo pekat.

Sekarang ni aku mengira hari je untuk berjumpa dengan dia, hehe, untuk pergi bercuti ke tambun pula minggu hadapan. Dengan SGF. Dah lama tak pergi bercuti kan korang.


p.s: rindu ):

No comments: