Tuesday, May 31, 2011

roda roda kotaraya


Hai sayang. Ceh ceh ceh. Semua kak nithaa sayang. Sejak sabtu lepas, kredibiliti aku sebagai orang kl betul betul mencabar. Seluruh kl aku redah semata mata nak bawak mama dan fikah jenjalan. He, cuma kau kau je yang tau aku tak tau jalan pun. Mereka tak tahu.

Macam biasa, tujuan mak aku datang kl selain siasat apa kegiatan harom aku kat sini, dah menjadi tabiat ulang tahun mak aku shopping baju raya. Ma, kakak ada 8 hari lagi nak ganti puasa. Baju raya dah nak masuk separuh. Makruh kan tu. Oh, ni pun dia tak tahu. Haha.

Pejam celik dah 4 hari mama kat sini. Esok dia balik. Ha sesiapa yang masih ada hutang kasih sayang janji punama setia dengan dia, jumpa lah. Mak aku penyayang dan pemaaf. Naif lagi. Hehe. Ma, kejap lagi kita pergi barkah lah pulak. Murah sikit. Duit kakak dah tipis selayaknya kita lepak mamak lah yuk. Kau kalau dah kaki mamak dengan mak kau sekali nak diangkutnya ke mamak.

Oh ya, bila mama tanya tak jumpa sgf ke bergenang genang mata aku memikirkan dah sepurnama aku tak jumpa diorang. Serius rindu. Sabtu ni kita jumpa ok. Pakai warna pink tanda sayangkan kawan kau ecah.

Nah gambar mak aku galak mengirai kasut dan kain.

dik, kat johor tak ada jual kasut ini macam, kata mama.


mak mengirai, adik saudara mengilai. amacam ?


kan kan. mama asyik menilik kain.
walhal, aku fikah dan teha tersadai bergambar macam si sakai.


Ok, cun sangat. Sekian.

p.s: haha, sugar candy. tak tahan tersengih

Thursday, May 26, 2011

bila lama tak jumpa, aku tetap tak lupa nama


Jangan tanya aku dah berapa lama aku tak jumpa supergirlfriends secara pukal. Sebab memang sangat lama. Dah lama tak nampak mereka serentak. Dan aku dah lama menanggung perasaan rindu menggunung. Terpaksa jumpa sedikit demi sedikit.

Minggu ni tak dapat jumpa lagi rerakan. Mak aku datang. Bukan sahaja pakaian kena sopan. Perangai juga harus terjaga. Kang mak aku lagi kerap telefon buat spotcheck. Tapi jangan risau, tak sesaat pun aku lupa korang seperti mana aku tak terlupa menghirup oksigen dan seperti mana burung yang sentiasa memenuhi awan. Macam tu lah sayangku terhadap korang. Dah, jangan touching sangat. Duit singapore tu bayar.

Cakap banyak tak guna. Tengok gambar lah.



lepak dengan wanita tak kisah pun dia mandi ke tak.


tokeh kek mengajar wanita buat kek


Haah kan hari tu ikut ecah cari kain. Sekalian cari baju raya aku. Menyampah tak puasa belum habis ganti baju raya dah start cari. Haha.

kain katen

SGF. Rindunya anda semua..

p.s: esok karoke sampai keluar isi tekak. tanda aku kuat sosial.


Tuesday, May 24, 2011

alien vs avatar

Kat ofis kalau tak riuh rendah tu maksudnya bukan ofis aku. Mungkin ofis sebelah. Ke ofis kau. Bising gila serupa macam tonton tinju.

Cakap nak kena kuat kalau tak kau tertindas. Ketawa kena gempak kalau tak kau terlupakan. Kalau sempat campak campak barang meja hujung sana. Ke hulu ke hilir bukak loker hempas fail kunci kak wati cleaner ofis dalam setor. Dia ketuk ketuk minta tolong jangan peduli. Orang buang air dengki tutup lampu biar mangsa kat dalam tu terjerit jerit carut bukak lampu lah siye aku tersiram spenda. Kawan tengah menonggeng tekan tekan ipad ke kalkulator kau bentes belakang kasi dia terpelecok. Justeru adegan maki hamun. Hingar sampailah bos datang. Baru reti senyap.

Dalam keharuan ofis aku ni, kau mesti susah nak percaya yang tangan masing masing rancak menaip kerja. Berjalan sana sini kumpul bahan kerja. Keluar masuk bilik air sebab terkucil tak menyempat sebab sibuk kerja. Ruangan sederhana besar untuk kapasiti kebisingan macam ni susah nak ditampung bila ada litar pintas. Terpaksa tumpang tempat sempit orang lain beramai ramai. Pun ada masa nak membingit.

Sekarang tenaga aku betul betul habis sebab kerja ya betul kerana kerja dan ketawa dekah dekah. Mana tak nya aku bekerja dengan kebanyakkannya adalah alien ke mutan ke apa aku tak pasti. Cakap tak ada tatasusila macam manusia biasa.


seghupo apo kawe dop tau.

amani, harap harap awak tak tengok ayah awak berkeadaan begini.

Not to forget. Avatar pun ada.


Cukup lah untuk kali ni. Aku nak terbongkang melayan penyait bulanan wanita. Caudemau.

p.s: teringin makan nan cheese lah pulok.

Monday, May 23, 2011

lapar atau ketar


Dah menjadi tabiat aku malam je lapar. Malam je lapar. Lepas makan menyesal. Terpaksa buat sit up. Tekan tubi. Lompat bintang. Lumba lari balapan. Bila puas hati, baru tidur. Masalah nya sampai bila bai.

Jadi malam ni aku taknak ada menyesal ke terkilan ke apa. Aku berlapar. Aku harap perut aku kautim. Biarlah tangan terketar ke apa. Yang penting takmo rasa berdosa dengan tubuh sendiri. Bila makan malam sampai kenyang, aku lantas tidur. Malas baca doa tidur. Malas basuh kaki. Esoknya malas bangun awal malas sarapan malas bergerak. Kesudahannya, malam makan malam balik.

Nasib baik, ketaksuban teknologi buah epal dah merasuk. So tak ada lah aku nak cuba cuba nak cederakan nurani aku dengan makan. Kurang kurang, bila lapar aku jamu diri sendiri dengan layan bayi baru. Sudah kau sayda, tak habis habis dengan bayi. Haha.

Ok sekarang, ketar ketar tu dah melarat sampai siku. Kejap lagi merebak ke bahu agaknya. Bayi, kau mungkin tak dapat membantu.

Tak ada lah ceria mana bila makanan belum sampai.

p.s: tak lama lagi, aku kehilangan kembar ):

Saturday, May 21, 2011

harus bagaimana



Halo halo halo. Malas pulak nak update blog sejak dua menjak ni. Bukan sebab tak ada idea ke tak ada internet ke apa, tapi sebab aku dah lupa diri. Biasalah. Sejak dah ada bayi baru, aku lupa bayi bayi lain. Haha.

Aku tergerak nak menulis kali ni sebab aku macam perasan orang selalu mengadu nasib. 'aku tau kemalangan yang aku lalui hari ni pasti akan berakhir dengan kebahagian di penghujung hari kelak' tak pun, 'kenapalah hari hari ku dirundung malang, yang kaya terus kaya, yang kayap makin kayap'. Macam macam.

Ala, tak payah beriya sangat fikir betapa gelap nya cuaca kau. Kenapa orang buat itu ini kat kau. Apa kata kali ni fikir balik apa kau pernah buat kat orang. Ha, amacam ? Ok ok kalau tak terasa pun tengok orang sekeliling yang dihimpit kesukaran kadang kadang pun sebab silap kita kat orang lain. Dah tempias nya kena orang lain. Kalau melarat sampai anak cucu dan seluruh keturunan harus bagaimana pula.

Oh yelah. Aku nak kena bersiap siap ni. Maklumlah, duduk kl mana boleh setempat. Kena rajin bisnis. Aku bizi sikit rakan rakan. Nak jumpa sgf pun dah tak sempat. Aku dah ada butik. Ada zoo, weh weh ada banyak haiwan weh. Dan macam biasa, aku dah terjangkit untuk ada ladang kentang bawang carrot sendiri tapi kali ni khidmat zombie diperlukan untuk jaga.

Sebelum beransur, aku kasik kau bergendang perut dulu. Ni kat wau penyu, solaris dutamas. Pergi google sendiri sana.

sushi dagang


tak payah tunggu bulan puasa pun boleh makan murtabak.


nasi dagang istana


milo raksakso. kan kan. bertakung kan air liur kan ?

Babai semua.

p.s: nak telefon mama lah.


Monday, May 9, 2011

simpan



Tangan kiri aku gatal betul. Aku tak rasa lah ada kurap ke ketuat ke apa. Tapi aku saspek ni mesti sebab gatal nak membeli belah. Oleh sebab aku risau dengan keghairahan mengalirkan wang ke tempat tempat yang lagha, ya aku runsing sekali. Kali ni aku janji, kau tak ada lah bosan benau baca, sebab ada input weh. Ada. Tips supaya kau tak pokai barai di kendian hari. Maklumlah, financial stress leads to emotional stressss. Kau pun tak nak rasa miserable kan nanti.

cakap pasal duit je stress weh stress.

Daripada gaji kita, allocate siap siap untuk simpanan. Bukan awal awal kau pi setel hutang. Dan bukan lah suruh kau memandai halal hutang sendiri. Maksud aku asingkan dulu at least 10% dari gaji kita untuk tujuan simpanan. Selebihnya, baru lah hutang. Lepas tu mungkin boleh buat belanja. Jelas tak ? Nampak tak permainan nya di sini. Nampak kan.

Sebenarnya cukup dengan 10% simpanan tu. Tapi sebab kita ni manusia biasa dan tidak lah ditetapkan skim atau sistem tak boleh keluarkan duit kat otak mahupun tangan, maka ada pelbagai cara lagi untuk lebarkan lagi aspek simpanan kita. Cekidaut.

1. Simpan wang dalam tabung. Sehari lima posen pun tak apa. Asalkan dah terpupuk sendiri tabiat menabung secara tanpa sedar.

2. Simpan wang dalam bank. Ni aku tak boleh nak kata apa. Sebab aku pun gagal follow. Tapi kan ada skim potong auto debit dari akaun untuk tujuan saving. Ada kan?

3. Melabur. Salah satunya, melabur dalam asb. Kalau payah sangat, ikut cara kebanyakkan orang buat. ASB loan yang pihak bank tawarkan. Dapat je gaji, sedar sedar je duit kau dah potong 200 ringgit dari akaun. Dividen hujung tahun jangan habiskan semua buat joli. Tapi fikirkan cara lain lagi untuk simpan duit.

4. Tukar kan duit kita tu jadi emas. Macam biasa lah. Setiap kali cakap pasal duit aku akan melalut cakap pasal emas. Aku memang geram dengan diri sendiri yang rancak menabur duit. Jadi, aku nekad kali ni nak tak nak, aku kena beli emas. Biar lah papa kedana makan kecek orang kiri kanan seluar koyak tudung pun koyak asalkan aku tenang sebab tahu eleh aku ada emas. Amacam? Haha.

cehcehceh cincin kenangan gua

sekarang aku mengidam benda alah ni.

5. Berbakti kepada mak bapak. Bagi lah sedikit untuk keberkatan selain berzakat ye kawan kawan. Dan lagi best sumpah lagi best dapat tolong kawan yang tengah sesak. Malaikat nya kau sayda.

Dahlah, jangan lah serik baca blog aku. Ke takut ke meluat sebab poyo ke apa. Aku saja. Sebab aku pun muda mudi lain suka suka spend duit tak tentu hala.


p.s: serius perfume kau bau kumbang

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu


Walaupun hari dah nak petang baru nak keluar kan post hari ibu, itu tak bermaksud aku terlupa meraikannya. Walaupun dari jauh. Mama tak reti nak skrol post lama twitter aku yang aku buat dedikasi khas untuk nya sempena hari istimewa dia. Hehe. Berbulu dada orang baca asyik mamasays mamasays.

Untuk pertama kali nya aku terperap kat rumah macam ni, mencari bahan untuk presentation esok. Ah, cakap pasal duit yang tak kepuk kepuk. Mama pesan kat aku duit yang ada tu simpan, well pesanan biasa para ibu untuk anak anak nya setiap kali dapat duit. Tapi, mak aku macam biasa lah selalu selit selit pasal emas.

Seingat aku lah, dulu setiap kali raya mesti mak aku paksa aku sarung barang seutas dua rantai ke gelang ke cincin ke. Memandangkan aku masa tu bajet macho, lebih gemar sarung tali hitam apa tah maka aku selalu kasi alasan alergi. Gila tipu.

Sebab sekarang aku tak alergi. Malah sangat alergi. Sikit sikit try cincin sana. Pakai gelang sini. Bukak website azmi tengok harga emas. Bukak website entah apa apa yang cakap pasal emas. Paling teruk, cerita pasal raja midas pun aku dah terhafal.

Ke mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi. Aku sekarang bercita cita untuk tambah stok emas lagi. Tak lah. Bukan berlagak cakap pasal harta. Tapi kan manis kalau jadi perempuan tu pandai mengendali wang sendiri dengan membeli emas daripada mengikis bekas pakwe suruh beli itu dan ini.

yang kiri tu aku, yang kanan tu aku juga di waktu tua nanti.

Ma, terima kasih di atas ciri ciri fanatik emas yang mama turunkan. Happy mother's day mama, love you !

p.s: terima kasih kerana masih sudi dengar cerita aku (:

Monday, May 2, 2011

One Lovely Blog Award (Edisi Gadis Cantik)



Masuk ni dah berapa kali entah aku tak pasti. Kalau sebelum ni aku acuh tak acuh je baca, apa lagi membuatnya, tapi oleh sebab sani si gadis cantik paksa, aku turutkan. Kau tau tak sani, aku mengejar masa nak tengok juvana ni. Lebih lebih lagi dia baru je bertunang, aku nak tengok kenapa dia tak pilih aku. Dan kenapa ustadz amirul jua memilih gadis dokter.


Here are rules to abide accepting this award

1. Post linking back to the person that gave you the award
2. Share 7 random things about yourself
3. Award 15 recently discovered blogs
4. Drop them a note and tell them about it

1.Post linking back to the person that gave you the award.
Hah hambek kau sani. Blog kau pun manis.

2. Share 7 random things about yourself (ni sumpah aku malas nak taip, sebab selalu terngarut)
Baru baru ni aku balik johor. Rindu pulok. Hei hei. Aku drive sendiri tau tanpa pemandu kedua ketiga dan tiada fog lamp. Haha. Siye. Bosan cerita fog lamp kau.

Kat rumah kerja aku asyik bawak mama dan fikah jalan jalan, kaki letih jalan. Dan duit pun jalan. Selamat tinggal duit kutu.

Kalau dah berjumpa orang tersayang, sama ada keluarga, kucing, supergirlfriends, hem hem boifren, errr skandal, aku memang tak peka. Semua call, mesej, notifications, alarm mahupun tanda tanda handphone aku minta di caj, memamg harem aku nak layan. Lagi lagi mata aku asyik terbayang bayang handphone baru. Haha. Bongkak kau sayda. Padahal tinggal duit syiling.

(bila nak ke-7 weh) Sekarang aku dah start bingung. Macam mana nak susun plan cuti cuti oh unik nya unik nya singapura ni. Pukul berapa nak gerak dari kl. Sampai sana nak mandi kat mana. Cukup ke tidur dalam bas sahaja. Nak bawak baju apa. Takkan nak bawak ipad2 eh tersasul pulak, haha ke mana mana. Kang kena curi. Haha.

Ok esok lepas balik kerja aku nak pergi ou. Tak pun midval. Nak cari seluar kerja hitam yang baru. Poket dah rabak. Tanda aku banyak sangat duit syiling sampai koyak dua belah poket. Sumpah kali ni aku tak tipu. Mak aku ugut nak rendam dengan sayur kalau aku tak beli baru.

Ya tak ya kan, kalau sempat esok masa kerja aku nak mengular sekejap tengok akaun tabung haji aku. Sebab dah dua bulan duit aku tak masuk. Risau lah pulok.

Ish banyak nya baju kenduri aku kena beli. Kena standby baju pink. Aku yang alang alang jurutera terlampau kedekut ni malas nak beli baju pink. Malas nak pergi cari dan sayang nya duit aku. Sob sob. Tengok lah, kalau tak rembat baju nikah mak aku, mungkin aku pakai je maxi dress shocking pink yang aku pakai masa dinner damini dulu. Haha.

3. Award 15 recently discovered blogs

ok aku malas nak tag dah.

4. Drop them a note and tell them about it
Dah sudah dah, aku miskol sorang sorang tadi.

Tengok, aku dah terlambat tengok juvana.

p.s: sekarang aku dah rasa aura demam. real punya demam. bukan gold fever atau floor fever.