Tuesday, September 28, 2010

Kali ni cerita pasal Fendi Ahmad

Helo helo helo. Awal betul sampai ofis. Awal 10 minit. Aku kesal betul tak dapat update belog. Biasalah, ingat diari sendiri dibaca ramai. Aku memang sombong. Mana tak menyombong, internet kat rumah buat perangai. Terpaksalah curi curi menaip di sini.

Semalam aku ketawa berdekah dekah menggelakkan azmi. Iya lah si fendi ni, kenapa lah setiap lagu yang terpasang ada sahaja sambungan sendiri. Menyambung cerita pasal azmi. Memang biadab. Dia mana peduli kalau lirik dia semua entah apa apa. Muka buat buat kelat bila aku kata hey salah lah nok.

Satu hari sebelum aku berangkat balik johor hari tu, aku jalan jalan dengan fendi dan beberapa pakwe lain. Katanya, nak menghabiskan duit gaji. Tambah mereka lagi, kerja penat penat, jadi dapat duit kena bazir sana sini barulah gempak.

Berapa helai baju fendi ambik aku tak ambik pusing sangat. Sandal raya apa dia beli pun aku tak ingat dah. Setiap kali lalu kedai apa tah ala yang asah asah kuku kasik kuku kilat semacam tu dia suruh aku survey harga berapa sebab nak nampak jambu masa hari raya pertama pun aku layan ala kadar sahaja. Dan mana mana restoran yang dia kata weh nanti kita makan sini nok pun aku malas nak layan ah cakap merapu je. Tapi, ada satu hal yang buat aku terkasima betul dengan pakwe ni. Memang kelasss.

'Nok, kau rasa apa kalau mak tiba tiba je mati'. 'Ah, aku tak kisah. Senang kerja aku tak payah melayan kerenah kau yang bukan bukan'. 'Ok, kau rasa orang terkejut tak kalau mak mati tiba tiba'. 'Kau jangan merepek lah nok'. Dalam hati aku kata, alah malas nya nak dengar cerita imaginasi dia. Cukup cukup lah dengan cerita dia kata dia hensem sebab bibir merah jambu ramai makwe kejar dia. Geli betul.

Dengan sekelip mata, di tengah orang ramai, fendi terbaring di tengah jalan. Aku terkedu dan menjerit jerit. Kaki tangan dia terkejang kejang. Cabulnya mulut aku kata aku tak kisah dia mati. Menyesal. Satu One Utama boleh dengar aku teriak teriak ketakutan adakah kawan aku mati. Tapi, ada satu hal ni aku pelik. Walaupun mata dah terpandang pandang atas, tapi masih gelak gelak. Fendi bangun dan sambung berjalan seperti biasa. Ini bukan cerita tipu. Aku nak amuk je rasanya. Terima kasih fendi.


Tu yang depan aku. Kalau aku cakap yang pakai baju liverpool kang kau konfius.


p.s: Jom beli lagi satu dinar.

Monday, September 20, 2010

sekurang kurangnya hadir dalam mimpi indah aku

Sejak akhir akhir ni setiap kali berjumpa ala seketul je gambar dapat ambik. Sebab takut handphone aku berat sangat. Kalau dah ambik gambar sayang nak delete. Mana tau nanti nak tengok tengok balik masa buang air besar. Kan bagus kalau sekarang ni aku ada sebijik kamera. Sebijik je bang. Memang berderet deret gambar aku akan upload nanti. Kan ke seronok. Ha ni semua sebab hujung minggu hari tu banyak open house tapi aku tak ambik gambar lah ni.

Ha, cakap pasal kamera ni. Memang aku kepingin nak beli kamera yang boleh sumbat dalam handbag dan tak lenguh kena bawak ke hulu ke hilir. Tak, aku bukan mengumpat kamera slr. Tapi yelah, daripada aku terpaksa berpisah zahir batin dengan kamera tu akhirnya eh daripada aku terpaksa tinggalkan kamera gabak macam tu sebab nanti leher tak pun bahu bengkak bengkak kena usung segala perkakas dia, baik aku beli satu kamera baru yang lebih kurang je canggihnya tapi cilik je. Saiz tapak tangan rozita che wan.

Aku kan amalkan hidup sederhana maka nak beli kamera sebijik pun aku kecoh. Mana taknya, paling busuk pun kamera yang mudah dan menepati citarasa aku harga 600 ringgit. Duit tu aku boleh buat beli sesuatu yang boleh buat pulangan besar di masa hadapan. Faham kan. Ni bukan kes berkira sangat.

Kamera. Sekurang kurangnya masuk je lah mimpi aku. Kasik aku puas hidup.

Kamon lah. Kamera aku dah tak larat nak tangkap gambar dah. Sarat. Haha.


p.s: bila lah kau nak balik

Rumah terbuka dengan cupcake lazat.

Ramai jugak yang datang. Berbaloi aku sekarang menerima bahana sebab tak cukup tidur. Biasalah bila dah berjumpa, ada saja lawak yang tanpa had masing masing. Entah apa apa. Bajet liar tidur rumah nani dan masak di dapur emaknya.

Zack paling bergaya. Banyak menu dia sapu. Sesuai lah sebab dia memang pandai masak. Aku tak kisah apa rupa bentuk masakan dia, tapi aku selalu dengar masakan dia memang menjadi. Rendang ayam opah kau memang sedap. Aku telan air liur banyak banyak je bila terbayang. Sebab kau baru belajar pagi tadi dan rasanya sedikit masin. Haha. Ecah punya ayam lemak cili api pun sangat sedap. Menggigil aku tahan air mata sebab pedas. Kalau makan kat rumah sendiri depan tv memang gua ratah segala. Aku pun best jugak weh. Aku dapat tugas buat cupcake. Mencabarnya kan. Haha. Cupcake yang topping nya rasa sangat sempurna sebab resipi aku hebat. Haha. Tepek nutella dan hershey's sahaja. Sangat sakai. Campak strawberry bagak kat atasnya. Gambar tak ada. Tapi kau tau lah. Memang nampak eksklusif yo. Haha. Rasa pun boleh tahan. Sebab semmmmmua adalah instant. Bangga weh bangga.

Sekarang ni aku dah letih. Battery aku dah hampir habis. Battery handphone apa tah lagi. Itu pun tak semua dapat datang. Berapa kerat je. Tak sempat jumpa semua pulak tu sebab aku dah tak larat bertahan sampai cukup orang. Biasalah, usia dah lanjut.

Esok kerja, kenapa aku masih di depan komputer dan gatal taip kenangan buat open house versi rumah bujang yang ada pinggan kertas 4 helai sahaja dan siapa pakai pinggan kaca kena basuh sendiri. Haha. Mintak mintak tahun depan buat lagi. Kali ni kena orang lain masak dan aku datang sebagai tetamu dan bawak boifren baru. Amacam?

Nah, sekeping je gambar. Yang lain lain tak sempat bergambar. Masing masing malas nak sebab sibuk merasa cupcake aku. Cewwwwwwah.
Tupperware berisi kerepek tu adalah stand untuk aku makan. Simple kan life kitorang. Haha. Asalkan bersama sama.


p.s: i'm figuring it out.

Thursday, September 16, 2010

Bersembang pasal Azmi Kamarudin

Dalam hati aku, ah aktif benar tangan dan otak dia menghabiskan sisa sisa laporan bulanan. Rajin. Padahal, hari ni sepatutnya bercuti. Lagipun, time lunch hour, nak bantai kerja apa jadahnya. Tapi, memang rancak butir butir yang ditaip.

Aku tanya dari jarak jauh, apa lah dia asyik sangat nak menaip. Jawab acuh tak acuh. Aku tanya lagi. Jawapan sama. Malah lagi menyakitkan hati. Ini tak boleh jadi. Aku senang berang kalau orang jawab soalan aku ala kadar. Risau jugak aku. Mana tau pasang strategi supaya lebih bijak dari aku. Aku memang tak suka orang lebih dari aku. Pantang.

Bila dia lepa pergi buang air besar ke kecil aku pun tak tau. Aku cepat cepat cek apa dia tengah buat. Selak selak website dia bukak semua. Oh, dia tengah belajar. Belajar untuk masa depan, itulah yang dia selalu kata pada kitorang. Asyik kaji selidik. Walaupun aku dah lama tau, tapi aku memang tak tau dia segigih ni menimba ilmu. Patut pun poyo semacam. Rupanya, memang banyak yang dia tau. Dalam diam, aku ah terpaksalah kagum.

yang tengah. cerita pasal pengapit dua orang tu pun menarik jugak. kang aku cerita.

Baguslah. Sekurang kurang nya dah ada manusia yang pakar selok belok emas di ofis aku ni.




p.s: selamat hari malaysia.

Wednesday, September 15, 2010

Riang Ria di Hari Raya

Aku nak tulis banyak banyak tak larat, kang hapa kau merapu, nak tidur pulak tak selesa. Jadi aku tempek je lah gambar seberapa banyak yang boleh. Jalan cerita nanti nanti aku reka, sementara tu kau agak agak je lah eh. Yang penting cerita dia memang riang ria di hari raya tak kisah lah hari ke berapa. Ha, gituuu.



Budak budak ni hyperactive betul. Sehingga aku pun terpalit sama. Galak yang tak terbendung.

Tak tak. Gua bukan nak berak. Gua nak lompat.


Alamak, posisi ni nampak aku macam tabung kecemasan. Cuba lagi.

Ni pun macam harem. Nak lompat lagi dah malas sebab tudung dah macam roti canai.


p.s: kejap je lagi balik kl. yes, boleh jumpa orang kesayangan

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya 1431H

Hai. Masa nampaknya sangat terhad sebab makcik aku dah gegar suruh mandi, alahhhh kenapa aku rasa baik mandi kat kampung je nanti. Haha.

Sempena hari raya kali ni, aku nak mintak maaf dari hati yang suci sukar dicari eh dari hati yang tulus kepada semua pembaca tak kira lah sama ada baca selalu, kadang kadang atau baca senyap senyap. Segala terkasar bahasa semasa aku menulis harap dimaafkan. Ye lah, mana lah aku sedar masa emo emo aku nak taip jugak maka keluarlah bahasa carut ke sinis ke. Harap dimaafkan. Segala tulisan berunsur ejekan yang terus terusan ada elemen merapu juga harap diampunkan. Aku manusia biasa.

Alamak, kad raya kawan kawan aku belum lagi pos. Malas lah pulak bila dapat tau minimum setem kena letak 60sen. Ini tak boleh jadi. Lepas raya baru aku nak pos secara beransur ansur.

Dosa kau semua dengan aku dah lama aku lupakan. Dah dah jangan nangis. Baik kan aku. Lagipun aku bukan sesiapa nak buat hati kering taknak maafkan orang. Ah sungguh keji konon konon ada perasaan dendam.

Nanti, kat kampung aku update suasana hari raya kitorang ye. Mana tau kau nak tau tips tips kehidupan semasa beraya. Macam mana nak handle adik sedara yang buas nak mampus ke, pukul berapa patut mandi supaya tak berebut dengan pakcik makcik aku ke apa alasan nak bagi kalau malas nak tolong kat dapur ke. Nanti kan ye.

Tips fesyen terkini baju raya pun ada rasanya. Tema warna tahun ni bukan hijau.

Caudemau!

p.s: kenapa tiba tiba sedih bila nak berpisah

Tuesday, September 7, 2010

mulut ikan

Haha tenang nya. Jalanraya lancar gila. Bawak kereta pun tak payah cilok cilok. Siap boleh garu garu kaki sebab malam tadi kaki kena gigit nyamuk. Sampai ofis pun, aik mana semua orang. Bertenang sungguh semua orang tak ada. Kalau tak dah terjerit sana sini dah. Ni mesti semua orang sibuk kira duit berapa dapat malam tadi.

Damini Corporation memang baik hati. Suka beramal jariah. Sayang sayang sayang. Boleh buat beli topap banyak banyak. Sungguh sakai nak guna duit beli topap.

Mana lah semua orang ni. Kurang asam betul ambik kesempatan datang lambat. Elok elok aku rasa santai tiba tiba meruap ruap aku naik angin. Melampau lampau lah ni. Mana azmi, fendi shahmie bad semua. Kak ikah pun sengaja lah ni masuk lambat. Ini sudah lebih. Nak plan taknak datang kerja pun mestilah kena bagitau aku supaya aku pun boleh lengah lengah.

Oh, rupanya aku sampai awal sangat. Cis, belum pukul 8 pun.






p.s: dah berapa hari aku tak cukup tidur

Sunday, September 5, 2010

Buka puasa sama: Bumbu Desa

Semakin dekat dengan penghujung puasa, semakin bersusun projek aku. Hari hari ada sahaja plan makan buka puasa kat luar. Aku kira dah berapa lama entah aku tak makan di rumah. Harap harap, makcik aku tak terasa apa apa. Nanti, aku belikan dia kuih raya sebalang.

Tadi buka puasa dengan budak budak sekolah aku memang gegak gempita. Tangan bersilang silang ambik lauk. Mulut penuh dengan makanan pun masih menceceh ceceh tengok baju orang dan bisik bisik. Lepas makan lagi hingar sebab sambil ketawa sambil nak ambik gambar. Sorang sorang macam kena rasuk menggila. Haha. Shuze mengilai paling kuat. Kening wanita dilukis kemas. Birthday seprais norman pun tak jadik sangat sebab pekerja Bumbu Desa sangat tak ada elemen menyiapkan seprais. Walau bagaimanapun, parti liar tetap diteruskan. Buih sabun berselerak sana sini. Suasana tak dapat lagi dikawal.


sebelum bermulanya partaaay liar

haha ecah macam sakai

bumbu desa

kan? shuze terdongak dongak ketawa

natrah sekarang artis indieband.

jahatnya nani gelakkan sungguh sungguh transformers wanita

gadis gadis penyiasat.

Kesimpulannya sekarang, aku tersadai keletihan. Habis tenaga aku. Macam mana nak meneruskan hidup kalau macam ni. Tahun depan kita buat lagi. Tapi please kali ni di makbul ok.

p.s: susah nak berkawan dengan orang yang belajar ala kadar sahaja