Friday, October 29, 2010

adakah tudung bawal masih relevan

Apa tah masalah aku hari ni. Tak pasal pasal serabut. Ofis dah macam pasar pudu. Dengan orang yang bukan bukan asyik call aku tanya pendapat dan offer itu ini. Tak faham ke aku nak menaip bukan main susah . Mananya nak tulis apa kau cakap. Nak taip report aku. Nak scroll tikus aku atas bawah. Nak curik curik tengok alaaaaa keropok lekor dah habis siak kau punya pasal aku melepas. Tanpa sengaja tadi perangai aku macam musibat je.

Sebenarnya, aku angin. Aku dah mengorbankan sesuatu atas kesalahan besar sendiri. Gara gara hidup yang terumbang ambing, aku dah rosakkan hidup aku. Gara gara tamak haloba nafsu serakah gilakan harta dunia nista semata, aku terlupa nak kawal gaya hidup yang akhirnya musnahkan hari hari aku yang seterusnya. Aku hanyut gila. Dan, aku nampak dah aku bukan aku yang dulu. Aku memang semakin sesat. Macam kecewa gila kau tau tak bila aku tau aku dah tidak berguna lagi. Semua kat sekeliling aku macam boikot aku ke pulau kan aku jadah semua. Sampai aku pun ikut sama kondem diri sendiri.

Senang cerita, apa dah jadi dengan harga diri gadis remaja macam aku ni weh. Hidup terpaksa pura pura gila. Semua terpaksa sorok. Gosok tudung pun gagal. Jadi yang bahagian hangus terpaksa dilindungi. Lebih kurang hipokrit lah. Ni semua sebab aku asyik tidur lambat. Kelam kabit bangun pagi gosok tudung.

tudung pertama. seksi kalau pakai weh. nampak leher sikit.


ye. jangan tumpang sedih. tudung kedua pun memang sakai.


koyak tak koyak, aku tetap sarung.


Alah, diskaun sikit lah. Kau angkat dua tudung ni, aku jual 2 helai RM18. Kira ok lah sebab aku beli selai mahal tu. Bawal gred a lagi.


p.s: malam malam macam ni, memang teringin suap bubur bersama cili padi. wow!

Friday, October 22, 2010

Kegembiraan hari Jumaat

Hati hati, entri kali ni panjang sangat.

Pejam celik pejam celik dah Jumaat. Yes yes. Bukan sebab malas nak mengharungi hari bekerja yelah kan aku mesti lah nak kena kuat bekerja. Nak cari duit banyak banyak dan beli emas banyak banyak. Haha.

Teruja nya bila dah jumaat. Penghulu segala hari. Dalam banyak banyak hari, memang aku suka hari jumaat. Ah, gila bosan bincang pasal hari apa hari kesukaan kau. Tapi, aku perasan, memang sejak kecil aku suka hari jumaat.

Masa aku kecil dulu, sebelum masuk asrama lah, aku suka jumaat sebab aku selalu tunggu bapak aku balik mandi dan siap siap pergi sembahyang jumaat. Sebenarnya tunggu makanan bapak aku beli kat ofis dia. Tak tau lah kenapa, rasanya biasa biasa je. Tapi, memang layan lah bila dapat lauk ayam goreng dan sayur bayam kafe ofis bapak aku. Siap beli makanan sipi sipi. Betik ada, tembikai susu ada, cendawan goreng ada dan yes yes ada tempeh goreng siuuuttt.

Masa kat stf pun, aku suka tunggu hari jumaat. Sebab hari jumaat belajar kejap kejap je. Waktu pendek pendek je. Maklumlah, aku cepat bosan. Jadi, kena cepat cepat tukar subjek lain sebelum aku amuk bosan. Waktu prep pun mula lambat dan habis awal. Dan biasanya prep jumaat akan jadi 'happy hour'. Ha, tak agak agak macam jualan murah kat sogo. Semua aktiviti pelik akan berlaku pada petang jumaat. Termasuklah perlumbaan lari ibu mengandung kat koridor blok asrama aku. Sengit.

Masa belajar di matriks pun sama. Memang gua tunggu jumaat. Sebab suka skodeng budak lelaki lalu depan asrama masa nak pergi sembahyang jumaat. Tengok alamak brader tu pakai kain pelikat hijau apple lah weh. Terpikat terpikat. Aku pantang nampak lelaki dalam baju melayu.

hensem jugak aku pakai baju melayu.

Masa kat um, boleh tahan juga keindahan hari jumaat dirasai. Dari first year sampai lah aku grad, setiap kali jumaat jadual kelas aku memang mendebarkan. Kenapa kenapa tak akan ada kelas hari jumaat. Haha. Berdebar tak tau nak fikir nak pergi mana hari jumaat yang panjang itu.

Perangai eksaited tunggu jumaat memang tak akan tamat. Kau tengok sekarang aku tengah buat apa. Aku tengah meraikan dan merayakannya. Kerja memang tak boleh fokus. Bukan otak konon tepu tapi terlalu nak bayangkan bila nak rasa jumaat lagi ni. Adakah jumaat depan aku masih hidup. Insaf. Best sebab break lama. Balik pun dah konfem konfem semua balik awal.

Jom angkat tangan ramai ramai vote hari jumaat hari yang paling disukai. Dan, kalau kau perasan, kegembiraan tu semua adalah berkat dari sembahyang jumaat. Jumaat, hari paling penuh kebaikan.

Kalau bersukaria dengan anak anak yatim pada hari jumaat pun, asyik.

p.s: wow, esok sabtu ke. yes yes yes.

Thursday, October 21, 2010

rumah impian tanpa sempadan

Tau tak apa yang aku impikan gila gila sejak habis zaman sekolah lagi. Ini impian yang aku tak pedulik kau kena tolong jugak pikirkan cara macam mana aku dapat selama lamanya boleh berada di sekitar kawan kawan.

Shuze kata kena duduk rumah bentuk bintang. Duduk sama. Sorang dapat satu bucu. Ah best gila makan ke tengok tv ke sembang sampai tua pun tak apa kat tengah tengah bintang tu. Bila penat balik tidur ke bucu masing masing bersama suami. Wow.

Tak pun ecah kata duduk dekat damansara. Cis sikit sikit nak damansara. Duduk kat apartment yang sama. Aku cop duduk tengah tengah. Biar dekat dengan semua orang dan sentiasa rasa disayangi. Bila raya boleh lah buat marhaban kat blok orang. Mesti orang blok lain rasa wah gempak nya Apartment Puteri Saadong ni (konon nama apartment kitorang Puteri Saadong lah). Lepas tu kalau ada pertandingan masa hari keluaraga kena pakai baju sama dan buat cheerleading. Wowowy!

Nak duduk satu rumah memang konfemlah kena pangkah dengan norman. Tak pun nanti aku cadangkan alah share je satu rumah bapak besar tapi buat pintu pintu. Nak jumpa senang tak payah keluar banyak duit. Selak pintu kawan je. Wowowowowowoi.

plis kerja rajin rajin dan kita akan sama sama beli cat mahal tak payah upah eric buat kan.

Kalau teringin duduk rumah besar sebab nak ada swimming pool sendiri lupakan je. Sebab aku minggu depan nak beli mini swimming pool untuk kita kita. Kita pasang kat tengah rumah. Suruhlah sesiapa curahkan air dari atas bersama buih sabun. Bukan dengan dynamo.

curah air sabun. kita suruhlah hamster curahkan. kalau tak, tak boleh jadi budak stf.

berendam ramai ramai panaskan badan. bukan berendam dalam air panas.

Oklah, itu sahaja untuk hari ini. Tiba tiba kangen ama bandoengers. Pengen rasain lagi nasi lauk lalap.

p.s: you are my mu~

Tuesday, October 19, 2010

the boyfriend

Masa balong suruh aku teman dia buat kerja hari tu ah ni hari tu yang dulu dulu, aku pun sibuk korek korek yes jumpa cd. If Only ni bapak lama punya cerita. Mula mula aku tengok dengan balong. Mulut dia memang rancak cerita lepas ni apa lepas tu apa. Ah diam ah kau aku pandai baca subtitle dia.

Satu hal pasal balong yang buat aku rasa ye ye ni lah kawan baik aku di kampung dan di rumah, dia suka bawak aku lepak tak kisah lah kat mana dan naik apa. Haha. Semalam lepak kedai belakang rumah naik motor dia yang tak ada tempat letak kaki. Kalau orang tengok dari jauh wah nampak macam terapung apung padahal belakang aku sakit lah siak.

Prinsip hidup dia, kalau nak lupakan awek, cari motor baru. Maka, dia jual motor lama dia dan akan membeli motor baru. Padahal kaki tak ada lah sampai sangat nak bawak. Bawah 160cm je kan.

Oh ya ya. If Only tu sangat simple. Tak adalah berjujuran air mata sangat. Tapi, ye, sangat tersentuh. Kalau kau rajin, kau tengok lah. Jangan risau, ringan je mesej yang nak disampaikan. Tak ada pun sebijik kata kata nista ke apa. Haha. Nista tu adalah kata cacian, bukan sama maksud dengan dusta.


Amacam. Nah, tengok sikit.




p.s: The boyfriend. Is the magical creature.

Sunday, October 17, 2010

impak maksima

Hai. Seronok betul tadi dapat melalak kat karaoke. Walaupun, karaoke secara ekonomi, mahal mahal memang aku tak mampu. Tapi, gempak lah jugak menyanyi dengan garau nya semua lagu. Hah, tak kisahlah lagu siapa, mutu dan persembahan suara aku memang memberangsangkan. Haha.

Semalam aku ikut rahman pergi food review. Sumpah aku makan tak ingat dunia. Tak peduli langsung tempat tu eksklusif ke apa. 5 bintang ke apa. Kena beratasusial eh tatasusila ke apa. Lupa adab semua bila makan dengan ecah. Ni kalau ajak super-girlfriends semua, dah sah sah kena halau. Oh, lupa nak bagitau, rahman ni aaa budak baik. Haha.

Padahal sebelum tu siang dah makan banyak kat Sambal Hijau. Tak agak agak makan lepas tu nak makan lagi. Tapi, nak buat macam mana, benda ferrriiiii yabedabedu memang aku suka. Lagipun rahman kan aaa sangat pandai. Haha.

Masa suruh norman ambik kan kelapa, haha bahana gila kalau hidang buah kelapa, memang aku nak bedal semua sebenarnya, kenapa boleh terlupa nak ambil piring untuk alas kelapa supaya tak banjir satu meja. Haha. Norman norman, sempat melawak depan ecah jadikan kelapa sebagai buah dada kelas A. Memang bravo cungkil kepala kelapa tanpa menumpahkan airnya. Tapi tu rahman lah buat. Rahman kan aaa pandai bergaya. Haha (annoying lah siyeeee kau sayda)





p.s: tak pasti, aku homesick atau rindu super-girlfriends.

Saturday, October 16, 2010

Kenangan waktu senja

Wowowow. Kenapa lama sangat aku tidur hari ni. Mana dia wawasan hidup yang aku pernah cipta lebih kurang tiga belas tahun lepas masa cikgu suruh tulis apa yang anda impikan demi wawasan 2020.

Tengah riuh rendah makcik dan pakcik nak mengemas perkarangan kilang, dengan kerusi yang lintang pukang terbalik nya sebab berlaga laga susunannya, siap dj yang tak henti henti nak main lagu maklumlah setahun sekali, dengan para bos nya sibuk pening kepala carik mana entah budak budak lain nak mintak tolong angkut segala barang maghrib dah dekat sangat dah ni. Manakala, beberapa staf yang bijak pandai, sibuk beraksi di luar kilang.
Saja nak sama warna dengan aku. Fendi suka bermanja manja tanpa sebab.

Kak ikan pun sama. Suka ketawa sampai keluar kerongkong tanpa sebab.

Ha, ni lah shahmi. Kalau bukak songkok, mak datuk hensem wohhh.

Fendi dan azmi, dua dua adalah pacarku. Haha.

Tukang foto kata nak ambik gambar untuk kampeni tak. Ah, mesti lah nak. Lagipun, tak salah pun nak bersuka ria. Kerusi meja tinggal sikit je lagi nak berangkat. Lagipun, penat seharian melayan tetamu. Lagipun, upah tolong tetamu angkat kereta ramai ramai dari lopak. Lagipun, nak balas dendam tahun ni tak dapat menyanyi karaoke sebab dan dimenangi acara oleh para dj.

Mula mula masih waras. Tapi masing masing dah buat peace peace. Menyampah konon korea.

Lihat leher aku, sampai terpusing. Sungguh mistik kan kepala boleh pusing pusing. Ni kalau ahmad idham tengok, konfem aku berlakon jangan pandang belakang ke apa.

Yes, itu dia. Tengok sahaja bapak dan emak orang, lupa anak anak dah bersusun tapi masih nak tiru aku dan fendi lompat lompat terajang.

Percaya tak cakap aku yang kat depan sekali tu bukan remaja lagi ye..

Ha, kau tengok azmi nak tiru fendi. Adakah orang veteran tahun 70-an boleh terkinja kinja seperti belia macam aku.

Haha, kali ni yang 3 series dah mencungap. Kau tengok tenaga aku. Masih ada kan.

Tapi, kita rasa kan, bos kita suruh kita bergambar macam ni.


p.s: kali ni aku tak blogging pasal kawan kawan keluarga dan kucing. ada orang hina.

Thursday, October 14, 2010

Johnny


Hai. Sejak tangan kiri aku terseliuh aku senang jadi badmood. Semua depan mata nampak salah. Itu lah dia. Masa suka ria tak beringat sampai terpulas pulas tangan. Haha. Ni aku taip pakai kaki ni.


Dulu kan, masa aku suka sangat ikut mak aku pergi tempat kerja dia, aku ada berkenalan dengan Johnny. Masa umur 11 ke 12 tahun aku tak ingat lah. Tapi, aku ingat aku tak ada lah buas mana. Pandai jaga diri. Duduk diam diam kat satu sudut sambil fikir masa hadapan. Kadang kadang congak congak tentang politik negara akan datang.


Ha, berbalik pasal johnny ni, dia tak ada lah sombong sangat. Sebab kalau kena gaya, memang senang je dia nak berkawan dengan kau. Siap ikut ikut. Pantang lepa. Tengok belakang, alamak johnny ada rupanya. Apa yang buat aku tertarik pasal johnny adalah sebab dia sangat manja. Auw, comel sangat. Nak nak bila dia nak makan. Tak kisahlah walau pun bukan daging ke tulang ke haha pernah bahulu pun dia balun jugak. Baik sangat budaknya. Tapi sayang, saya tak boleh pegang awak. Awak sejenis anjing, johny.


Dan, baru baru ni masa balik johor, mama cerita, johnny dah meninggal dunia. Tiba tiba aku rasa kelam sangat pandangan. Johnny, aku akan sangat merinduimu.

p.s: kawan saya ameir dah nak blah, dan dia berlagak. padahal aku bersedih.

Wednesday, October 13, 2010

sarapan teh tarik

Dah lewat malam macam ni, aku masih tak boleh tidur. Asyik tengok tengok facebook orang. Memang tak ada wawasan.

Tadi, masa curi curi sarapan di luar bersama pakwe, aku sempat bercerita beberapa gossip tentang awek yang makan kat depan aku. Bukan kenal pun, tapi aku kagum dengan aksesori dia. Bila tengok lama lama, eh, bukan cincin lah tapi tattoo di jari. Dan, beberapa kali jugak la aku terdengar dia cakap bahasa melayu fasih. Bersembang pun dengan orang melayu. Makan roti canai pakai tangan dah sah sah lah bukan mat saleh. Kulit pun legam macam aku jugak. Ok, mungkin melayu. Tapi, kenapa cool gila buat tattoo kat jari. Bukan kat jari manis supaya nampak manis, tapi hampir kat semua jari.

Tak dapat nak elak, walaupun perbualan antara aku dan pakwe depan aku makin rancak sehingga keluar air mata aku sebab ketawa yang tak tertahan tahan, aku tetap nak pandang awek tu. Dan setiap kali aku pandang, aku mesti jumpa lagi satu benda yang buat aku terkasima. Macam berdosa pulak beriya gila nak tengok orang.

gempak jugak peta apek tu

gugel gugel tapi ni bukan tattoo.

Sebelum pulang, singgah bank teman pakwe tu keluarkan duit. Dalam hati yes, tengah hari ni boleh lah buat buat tertinggal beg duit. Kat depan bank ada satu brader surau berdiri dengan tabung untuk derma apa aku tak ingat. Sambil tunggu tunggu tu, aku seluk seluk poket, alamak tak ada sen lah. Aku bukak beg duit, duit kecil tak ada. Kalau aku selit 10 ringgit, aku mesti berlapar seminggu ni. Mintak kat pakwe tu seringgit buat derma. Eh tak boleh tak boleh, baju gua ketat. Takkan nak menderma dengan baju tak senonoh. Lagipun, tadi bukan main usha sinis awek tattoo. Malu pulak rasanya. Aku selit balik duit tu dalam beg duit dia tak nak lah derma baju aku ketat lah pulak. Dan, berdesing telinga aku. Nak menderma pun malu ke. Yang penting ikhlas.

Awek tattoo, aku mintak maaf. Aku tak sengaja. Padahal, kau cuma nak menghadap roti canai je.


p.s: harus kau tahu ku di sini kerana kau ada selalu.

Saturday, October 9, 2010

Air liur tersembur

Susah nak jawab. Kena pilih siapa. Aku gentar betul nak jawab. Kang tersalah buat pilihan menyesal seumur hidup. Suruh aku pilih, sama ada faizal tahir atau pun buat laporan bulanan. Dah sah sah lah aku pilih faizal tahir. Senang nak menangisi nasib diri. Bila bila cari pun cd ada dalam kereta. Oh, tak tak. Cd aku dah macam tukar hak milik dah. Haha.
Kehidupan hujung minggu aku sekarang macam dah penuh. Ada saja aktiviti bersama rakan taulan. Macam tak akan menua sampai bila bila. Ni pun nasib baik lah open house semua dah habis. Kalau tak, ke mana mana kena bawak baju kurung extra.
Cukup cukup lah cerita pasal hari raya ke puasa ke. Cincai kira, aku letak terus gambar barisan gadis jelita beraya.


ribut

buas

ah lagi buas. wanita macam hantu lapangan terbang.



nitam, nani, mira doktor berjaya dan kuang paping





Lepas ni, entah apa lagi nak kena buat sama sama. Tak faham bahasa ke dorang ni. Aku dah penat ikut ke hulu hilir dan terjerit terlolong untuk tarik perhatian semua dengar cerita masing masing. Walaupun makbul dah bungkus, bukan lah pengakhiran hidup. Kami terus memburu tempat baharu. Dan giat lagi mencuri masa untuk bergandingan. Tak dapat sembang lama pun tak apa. Tak dapat bertarung dam aji lama pun boleh tahan lagi. Asalkan dapat bau nafas masing masing secara kerap. Macam berciuman kan. Padahal cakap kalau tak sembur sembur tak sah. Percik percik kat muka aku kalau nak bercerita.


Ok lah. Nak selamat kan kawan kena geser dengan maivi tadi. Mula mula kesian tapi jadi baran bila dia bilang dia sedang berada di surga.




p.s: bila berdepan, tak adalah ramah mana, tapi bila bersama kapten nya, amboi mulut memang berapi.

Wednesday, October 6, 2010

Ubat gigi pilihan semua

Haha. Gila kelakar. Ada je balong (oh lupa nak bagitau balong ni abang sedara kita tau) aku ni punya cerita dongeng. Rasa nak maki sebab melampau sangat ceritera dia tak sampai hati. Lagipun mimpi je.

Anjing: Farhan, kau kena pilih antara garfield dan lembut, mana yang kau akan korbankan untuk bagi aku makan. (oh ya, garfield dan lembut dua dua pun kucing)

Farhan: Aku takkan pilih mana mana. Dua dua pun aku sayang.

Anjing: Kau kena pilih. Kalau tak nahas lah hidup kau.

Farhan: Baiklah. Kau ambik lah garfield. Makan lah dia.

Padahal, sebelum tu Farhan membelai belai belakang garfield. Tersengguk sengguk garfield sebab asyik sangat dengan usapan Farhan. Seolah olah sayang Farhan hanya untuk garfield sekor. Siapa sangka, bila tiba masa kena buat pilihan yang sangka disayang itu lah jadi pilihan. Padahal Farhan mampu untuk hapuskan sang anjing yang tak ada hati perut tu. Tapi kali ni, Farhan lah yang tak ada perut sebenarnya. Dan aku tengok garfield pun berlalu pergi sebab kecil hati dengar cerita Farhan.

Tak sedar berapa banyak air mata aku keluar sebab mengetawakan cerita haiwan balong. Siap bunyi gung gung ke woof woof masa gayakan anjing tu bersembang dengan dia. Terbawak bawak ketawa aku sehingga ke bilik air. Sambil gosok gigi pun aku masih ada saki baki ketawa. Tiba tiba aku loya. Bukan sebab mengandung. Tak tak. Gua belum bersedia. Aku loya sebab ubat gigi aku rasa menjengkelkan. Tak ada pulak rasa mint ke pedas ke apa. Tak berbuih macam biasa. Sampai ke pagi ni aku dapat rasa pencuci muka dalam mulut aku. Kelat ke payau ke aku tak pasti.


Saja letak gambar aku comel, hadiah sebab dah lama tak update blog diari kehidupan.


p.s: the emptiness is now filled ('',)