Ok, baru hari ni mampu nak hapdet blog canggih. Hari ahad lepas, seperti yang digembar gembur kan, aku dan SGF yang lain menghayun hayun kan diri di skytrex. Sebab satu kumpulan lebih 10 orang, dapat diskaun 5%, jadi lah rm45. Sekarang, kau kira berapa harga sebenar. Bukan add maths pun.
Sampai sana pukul 1, tapi pung pang pung pang, kitorang berjaya masuk nak dekat pukul 2 jugak. Lagi lah kena tunggu z dan nani. Oh ye, z tak pakai kasut. Masih tak tau apakah nasib bakal diterima.
Biasalah, belum mula aktiviti masing masing kemain lagi ye terjerit terlolong dalam bas macam bas tu sewa sendiri di bandung. Menyanyi nyanyi. Padahal kena behave mana boleh mencarut ke celupar ke apa, kan dalam hutan.
belum naik bas pun dah ketawa terbahak bahak, kau tengok ecah.
haha, hyper tak hyper tak
ecah ecah (geleng sambil menangis kenapa perangai belum berubah)
konduktor bas undangan, ada dendangan ibu ibu bapak bapak lagi. haha. siye, penat aku ketawa
siapa ambik gambar center sangat ni.
kau tengok sorang sorang dah lupa daratan
z yang dah separuh tahu nasib dia hari tersebut, padahal pagi tu beriya demo gaya center tangkap bola netball
amboi shuze


aku sampai atas terus muntah muntah. mabuk ketinggian.

serem
gaya macho abang ecah
sweetie (z) dan kasut main bowling nya
aku nampaknya berjaya menjadi orang pertama yang sampai. haha kira yang lain lain tu dah tak dapat yang dara lah. haha.
yang baju hijau berbelang paling sporty
woohoo. apa apa celah sekarang semua sakit gara gara persahabatan. terima kasih natrah di atas idea bernas
dah dah jangan ingat gaya sahkai ni gambar selepas aktiviti. masing masing belum tau nasib otot mereka keesokan harinya
Ah ha gambar aku rembat dari nadiawani dari kamera gempak shuze. Terima kasih ped, tak sia sia balik malaysia lalu menganjurkan aktiviti kesukanan. Kalau kamu semua nak test kekuatan otot kelik
skytrexadventure Selamat mencuba. Sekian sahaja untuk hari ni. Caudemau.
p.s: nak tolong orang tu berpada pada lah. jangan sampai diri sendiri susah tak sedar.
No comments:
Post a Comment