Bila dah makan banyak gila, aku seperti biasa akan terus ke toilet. Sistem perkumuhan aku mmg terlampau dan melampau lancar. Tak tau la ni consider normal ke tak. Lepas beristinjak (sedap sikit dr berak), on the way nak turun tangga (kau boleh imagine tak tangga kat KGPA mcm mana?..ala, dia ada 2 tangga menghadap), ok sambung, ada 1 makcik ni MEMANG LAWAK. Dia pakai tudung dan dia punya brooch ada yg sepatutnya ada bawah dagu tertarik ke tepi pipi.
Macam belum ada lg je kan fesyen tu. So, aku ketawa la sorang2 sbb makcik tu gila selamba, takdela pulak nak adjust2 tudung ke apa. Takkan la dah syok sgt melantak, tudung dia sampai tertarik ke tepi. Tgh syok2 gelak, aku mmg tak perasan ada berapa banyak tangga lagi aku kena turun. Haha, tp dalam hati aku ada rasa mcm kejap lagi jatuh je kan. Dan, mmg instinct aku mmg selalu betul pun. Aku terjatuh. Ada lah dalam 6-7 anak tangga aku terjelepok, terperusuk dan apa2 lah lagi yg kau boleh letak supaya jatuh aku nampak buruk. Kasut sebelah kanan aku tertinggal 4 tangga kat atas dan sebelah lagi 2 tangga kat bawah. Ni, kalau zaid nampak, mmg dia gelak tak cukup angin. Dalam tahan2 sakit (konfem la saket, aku jatuh kat atas kaki kiri aku sendiri) aku sempat juga la pikir, nak ambil kasut kanan dulu yg kat atas atau yg kiri dulu yg ada kat bawah. Kira aku masih boleh berfikir lagi secara waras. Takdela aku dah jd gila sbb aku terjatuh tangga. Sebelum nak bangun, aku cek line dulu. Ada org nampak tak. (aku cuma risau budak2 damini nampak aku jatuh mcm nangka je, org lain nampak aku tak kisah) Kalau lah fendi ke azmi yang nampak, sah2 lah aku kena gelak weh. Diorang bukannya nak tolong pun. So better aku tipu.
Kaki aku selepas seminggu aku tak buat apa2 pun. Nampak tak bengkak pada warna biru keunguan tu? Kalau kau nak tau, aku punya buku lali sampai tak nampak sbb bengkak.
Aku bgtau diorang aku sakit kaki. Tapi, apa yg aku tipu, aku cakap aku tak tahan nak buang, aku tendang pintu toilet. Lantak lah, nanti raya aku mintak maaf lah sbb menipu. Dan sekarang, aku tgh menderita, menderita gila. Kaki aku bengkak mcm kaki org pregnant. Aku pernah jugak bengkak kaki lebih kurang mcm ni kat kaki yg sama. Tp tu sbb aku tertendang salah benda. Benda 'halus'...Bengkak gila. Bengkak sampai tak muat kasut. Bengkak kali ni pun melampau juga. Tak muat kasut juga. Jadi, takde lah aku nak bergaya dgn kasut tumit tinggi, ceh mcm tajuk drama kat astro je. Kasut penyebab aku jatuh pun aku taknak pakai langsung dah. Kalau kau nak rasa betapa bisanya kaki aku sekarang ni, try lah gelak kan org tua dan jatuh gaya aku jatuh.
p.s: lain kali, kalau nampak fesyen org tu aneh sikit, biar je lah. jgn gelak.
2 comments:
kau tu memang suka buat onar. ni alamat aku:
no 27, jalan sutera 2/2
seksyen 2
taman sutera
43000 kajang
US
hahah lawak gile weh.tulaa gelakkan makcik tua lgi.makcik tu berdaulat sgt la tuh sampai bengkak cmtu jadinya..haha dahla ko tipu..weh ko dtg umah aku x jumaat ni?aku nak cuba buat2 terpijak kaki ko la..
Post a Comment