Monday, May 31, 2010

terkorban

Kenapa aku malas nak cerita pasal macam mana dia 'tidur'? Sebab aku tau, orang kotak katik perasaan aku punya. Nak buat macam mana. Dah aku memang macam ni.

Okay. Hari ni terfikir nak cakap pasal berkorban. Agak agak lah kan, apa pengorbanan yang paling besar pernah aku buat ar. Oh, tak ada tak ada. Aku mementingkan diri sendiri gila babi. Tak ada nya nak berkorban korban ni.

Paling kuat pun, dulu masa hangat berccciinnnttttt, konon berkorban. Sanggup duduk kl jauh jauh sebab nak dekat dengan boifren. Sanggup berhabis duit beli macam macam untuk dia untuk aku untuk dia untuk dia untuk dia dia dia dia eh mana untuk aku? Sanggup luangkan masa banyak banyak untuk dia. Daripada tak suka, jadi suka dan lupakan hobi sebenar aku gara gara hey-ni-berkorban-nak-gembirakan-hati-boifren. Korban kan perasaan kawan kawan konon nak menangkan boifren. Abaikan perasaan sendiri semata mata nak hey-ni-pun-sebab-nak-buat-boifren-gembira. Haah. Tak berbaloi.

Jadi, fasa fasa berkorban oleh aku dah tak akan berlaku lagi dalam masa terdekat ni. Kecuali berkorban yang aku tau dapat upah di kemudian hari. Haha. Macam berkorban pinjamkan kawan tudung nanti dapat pahala dan masuk syurga. Berkorban pinjamkan kawan kereta taknak dia susah susah tapi tak payah selit duit nanti masa tak ada duit boleh menyelit dalam dompet kawan. Lagi, berkorban untuk mama dan ayah kasik tengok cerita kesukaan mereka kat tv tak payah berebut nanti dapat title anak solehah perut sejuk hati tenang mama dan ayah belanja lah lagi beli handbag ke kasut ke baju ke. Barulah pelaburan bijak. Betul tak betul tak. Kalau setuju, nah layan superman hindustan. Seriauwwww aku.




p.s: walau apa pun, aku mengharagai semua pengorbanan yang kau buat untuk aku. trimas. =)

Sunday, May 30, 2010

Garfield.

Kalau ikutkan sangat perasaan, aku tak nak balik kl lagi. Belum kuat dan belum hilang rasa sedih kat hati. Garfield dah tak ada lagi.

Lepas sembahyang zohor, aku, mama dan fikah bawak garfield pergi klinik. Ayah tak nak ikut sebab dia kata dia tak sanggup. Tak apa lah. Naluri ayah kan. Tengok garfield sakit macam tu memang tersayat gila. Sedangkan ciko pun faham apa garfield rasa, takkan lah manusia yang kaya dengan perasaan tak rasa apa apa.

Lepas masuk air, vitamin semua, aku nampak garfield respon dengan baik. Selincah lincah kucing yang pernah aku jumpa iaitu garfield, dia tak lawan langsung apa yang doktor buat kat dia. Kau tau, sedih dia macam.. Bila garfield dah respon, doktor nak dia stay situ. Nak ambil sample darah. Kalau boleh, nak operate kidney dia. Sepanjang panjang masa garfield kena cucuk tu, aku memang bersama dia. Usap usap dia. Dia respon. Aku cakap aku nak belikan dia rantai baru. Dia respon. Aku cakap, ciko tunggu kat rumah. Dia memang respon. Mengiau lah. tapi, tak sempat nak buat semua tu.

Siapa sangka, tu respon respon terakhir dia. Aku tak nak ingat dah saat saat akhir dia. Aku redha. Mama redha. Ayah aku pun redha. Terbayang bayang gelagat dia dengan ciko lari sana sini. Mama malam malam nangis. Apa yang lagi pilu, bila kami balik, ciko macam faham garfield dah tak ada. Dia ke sana sini. Agaknya, cari garfield. Ciko banyak termenung.

Garfield, kakak sayang garfield. Sayang sangat. Kakak mintak maaf sebab jarang balik. Tapi, kakak terima kasih sangat rupa rupanya garfiled nak tunggu kakak balik baru garfiled pergi. Nanti, kita jumpa kat syurga ya.




p.s: garfiled. kakak rindu garfield.

Tuesday, May 25, 2010

Mengigau

Hari ni genap weh setahun bekerja. Weeeeee (bunyi celebration mode). Semakin hari semakin banyak kerja. Workholic ke. Kuat kerja tahu. Haha.

Serius weh. Dulu beriya sangat nak kerja. Sekarang, aku rasa penat sangat. Nak cuti lama. Bukan menyesal dah kerja. Bila sedar yang aku dah kerja berguni guni, meja semak samun, berkawan dengan ramai orang yang masyaAllah perangai sorang sorang memang lain lain nakal dia, buat aku tak cukup panjang nafas. Sampai bawak ke tidur. Aku dah pandai mengigau. Bukan je dengkur je ok. Tu yang buat aku runsing dan sedikit termenung. Tak boleh terima kenyataan aku mengigau. Tak tak tak mungkin.

kat tangan aku tu, bantal busuk. kalau tak ada tidur tak nyenyak wooo.


Sakit pulak badan aku sekarang ni. Pagi tadi aku dah ada rasa nak demam. Sumpah. Sendi ke apa tah ke tulang ke urat aku rasa bisa bisa. Mata aku dah tak boleh tahan. Ingat nak blah ke mana mana. Tapi, nasib baik, ok je sampai malam. Esok agaknya aku rasa lagi simptom yang sama sebab malam ni aku penat gila.

Oklah, aku nak tidur. Baicibai.

p.s: adik sedara aku si fateha yang konon nak study gatal curi tengok aku lukis lukis. cis.

Friday, May 21, 2010

kupu-kupu dalam perut

Sekarang banyak gila kerja. Kau tak tau dulu aku minah hina yang malas nak buat kerja. Homework buat buat siap je. Padahal tak siap lagi. Bila result periksa macam gampeng, aku salahkan kawan kawan yang kacau masa nak stay up malam buat homework. Kalau tak kan mesti sekarang aku dah sibuk sibuk nak musim bunga ke sejuk ke bunga ke kat oversea.

Meja tak muat. Setiap hari semakin bertambah fail atas meja. Mana nya aku nak simpan botol air aku lagi, handphone aku lagi. Tangan pun terpaksa simpan berpeluk tubuh je. Bawah meja tak payah cakap lah. Ada satu beg besar tempat letak kasut kasut aku. Kaki aku nak letak mana. Mengangkang. Tempat aku memang tak selesa kalau nak buat tempat menetap setempat. Sebab tak ada printer. Nak print, kena jalan jauh. Lagipun tempat aku laluan orang pergi mesin fotostet lah, ambik paper lah, nak tumpang lalu pergi stor lah, tandas lah. Terpaksalah tunggu suasana tenang dulu. Kena keluar dulu. Rimas bila duduk dalam ofis. Hina kan aku bila buat alasan alasan macam ni sebab tak siap kerja.

Tapi, nasib baik ada satu benda yang buat aku ada niat nak bekerja keras. Macam satu perasaan lah. Perasaan macam ada kupu kupu kupu kupu kupu kupu dalam perut. Wow. Perasaan yang malas lah nak cakap kau agaknya boleh teka. Perasaan c***a. Mesti kena misteri sikit. Ada bintang.


Nak tengok video kat bawah kena banyak bersabar. Leher sakit sikit lah. Ni bukan aku tau. Ni siti.



Akak siti, please lah. Saya nak jadi penari video clip akak siti.

Caucincau!

p.s: janganlah buang buang sebarangan. aku pun ada hati juga.

Monday, May 17, 2010

Pre Bandung 6 - Genting Highlands (spooky Amber Court)

Walaupun aku dah lama agak pre bandung kali ni takkan cukup orang, tak apa weh tak apa, yang tak ikut tu, jasad je tak ada, tapi dalam hati rasa dekat dekat je.

Persiapan kali ni memang superb. Semata mata nak naik tempat sejukzzz, aku dan yang lain lain raptai gempak gempak punya. Bagi suhu badan terbiasa dengan cuaca kat atas gunung. Ceh ceh ceh.

Mula mula ingat percutian trio. Lepas tu zack zacko sampai. Pasangan pengantin baru yang hot pun datang. Wah wah. Enjoy memang tak ingat. Semua jenis thrill rides ke coaster ke apa nama semua aku naik. Cork Screw lah, Cyclone lah, Flying Coaster lah, Flying Dragon lah, Sungai Rejang Flume Rides lah, Rolling Thunder aaaaaa aa aa aku dah tak ingat nama. Tak lupa jugak main main baling salji dalam Snow House. Baling baling salji konon konon kat obesi okay. Haha. Jakun lah sebab selama ni main ais ais hancur dalam pembeku ais tu je.




Cukup dengan suka ria. Meh, aku cerita sikit apa yang menariknya tempat bermalam kitorang cuti kali ni. Tiap kali terfikir, aku akan sesak nafas sikit. Ni nak taip ni pun, asyik toleh belakang. Sebab rasa macam kena perhati.

Nama tempat tu Amber Court. Sampai je tempat tu, tak tau kenapa aku asyik terbayang cerita mistik. Cerita Blok 404 lah. Rasukan Ablasa lah. Casper pun. Memang agak seram (memang seram). Pemandangan dari luar memang seram. Cat dengan lumut dengan karat karat. Aku tak berani nak ambil gambar kat luar bangunan tu. Risau ada entiti. Masuk je bangunan tu untuk check in, cuma ada sorang mat cina ni. Pelik juga, mana pekerja lain. Mana pengunjung lain. Kedai kedai lain pun dah tak akan ada penyewa dengan kerusi lintang pukang. Konfem konfem kitorang je yang menginap kat situ. Tapi, tak apa, agaknya, malam kang ramai lah yang datang. Aku sempat jugak jengah kat beranda apartment kitorang. Tengok apartment lain memang tak ada dan tak akan ada orang tidur situ ye. Cuak weh cuak. Siap apartment sebelah berpalang palang pintu dia. Tak payah pintu sebelah, semua pintu pun siap bermangga mangga dan ada conteng tulisan cina. Dalam hati, aku cuma terfikir, adakah ni satu perangkap untuk jadikan kitorang mangsa, kurung lalu jadikan lauk. Cuak cuak cuak.

Malam tu, lepas puas main semua game yang ada kitorang gerak dua kereta (masa check in, aku bertiga je dengan echah dan norman). Aku mesej nani sebab dia naik kereta lain. Suruh dia hati hati. Bukan sebab jalan situ yang ngeri saja tapi memang bahaya. Aku tak bagi dia komen lebih. Aku nervous.

Seram seram pun, aku terlupa nak behave. Mak pesan, jangan ketawa terbelahak lahak. Tapi, ni bukan setakat ketawa tapi terkinja kinja selebret birthday nani. Nasib baik malam tu rasanya tak ada kena kacau. Ni mungkin sebab aku baca doa tidur kuat kuat. Baca surah apa apa yang ingat dan yang patut. Alhamdulillah.


Aku tak mandi esok nya pasal tak boleh weh tak boleh. Geli. Isi survey form pun kena marah dengan receptionist tu sebab cakap jujur sangat.


p.s: kenapa makcik ni kerek sangat. layan aku macam cacai macai. ni sudah lebih.

Thursday, May 13, 2010

Peluncur Ais Terbaik

Mula mula macam taknak lah weh. Sebab mahal sangat. Takkan nak main RM 31 tapi sekejap jek. Tak berbaloi. Lagipun tak cukup korum. Tapi, bila fikir balik, apa salahnya kan. Echah cakap, kalau terel main roller blade, konfem pandai ice skating. Ah, aku memang hebat meluncur pun.

Apa lagi. Nak banding wang dengan masa yang diluangkan dengan kawan kawan, kawan kawan lebih bernilai. Jangan kau gatal gatal nak tukar kawan kawan aku dengan seribu ringgit. Aku takkan tergoda. Kawan kawan aku sangat best. (Harga kawan kawan cuma seribu saja. Haha).

Aku dan echah gembira gila skating. Mula mula memang susah lah nak imbang badan. Dulu masa Puan Norazian kat kelas bio cakap, telinga susah nak balance sebab ada kena mengena dengan koklea ke tiub eustasian ke apa tah, tak nak percaya. Malas dengar. Nasib baik lah aku memang senang biasa kan diri sendiri. Meluncur sikit sikit dulu. Pegang dinding tepi dulu. Perlahan lahan barulah aku meluncur laju. Percaya atau tidak, aku macam profesional gila okay. Zas zas bunyi blade kasut aku kikir ais kat situ. Berdesing jugak lah bunyi dia. Memang ada gaya peluncur unik dengan kareografi sendiri. Ni kalau nani ke wanita ke shuze tengok ni, berbulu weh.

Tiba tiba, tengah syok meluncur, entah mana datang, ada satu budak kecil ni aku agak tak sempat nak elak. Aku bajet ni memang aku langgar je ni. Tapi, dengan bertenang walaupun aku tengah laju gila, aku pusing kat badan dan bend kan kaki kanan dan lunjur kan sikit kaki kiri ke depan, jinjit kan sikit kaki yang menampung badan dan depakan tangan, aku dapat mengelak budak tersebut. Riben yang aku pakai lilit kat leher memang nampak cantik sekali berpusing pusing masa aku nak kawal badan aku masa tu.

Siapa sangka, habis je aku main dengan echah, ada satu mamat yang kawal (warden) kawasan ais tu sapa aku. Dia offer aku join Disney on Ice satu hari nanti bila bila terluang. Siapa sangka rupanya bakat aku tak dipersiakan oleh orang lain. Siapa sangka aku akan sarung kostum nemo tak pun snow white tak pun minnie mouse kat badan kelak. Wah wah. Siapa sangka, aku dah tipu banyak orang pasal meluncur ais ni. Siapa siapa yang kena tipu, sejak isnin hari tu, aku mintak maaf. Haha. Terhibur dapat tengok muka sorang sorang kagum aku demo meluncur backward. Haha.

Ha, watak macam ni lah.


Aku duduk kat tingkat 3 depan pizza hut je sebenarnya dengan echah dan norman sambil tengok gelagat orang ice skating kat bawah. Jeles tak dapat main. Dah tua bangka, tapi tak pernah main. Sadis.

Okaylah, diharap kamera yang dijanjikan tak dilupakan.


p.s: Jadi kucing sudah, jadi ikan pun sudah.

Monday, May 10, 2010

pre-bandung 5 (a, b, c, d..): macam macam episod

Cerita malam ni. Pre- Bandung lagi.



Semalam baru aku sedar, dah berapa kali pre-bandung aku tak update sejak. Mana tak nya, rasa serba salah. Setiap kali pre-bandung, sebenarnya tak cukup orang. Balik balik muka aku, ecah dan norman. Loya tau tak, loya. Kadang kadang, nampak lah batang hidung wanita, hamster, awan. Dah lama tak nampak nani. Oh, tapi, lagi lama tak jumpa shuze.

Walaupun sekarang aku rasa sendi sendi aku sakit dan mata aku amuk amuk berair, pipi aku dah rasa bahang bahang macam baru lepas kena tampar, dada aku sakit macam dulu balik dan kepala aku berat semacam, seperti biasa aku nak juga merepek kat sini. Alah, yang sakit tu badan je, bukan otak.

Nani pun ada mms gambar, nak buktikan dia kuat belajar dan dalam masa yang sama lepak dengan kitorang. Kira jasad di tempat lain, roh di tempat lain lah. (cis, kenapa aku seram pulak ni)


Okayyy okayyy, masuk kali ni, dah berapa kali aku selak selak pintu peti ais semata mata nak dapatkan aura sejuk untuk cuti cuti hujung minggu nanti. Gedik tak gedik, aku nak jugak raptai. Cakap keluar asap lagi weh. Lepas ni kena rehearsel macam naik roller coaster pulak. Kena prektis konon konon muntah sebab mabuk main kat theme park jugak. Bersedia awal dan rapi.

Agaknya, akan sejuk macam ni lah kot.


p.s: cis cis. hausnya. esok kena korek korek tabung orang.

Saturday, May 8, 2010

hari ni sayang banyak mana, sayang banyak gila, sayang sampai esok

Lepas aku fikir lama, dan atas nasihat kawan, dan sebab permintaan seseorang sejak lama dah yang aku sangat rapat dan hargai setiap kehadiran dia , aku nak letak something yang agak penting dalam life aku kat blog poyo aku ni.

Dengan baik aku mula dengan dia dan perkenalkan dia kepada semua dan kepada blog, dengan baik juga aku cerita pasal dia, aku describe pasal apa apa yang buat aku jatuh cinta kat dia, dengan baik aku cerita macam mana aku curahkan sayang aku kat dia, maka dengan baik jugak lah aku harap aku akan bagitahu yang semua yang baik tu dah habis. Dah berakhir.

Memang tipu lah kalau kata aku tak sedih. Aku sedih. Gila ke apa, putus cinta tu tak sedih. Tapi, tak apa, sekurang kurangnya, aku tak menyesal sebab aku play role aku as girlfriend dia selengkapnya dan aku cuba sesempurna mungkin sepanjang tempoh 'baik' tu. Sumpah aku kata, aku sentiasa cuba nak jadi the best untuk dia. Cuma mungkin dia tak berapa faham lagi. Jadi, dia belum tahu macam mana nak gayakan biar nampak menghargai. Kalau dulu, aku rasa dia keutamaan dan kesayangan aku, sekarang dia adalah bekas kekasih hati. Ha, cukup lah tu. Tak baik cakap yang bukan bukan.

Terima kasih kepada ecah norman nani shuze dan wanita sebab kebelakangan ni dan sepanjang tempoh tenat aku, aku perasan korang selalu ada dekat. Korang buat aku tak lalu nak cerita benda sedih tu lama sangat. Azmi fendi shahmie dan bad, korang buat aku rasa aku sangat penting dan aku rasa kuat ceh ceh ceh sekuat korang, yelah selalu lepak dengan korang makanya aku nampak macam jantan. Kena minum kopi jantan.




p.s: hari ni kereta aku senyap je tak ada penumpang macam selalu. kesian je aku tengok beliau.

Wednesday, May 5, 2010

Bila dah tua

Selalu terfikir weh sekarang agak agak macam mana nanti aku bila dah tua. Banyak mana kedut muka dan uban aku. Mampu lagi ke tak aku ketawa lasak lasak. Wah wah wah. Bila jumpa gang, ha masa tu dah nama lain, tak kisah lah nama apa pun, tapi mesti letak kat belakang tu, antik atau otai atau veteran, galak tak agaknya nak recall recall cerita lama.

Aku dah rancang dalam kepala otak bergeliga aku ni, kalau tak dapat duduk rumah bentuk bintang atau sebelah menyebelah atau atas bawah dalam kejiranan yang sama masa tua nanti dengan diorang, aku nak ajak diorang tinggal kat rumah orang orang tua lah. Bukan suruh anak jadi derhaka hantar mak bapak pergi rumah orang tua, tapi sebab mak bapak diorang yang tak reti reti nak berhenti berkawan. Gembira gila dapat sumbangan beras kat rumah orang tua. Aku pun dah ada janji temu dengan seseorang dah kat situ. Yes yes.


Walaupun nampak lopek, aku dah malas nak touch up touch up, aku tiba tiba rasa bersalah letak boifrenn ecah kat tengah tengah wanita dan nani. Nasib kau lah hamster. Kena pakai tudung.


p.s: semua dah selesai. akhirnya aku demam.