Semalam masa kat kedai kad kahwin, entah kat mana kau teka lah sendiri. Haha. Ada dua awek yang sangat jakun dengan design dan pattern kad kahwin di situ rata rata menggunakan idea yang sama ah sangat ortodoks pemikiran si pereka grafik nya. Semua kad di situ nak disentuhnya.
E: weh, kad tu lawa. Manja je warna nya. Pink pink masam.
S: Haah lah. Agaknya berapa.
E: Entah lah. (sambil garu garu kepala mata melilau cari watak yang sesuai ditujukan soalan)
E: Awak, kad tu berapa harga.
Awekjualkad: Em, tak tau lah saya.
E: Ok, kalau yang ni berapa harga.
Awekjualkad:Tak pasti lah.
E: Yang tu pulak. Konfius harga yang diletak tu untuk kad mana.
Awekjualkad: Tak tau lah kak harga kad tu berapa.
Aku malas cakap banyak. Harga belakang kira. Mungkin boleh mengubat hati yang berapi dengan membelek sendiri kad pink pink masam tetapi manja tersebut. Ah tapi tak cukup tinggi pulak.
S: Aku nak tengok lah kad tu.
E: Oh kau nak tengok ke. Kau sampai tak. (sinis sikit)
S: Kau rasa aku sampai tak (sinis lagi sikit sambil tangan buat kais kais tak sampai sebab tinggi sangat)
E: Entah lah tapi kau nak aku ambik kan ke. Kau betul nak tengok ke.
S: Aku rasa macam nak tengok. Kau sampai ke kalau aku pun tak sampai (berapa kali nak ulang dialog yang bermaksud sama ni)
E:Awak, ambik kad tu boleh tak.
Aku tumpang tengok kad tu tapi hati dah tawar dengan servis yang diberikan. Bukan salah aku tak pakai hangbag gucci ke tak pakai dress labuh donna karen ke. Tapi, salah aku masuk kedai yang salah. Kedai tu dah tinggal nak bungkus je sebab ada pekedai yang aku tak tau malas atau bijaksana sangat.
Nanti nak kahwin, memang aku ajak kat tv je. Haha. Bajet artis selepas ada twitter. Yelah, kalau setakat jual meter kat damini ada twitter buat malu je. Siapa nak datang majlis kahwin aku datang lah. Tapi bawak hadiah. Paling cokia aku nak mesin basuh.
Bai kawan kawan. Esok dah isnin. Kerja rajin rajin. Nanti dapat pahala.
Nah, gambar aku sebagai sumber inspirasi sepanjang minggu bekerja. Hensem kan.
p.s: kenapa susah sangat nak buat keputusan hidup. tinggalkan je.
3 comments:
tak sabar tunggu iklan perkahwinan kau.. aku harap dr. fadzley adalah host nye.. bergandingan ngn maya karen
wedding aku ada faizal tahir. gempak kan? jadi, aku tak buat kad sebab nak cut cost sebab dah panggil faizal tahir.
besah: hahaha apa gandingan kau ni besah. hahaha sangat pandai memadukan pasangan host
ecah: oh sgt ok. dan aku harap faizal tahir yg duduk pelamin menghiburkan tetamu..
Post a Comment