Apa barang semangat bola tapi lu harap tiket free. Haha. Ha tengok macam aku bongkak. Merayau rayau kat sekeliling ofis, collect satu kepala seringgit. Lepas satu tiket. Tak kisah lah beratur di tengah tengah lautan lelaki semuanya. Nak tengok rimau punya pasal.
Sepanjang minggu jiwa tak tenteram. Fikir plan macam mana nak gerak dari ofis macam mana. Mana jalan tak jem. Mana jam tak lambat supaya aku sempat lekat sticker kat pipi. Haha. Semua lagu patriotik aku dah hafal. Apa ada hal. Apa guna sekolah dulu kalau tak reti lagi lagu jalur gemilang, ye tak ?
Stadium bukit jalil gila ramai orang. Tak sia sia kerajaan bina stadium yang satu tika dulu kena bantah sebab katanya pembaziran. Kat sini lah rupanya kegunaannya. Masing masing pakat pakai jersi malaysia. Bawak bendera. Tiup semboyan. Serius. Meremang remang bulu roma tengok semua macam nak berperang. Tu kau tak tengok lagi, depa conteng muka, pakai rambut palsu hitam kuning, pakai topi. Tahniah rakyat malaysia. (tepuk tangan)
Aku tak reti sangat nak komen gaya pengulas sukan. Tapi, aku berpuas hati dengan permainan harimau malaya. Sumpah. Tak tipu. Serba serbi bertenaga. Tak ada lah membazir 30 ringgit aku. Dah lah. Tak habis habis rasa berdebar lagi sejak semalam. Walaupun tak menang, tapi harimau malaya tetap memenangi hati. Aum. (garang tak ?).
Sekian saja untuk hari ni. Sibuk sangat ni. Babai.
p.s: sakitnya tekak aku gara gara menjerit semalam.
Friday, July 29, 2011
Wednesday, July 27, 2011
ai ai aipod
Sabtu ahad hari tu, damini corporation tempat kawe kerja sejak dua tahun yang lalu sejak habis final exam sejak mula mengenal erti pegang duit hasil sendiri buat family day. Tahun ni kalau bercakap sikit sikit keluar asap dari mulut. Mulut biru biru seiring dengan warna anak mata aku. Tangan gigil gigil menahan sejuk. Perut asyik memulas sebab jakun makan strawberry tak henti henti. Indah nya Cameron Highlands.
Bukannya peduli sangat pun nanti pening ke tak naik bas pergi sana. Tak peduli. Lagipun dah terbiasa travel naik bas. Anak perantau lah katakan. Sampai sampai semua gigih buat raptai untuk persembahan malam tu. Mak macam biasa, tamak. Semua aku nak. Aku lah MC aku lah berlakon aku lah catwalk aku lah menyampuk menyahut orang menyanyi. Haha. Poyo poyo.
Kalau tahun lepas, dengan mendabik dada aku membawa pulang sebiji vakum. Tahun ni, aku dapat aipod. Weehoo. Ni sekarang tangan aku berpeluh sebab asyik pegang pegang gadget baru. Selamat tinggal 'lelaki berjalan', aku dah lupa daratan.
Bukan nak cakap apa lah, secara overall, aku rasa department aku syok sendiri. Berjaya menakluk keseuluruhan majlis. Haha. Macam mana bos, macam tu lah anak buahnya. Hehe.
p.s: dah ada tiket malaysia vs singapore. weeehooo

Monday, July 25, 2011
sprit solid smart
Dah berapa minggu entah aku tak update blog. Malas kemain. Malas sebab nanti orang mengata aku mengutuk orang mengutuk bekas kekasih, mengutuk kucing, mengutuk budak sekolah dalam blog. Padahal mana ada. Apa apa pun tak ada, takkan nak mengutuk. Lepas tu, sorang sorang terasa. Bahasa yang diguna aku kasar sangat gamaknya.
Ni cerita dua minggu lepas tak silap aku. Semangat sekolah yang berkobar kobar telah mendorong aku untuk terpengaruh dengan zack ikut sorak bagi sokongan moral kat sekolah aku. Kalau dulu, aku lah yang terkeluar keluar urat kat leher tiup trombone. Sekarang, aku masih bertegang tegang urat tapi sebab sorak lah dari atas.
Dari pandangan aku lah, berbeza dengan batch aku dulu, batch kali ni nampaknya senior tak garang menunjal kepala junior bila salah, tak ada suruh sit up, pergi gym, tak ada malam malam datang bilik senior bayar hutang ketuk ketampi, tak ada lari junung instrument keliling padang, tak ada marching compund main lagu patriotik setiap sabtu tapi mungkin ada latihan intensif yang lain. Siapa tahu. Walaupun tak menang, cintaku padamu tak akan pudar, stf band. Amacam, meremang kan ?
Haha. Nah gambar.
Anyways, congrats girls !
p.s: kerana mulut orang, aku binasa.

cerita pasal
concert,
fanatik,
rakan-rakan,
sekolaku..
Wednesday, July 6, 2011
ciko
Ye aku tau, of late aku kerap post gambar kucing di wall facebook mahupun di twitter. Kalau dengan tengok gambar kucing boleh buat aku rasa refreshing gila setiap kali bangun tidur setiap kali lapar setiap kali sedih setiap kali bosan setiap kali bosan, mana tahu korang pun rasa yang sama. Hehe.
Bukak mata tengok gambar kucing kat handphone. Pegang garfield yang terlentang lentang miang nak aku usap eh ke nak aku bagi makan bila aku turun nak iron baju. Nak keluar jalan besar bawak kereta perlahan lahan mana tahu terserempak dengan si comel di tepi jalan. Sejuk hati aku memandang.
Kat ofis pantang lepa, aku scroll blog maru semata mata nak tahu kotak mana lagi dia berjaya masuk. Nak tengok tv pun mesti ada lembut. Ye lembut tu sejenis kucing juga. Nama je lembut tapi garang anak dara ni. Mata sentiasa sinis. Rasa nak picit picit.
Haha. Sebenarnya, aku jadi sabar nak balik johor. Aku miss ciko. Dah lama rasanya tak jumpa. Asyik kena tanya mama je dia tengah buat apa. Nak cakap dengan dia aku bukan faham bahasa dia. Mak aku faham lah.
Oklah bai.
Last but not least, kekasih hati yang bakal dipeluk setiap hari sepanjang hujung minggu ni. Tengok mata dia. Geram kan.
p.s : i survived and i dont need witness to watch it.

Saturday, July 2, 2011
blueberry cheese tart 3 pagi
Di kala remaja lain sibuk plan sana sini sempena hujung minggu macam ni nak pergi mana buat apa, aku insan yang suci duduk rumah sahaja. Tak tak ni bukan ikut resam tua, tapi aku malas nak keluarkan duit jalan sana sini lalu tak sampai hujung bulan, wallet dah tak payah bawak ke mana mana pun tak apa. Kasihan. Beringat sebelum sesak lah kawan kawan, raya dah mampir. Mapan ke kewangan awak nak bagi saguhati dekat adik saudara masa raya kelak yang ramainya macam 4-5 tadika ?
Haha. Padahal aku dah dapat arahan untuk bersiap sedia di rumah. Malam kang ada dinner dengan pakcik makcik aku sekeluarga. Apa yang buat aku lebih taat dengan arahan kali ini adalah kerana ikan bakar. Kalau dah nama ahli keluarga sepupu sepapat darah daging kaum seteru aku, selain sembang pasal kucing kucing kucing, hidangan kegemaran adalah ikan ikan ikan. Sinonim kan.
Okay, tujuan utama tulis kali ini adalah sebab akak nak tanya. SIAPA KATA AKU PANDAI MAKAN SAHAJA, TAK RETI MEMASAK. Ha, bakal ibu mentuaku, malam tadi cek dengan ain buat blueberry cheese tart tau haha bajet mak mentua asal penang. Nama dia blueberry cheese tart 3 pagi. Sedap tak leh nak habaq sini lah hai. Hang tengok gambaq je lah. Resipi tengok buku sudah.
Amacam ? Sumpah sedap der.
p.s: yes, minggu depan balik johor. weehoooo.

Subscribe to:
Posts (Atom)