Monday, July 25, 2011

sprit solid smart

Dah berapa minggu entah aku tak update blog. Malas kemain. Malas sebab nanti orang mengata aku mengutuk orang mengutuk bekas kekasih, mengutuk kucing, mengutuk budak sekolah dalam blog. Padahal mana ada. Apa apa pun tak ada, takkan nak mengutuk. Lepas tu, sorang sorang terasa. Bahasa yang diguna aku kasar sangat gamaknya.

Ni cerita dua minggu lepas tak silap aku. Semangat sekolah yang berkobar kobar telah mendorong aku untuk terpengaruh dengan zack ikut sorak bagi sokongan moral kat sekolah aku. Kalau dulu, aku lah yang terkeluar keluar urat kat leher tiup trombone. Sekarang, aku masih bertegang tegang urat tapi sebab sorak lah dari atas.

Dari pandangan aku lah, berbeza dengan batch aku dulu, batch kali ni nampaknya senior tak garang menunjal kepala junior bila salah, tak ada suruh sit up, pergi gym, tak ada malam malam datang bilik senior bayar hutang ketuk ketampi, tak ada lari junung instrument keliling padang, tak ada marching compund main lagu patriotik setiap sabtu tapi mungkin ada latihan intensif yang lain. Siapa tahu. Walaupun tak menang, cintaku padamu tak akan pudar, stf band. Amacam, meremang kan ?

Haha. Nah gambar.

Aku rasa, salah satu sebab nak datang sebab sgf pun datang. Siap buat buat tidur lagi.


dengan pak awi

dengan sensei


dengan encik azam

dengan nurul (mintak mintak masuk oh bulan ke beautifulnara ke)

in case kau tak perasan tukang sorak paling kuat kat mana.




Anyways, congrats girls !


p.s: kerana mulut orang, aku binasa.

No comments: