Tuesday, December 22, 2009

Bukan menipu

Hati tak tenang langsung bila tadi dengar dia kata ada benda lagi aku tipu dan dia tak terus terang dengan aku bila aku tanya apa lagi yang aku tipu tapi tak declare. Aku risau, kalau2 ada lagi penipuan aku yang aku tak bagi tahu.

Semalam, balik dari kerja, aku lepak dengan dia selepas aku rasa kena 'tinggal' untuk lebih sebulan. Selama tempoh tu, memang tak terkata lah aku punya rindu gila bayang tak keruan semua. Penat woh. Dari bercerita tentang masalah rumah sewa aku yang masih tergendala ni sampai lah cerita apa aku buat selama dia jauh dari aku. Senang cerita, aku bukak segala cerita yang aku tak bagitahu dia. Dengan harapan, dia tak anggap aku menipu dia. Kadang-kadang, aku bukan menipu, tapi aku nak menjaga hati orang sekeliling aku. Terutama sekali, hati orang tersayang. (betul, aku sayang). Dan terutama lagi, aku tak tau sampai bila aku ada masa dengan dia. Jadi, aku nak bagi the best kat dia sepanjang-panjang dia ada dengan aku.

Okaylah, aku tambah lagi satu, selain nak nak start mengaji quran sebagai azam tahun baru..aku nak berazam, aku nak kurangkan penipuan (ces, terpakasa cakap aku menipu padahal aku cuma sorok perkara sebenarnya).


Akhir kata, hambek kau gambar HODOH NAK MAMPUS aku masa jadi pengapit. siut. Kenapa muka aku tak boleh blah???!!



Nak keluar, nak sedapkan hati. Babi. Eh, babai.

p.s: susah nak jaga hati orang yang aku suka.

3 comments:

Echah Sarudin said...

Kau kan memang sentiasa menipu 24 jam. Ibarat 7E..


Pendek kata, tak adalah yang betul.
hahahahahahahahahha

orkedhana said...

tipu sunat.haha

tp dat face jd pngapit mmg gle blagah ah =p

sayda dino said...

echah: aku memangpenipu tegar. tapi takde lah macam 7E. aku ada gak berhenti sekejap. yelah, aku sembahyang tak suka tinggal. haha.

hana: takde tipu sunat. aku memang wajib tipu. btw, aku benci muka aku berlagak jadi pengapit, siut ahh