Sunday, February 6, 2011

first birthday present

Tengah syiok syiok skodeng apa lagi gaya terbaru bergambar selain memuncung kan bibir dan membulat bulat kan mata siap hoi ada teknik teknik pudaran gambar nampak suci je., maklong aku sergah dari belakang. Mal, buat apa tu? (Nama manja aku di kalangan keuarga adalah jamal, aneh kan) Aku pun jawab sopan santun, tengah carik bahan untuk jual secara online. Sambil senyum senyum harap dia percaya.

Nah, hadiah hari jadi. Maklong bagi awal sebab takut nanti takut dah terbeli. Oh sayang nya maklong. Nampak sangat aku anak saudara kesayangan sampai hati maklong bagi seprais macam ni awal awal. Huhu terharu terharu sangat.

Kotak dah lah bapak besar. Beriben riben. Cuba kau teka apa maklong bagi. Seluar jeans korang. Awww terharu untuk sekian kalinya. Jeans yang aku tak sure apa brand nya. Tapi aku yakin hanya boleh dijumpai di butik mahal sebab tak ada pun tulisan cong ceng cong ceng.

Dan di bawah seluar tersebut, ada cd dan buku kecil. Tajuk nya 'how to wear a jeans'. Nasib baik terbangun. Dah pukul 7 suku rupanya. Nak maghrib. Lebih satu jam dah tidur. Syaitan berlegar legar memanipulasikan mimpi impian dan hobi aku. Sebelum tidur, aku sibuk youtube macam mana nak pakai make up. Lame kan.

Oh ya tak ya, ni semua gambar masa birthday party kab. Si kaya natali belanja kek sedap sahaja, dan paksa semua sgf ikut serta aktiviti ice braking.


alalala, comelnya nadiaw.

kabir, tak suka dipeluk jantan.

oh oh, adakah ini gohsip liar


ecah joyah manakala aku fokus





p.s: tak sabar nak masuk kerja esok nak jumpa kengkawan, eh nak memajukan kampeni

No comments: