Wednesday, September 30, 2009

Semoga rohnya dicucuri rahmat

Pada pagi syawal.

Aku: Dik, kau ada sampul duet raya cantik x? Aku nak kasik atok.
Adik: Kau nak kasik berapa?
(aku tak malu weh, aku mengaku kat korang, aku kasik RM20 SAHAJA)
Aku: 20 je weh. Aku takde duet. Belum gaji lagi. Takpe ke?
Adik: Yang penting kau ikhlas.

Ye, aku mmg ikhlas. Tekad sgt nak bagi atok dan nenek aku rasa duet gaji aku walaupun sikit. Dan aku sebenarnya tekad, dapat duet gaji aku nak tambah duet raya yg aku bagi tu. Kalau nak tau, perasaan masa aku hulur duet raya kat atok aku masa tu mmg gila membanggakan. Seronok sgt weh...Aku nampak dia letak duet aku yg dalam sampul hijau tu masuk poket baju dia..

Syawal ke-10 atok yg aku br je tinggalkan tak sampai seminggu, dah tinggalkan aku selama-lamanya. Aku admit, aku tak berapa rapat dgn atok, tp aku masih cucu atok. Sayang kat atok pon akan sama dgn org lain yg ada atok. Tak banyak masa yg aku spend dgn atok. Sbb aku jarang balik kampung. So, bila mama call bagitau atok dah tak ada, aku bingung gila. Mcm mana nak balik? Bila kebumi? Sempat ke aku cium atok? Masa hidup dia, aku kurang peluang2 nak manja2 dgn atok sendiri. Ingat nak jumpa atok selagi sempat. Aku tak nangis. Aku ingat aku tough. Tapi bila kenang2 balik, sebenarnya ada byk benda aku terkilan. Hari2 terakhir atok, aku tak sedar pun......Kalau setiap tahun raya, aku suka ambil gambar sama2 dgn atok. Tapi raya kali ni, aku tak bergambar pun dgn dia. Aku tak ada gambar terakhir dgn atok. Lagi, aku dah kerja almost 5 bulan, tp satu apa pun aku tak belikan untuk atok. Tak sempat nak bagi dia rasa hadiah aku pakai gaji aku. Masa hari raya, aku nampak atok tak selera makan. Tapi, aku tak pujuk pun atok makan. Aku tak hidang pun depan dia. Aku cuma ajak dia dr jauh je sbb aku ingat atok bergurau tak selera makan. Tambah terkilan, bila sebenarnya raya keempat yg aku bertolak dr rumah atok adalah hari terakhir aku salam cium tangan atok. Aku tak sempat jumpa atok sebelum kebumi. Tak sempat weh....Sumpah aku sedih. Tak tahu lah dah keberapa kali aku nangis masa buat post ni. Aku sampai2 je, cuma boleh nampak ayah dan mama yg masih bengkak mata. Especially ayah. Aku tahu ayah sgt sayang atok. Byk benda yg ayah went through untuk atok. Dan aku tau semua tu. Bila salam ayah, aku ambil kesempatan untuk peluk dia jugak. Dgn harapan aku dapat kurangkan sikit sedih ayah. Sebak, ayah nangis lagi masa aku peluk dia. Tak apa lah, tak dapat jumpa atok. Sekurang2 nya aku dapat bg ayah rasa aku ada dekat dgn dia masa dia kehilangan. Walaupun sekejap. Aku kena balik KL hari ni jugak.

Sebelum balik, aku singgah masuk bilik atok. Bergenang2 mata aku. Aku tak ada lah tough mana. Nangis lah jugak. Tengok barang2 atok, aku ternampak baju yg dia pakai masa hari raya. Elok je gantung. Bila pegang baju tu. Aku nampak ada banyak sampul duet raya dalam poket tu. Ada terselit sampul raya yg sama dgn yg aku bagi dia hari tu. Cek2, mmg sampul yg aku bagi pun. Dalam tu, masih ada RM2o aku. Atok tak sempat pakai pun....Masa aku bagi duet tu sebenarnya aku ada cakap kat atok.

Aku: atok, mamal ada duet raya nak bagi. tp sikit je lah. tak boleh buat shopping pun. tp atok boleh buat minum2 kopi kat warung tu.

Atok: terima kasih. atok nak simpan duet mamal bagi ni lg bagus. buat kenang kenangan.

Aku rasa atok macam melawak, tp aku nampak mata dia mcm dah nak menangis. Aku ingat biasalah..mode raya. Mestilah syahdu kan salam2 maaf2 dgn semua org. Rupanya mungkin atok tau, tu raya terakhir atok dapat sambut sama2 dgn kitorang. Atok ada ckp banyak kali, arwah nenek ajak dia jumpa. Betul lah tu. Duet raya aku bg tu mmg betul jadi kenang-kenangan aku pernah bagi atok.


Atok, semoga roh atok ditempatkan bersama-sama org yg mulia. Org yg dijanjikan nikmat. Al-Fatihah....

3 comments:

ain si penggemar belacan said...

Innalillah..nasib baik sempat raya.kalau tak mesti lagi lama kau x jumpe kan..semoga rohnya dicucuri rahmat..

ps:samala kita skng.hanya ada nenek..

nadia said...

sayda, sedih gila baca post ni. atuk aku pn tgh sakit aku mcm sedih gila xbole nk lawat2 dia =(

sayda dino said...

ain: aku sedih. aku taknak main2kan nenek lagi dah lah weh..jgn pengaruh aku tau!

nadia: byk2 berdoa weh. aku phm perasaan kau..