Wednesday, May 27, 2009

Kerana Kau

Sejak mula bekerja, aku mmg selalu pulak teringat zaman sekolah. Tak tau la kenapa (gatal2 nak ingat zaman sekolah). Sebelum nak pergi interview, aku br perasan aku takde satu sijil pon dgn aku. Dan mak aku ckp, sijil2 takde pun kat rumah. wtf??takkan aku nak kena ambil spm semula? (gila jahil aku tak tahu, padahal boleh rayu kat lembaga peperiksaan suruh print kalau hilang). Dahla aku mmg mati kutu tak tahu mana lg tempat nak cari. Nak2 la takde apa2 bantuan dr kawan yg aku harapkan (hey, i don't care tau). So, nak taknak terpaksa lah aku balik johor dan tangguhkan lapor diri. Seminggu gaji aku rugi weh. Tp tak apa, aku boleh gak jumpa mak abah..(sejak bila aku panggil mak abah??) Tanpa mencari dulu kat rumah sbb confident dgn mak aku. Dia kata satu rumah dah bongkar tp fail yg aku ckp tuh tak jumpa, aku suruh mak aku apply cuti and teman aku pergi buat surat beranak and pegi stf suruh reprint sijil berhenti sekolah (kau ingat senang ke nak dapat balik sijil sekolah?)

Aku tunggu lama gila ok. Dr pukul 10 sampai pukul 1 ptg gara-gara tunggupengetua (pengetua baru) habis meeting dgn Pn Kamisah dan Pn Saidah. Ok kawan2, siapa masih ingat dioarang? Hehehehe. Masa tunggu tu, ada la terserempak dgn beberapa cikgu yg aku still ingat muka da
n nama diorang dan surprisingly kenapa meraka masih ingat aku? Bagus cikgu, mungkin byk makan kismis. Siapa ingat lg Sir Azman? Ala, cikgu koop tu. Super cute. Kau tau apa dia jawab bila aku greet dia?

Sayda: Hye sir Azman. Apa khabar? (intro kena baik, sbb aku bawak mak dan bawak imej ex student yg dah nak bekerja).

Sir Azman: Oh. Mestila saya ingat awak. Nursaidatul Akmal kan.

Sayda: (Bangga. Ma, tgk cikgu kakak still ingat kakak tau) . Hehe. Ingat sir tak ingat kat saya lg.

Sir Azman: Mana bole tak ingat. Awak la yg pernah curi kasut dr KOOP saya.

Sayda: (Shit, masih ingat??? Mak aku buat mata besar. jegil) Hehe. Mana a
da sir...

Lepas tu, berborak pulak dgn Pn Rohaiza. hah, siapa ingat?? Dia pun ingat aku lg. (sebenarnya aku agak dia saja ckp ingat sbb saja ambil hati).

Sayda: Cikgu apa khabar?


Pn Rohaiza: Eh Saidatul. Baik. (lebih kurang camtuh la, aku tak ing
at sgt dia cakap apa)

Sayda: Cikgu still ingat saya? bestnya!! (sambil peluk2 cium2)

Pn Rohaiza: Hehe. Awak kan selalu main2 masa eksperimen kimia dgn aish
ah hitam. (hitam aku tambah)

Sayda: hehe. (tak reti nak bidas apa)


Jumpa pulak sensei Azizah. Heh, dia still cantik mcm dulu. Mata dan senyuman masih tajam. cuma dah agak berisi sikit. Tp still, sgt cute.


Sensei: Hah Saidatul, mana yg lain kawan2 kamu? Yg suka jerit2 kat Blok E dulu. Buat announcement. (korang, Blok E dah takde. Tak tau dah jadi blok apa)

Sayda: Hahahahahaha. (dah kalah sekali lagi, aku malas nak lawan)

Sebelum balik, aku ada ambil gambar sikit untuk tatapan sendir
i dan mungkin kawan2 sekolah lain. Mana tau korang suka. Hambek kau. Aku yg gatal, bawak kamera tp batteri tertinggal kat rumah. Koop belum bukak dan kantin mak aji tak jual batteri. So, guna je la camera hp canggih aku.

Galeri sumbangan Sumbangsih 9903

Fear Street yg gila horror (yg tak tau, ni adalah susur gajah, ala, mcm kaki lima)

Gambar surau. Kalau nak tau, pagar surau ni aku pernah cat dulu sebagai denda aku lecture Id.


Bilik warden ye ni sebenarnya. Aku mula2 ingat taska (ceh, kodi).

Kat dining hall ni selain untuk makan2 dan prep malam masa black out, tpt ni jugak kitorang pernah main2 choral speaking. Konon2 gempak. Nak buat mcm mana.

Rupa- rupanya, fail sijil2 aku ada kat belakang kain banner SPM. Penat je aku pergi STF. Ma, kalau nak kakak kemas locker baju cakap je directly. Hehehe. Lepas buang banner tu, aku pun kemas la sijil2 tu dan simpan di tempat yg lebih selamat dan senang diingat.

Heh, lupa nak bgtau, kenapa aku cr semula sijil2 tuh. Sebab guru besar tu garang. Sambil kata, dia dah pesan byk kali pada student, jaga sijil2 sekolah mcm nyawa sendiri, dia ada selit kata2 yg aku agak tergamam. 'saya tak boleh sain sijil berhenti sekolah awak'. Ok, tak apa. Pn Halimah Syaaban, u are still the best!



Tuesday, May 26, 2009

My First and Second Day of Work

Apa aku buat hari pertama bekerja? Lepas sesi introduction, aku ke meja yg dah sedia untuk aku. Then? Termenung. Ada jugak kerja yg aku buat, tp cuma type job scope aku yg boss aku dah brief awal2, dia nak tgk. Dapatlah print sehelai. Hebat tak, 8 jam cuma print sehelai kertas?

Hari kedua pun so far masih sama. Selain tgk dinding and lampu, sambil diusik jahat2 oleh office mates (diorang kata UM product blur/tak bermutu-->cilaka), aku ada kemas2 meja. Buang semua harta peninggalan ex-user meja tu. Ok, at least tak rasa bersalah sgt sbb tak ada kerja. Hey, lupa pulak, sebenarnya aku tak habis baca lg manual2 and monthly reports yg diorang suruh baca, sbb aku punya penyakit dah datang (mengantuk)

Saturday, May 16, 2009

Puding Coklat Sedap

Malam semalam aku buat puding coklat dgn adik sedara aku, ain. Resipi ni ambil kat myresipi.com. Senang gila weh. Modal pun murah. Kalau ada orang nak beli, aku nak jual mahal sikit, nak makap lebih. Haha. (suka hati nak jual mahal, dah lah modal murah, guna resipi orang lak tuh). Mula-mula siap, mmg sayang nak makan, sbb nampak mcm kek hantaran.

Betul tak aku cakap? Cantik hitam berkilat kan?

Texture dlm puding yang sgt inviting!

Mak aku ckp makan puding ni dgn kuah kasted lg sedap.

Wednesday, May 13, 2009

Pemalu

Sempena sifat aku yg satu nih, aku nak cerita sikit pemalu tuh bg aku mcm mana?

1. Macam aku, bila berjumpa orang/kawan baru, aku akan cepat blushing.

2. Lepas tu, mula la percakapan aku jd gagap dan merapu2. So, bila kau dgr aku cakap benda yg tak masuk akal, hah, maksudnya mmg aku tgh malu.

3. Kalau ketawa pun yg sipi2 je bunyi nya. Antara dgr dan tidak.

4. Bila orang nak belanja makan, aku gelabah nak fikir cara mcm mana nak tolak sbb aku segan nak makan dpn org lain. Especially, dpn orang yg kaya. Kalau terpaksa pun, mesti aku akan ambil lauk or order yg murah2 jek. Malu punya pasal.

5. Tak pandai nak gurau2. Sbb aku rasa lidah aku tiba2 nanti kering dan mata aku berpinar. Pitam. (yes, im serious about it)

6. Bila nak kena bercerita, suara aku mcm bisik-bisik (mcm hana) je. Orang konfem cepuk aku sbb tak dgr aku cakap apa.

7. Zaid akan jd marah bila tanya aku, "nak hadiah apa?" atau "nak tak tgk wayang?" atau "nak makan mana?" atau "bila nak kahwin ni?". Sbb, aku malu weh!

8. Aku tak suka bergambar. Malu tak bertempat kan???

9. Aku tak suka expose diri aku. Suka jd pasif je. Takde nak join2 apa2 yg aku rasa mencapap mcm nani.

10. Loner. Aku tak ada kawan. Aku sorang2 je.

Tengok, aku mmg nampak pemalu kan?

Tapi yg aku tau budak nih tak tau malu.
cekidout!


p.s: sebenarnya aku malu sikit je

Tuesday, May 12, 2009

STF, kau di hatiku

baru habis belajar tp aku dah miss zaman belajar. especially bila tgk gambar2 lama. banda yg paling buat aku rasa miss selain bermain dgn rakan adalah zaman band. walaupun mcm poyo nak miss2 band ni, tp nk buat mcm mana kalau benda tuh dah develope dlm diri sendiri. yelah, 5 tahun join band. so, takkan sesenang mana nak lupa. gambar busuk pun busuk la. tp aku nak tunjuk jugak.

ni gambar indoor sahaja. gambar pakai uniform outdoor aku dah pernah upload before this

Monday, May 11, 2009

"i don't care!"

benci betul kata2 "i don't care" kau tuh. kalau kau nak tau, aku mmg nak meletup barai dah. belagak nak mampos bunyi. tapi takpe, since u don't care, i will burn it for you my dear. sia2 je la kertas2 tu kalau kau tak pandai appreciate kerja sendiri. nak buat mcm mana. kalau mixed blood (ye ke?) ni mmg akan ada belagak sikit kot. kalau ye pon la dah jumpa 'orang baru', aku rasa aneh nak tinggalkan org2 lame. mcm tak patot gitu. nak2, org2 lame tuh la yg berdiri kat belakang kau tak kisah la in watever situation u are. malas nak mengungkit, tp aku nak gak membangkit. aku selama ni, bertahan dgn perasaan yg saki baki ni nak maintain frienship yg still tinggal, sbb aku rasa bersalah..wtf??dan sbb aku tak suka lupa2 kawan ni. buat2 terlupa pon aku rasa serba salah. lgpun aku mcm termakan dgn 'friendship forever' kau tu?? apa tu?? tp sekarang, let me tell u a secret. aku sebenarnya mcm dah start benci ni dah lama, buang masa 4-5 tahun, buang duit tak usah cakap la, cuma aku rasa serba salah nak express, yelah, kawan dah lama. siap ingat kawan sehidup semati. ntah la, tp aku tau Tuhan tu maha adil. kalau selama ni, aku byk teman bila kau kat bawah, tp kalau kau kat atas kau dah nak ckp mcm tu, nak buat mcm mana kan? ok la. aku pon ada benda nak confess. kau sgt teruk legiero. from now on, u are nothing to me. at all.


'HATE' tu lg besar meaning nya pada aku. jaga2.

Wednesday, May 6, 2009

Sebenarnya aku pun fotogenik

Bila dah habis exam, taktau nak buat apa weh, terbukak la album lama. Belek2 aku terjumpa pulak beberapa gambar yg aku rasa gaya aku ala2 model. Tak sangka aku tahu berposing. Haha. Cuba tgk gambar2 kat bawah, tak silap aku ni idea nadiawani. Jd model iklan baju tidur sbb kebetulan masa tuh kitorang tgh pakai baju tidur and aku ada kamera. Sorry mutu gambar kurang menarik sbb masa tuh aku pinjam kamera dr kawan dan belum ada kawan yg ada kamera canggih. Lagipun, gambar lama.



Aku tak tau nani buat apa. Langsung tak nampak seksi. Aku pulak mcm belakon2 jd patung. Tak paham arahan. Nadiawani je tau mcm mana nak pose.

Gambar ni patut dah cantik sbb masing2 cuba nak peraga baju dgn tayang kan corak and motif kat baju, tp cameraman spoilt (siapa tah). Jari dia tutup nadiawani.

Sepatutnya, masa ni action je mcm berlari, bukan berlari betul. Tapi aku sekali lagi tak paham arahan. Jadi hodoh sbb terlari betul2.



Masa: Lepas prep malam, 2003.
Tempat: E204, STF

p.s: abaikan elemen seksi