Monday, March 30, 2009

wajihan dah bertunang

29th November 2009

Aku dgn beberapa stfians lain sempat pergi engagement salah sorang bestfren kitorang, wajihan.
Gila amazed dgn mekap kau wajy. Aku tak sangka kau yg selekeh tiba2 nampak sgt cantik (aku admit je kau sebenarnya mmg cantik cuma..)haha.

Majlis mmg meriah, maybe sbb hingar-bingar yg diorang (shuze,azeela,besah,ili) buat (aku tak kuasa nak join) Aku tgk je kat tepi. Parents waji tak payah cakap la,mmg sibuk gila. Bapak dia nampak cool sgt, mak dia pulak comel gila, sbb berdebar2 dan panic??haha comel gila! Aku jd segan pulak sbb tak reti nak hulur bantuan apa2. And mcm biasa, shuze pandai bawak diri. (ntah apa dia mengarut ngan nenek waji aku tak paham loghat diorang)Everything was perfect. Tak tau nak kata apa dah. Tengok gambar lagi puas hati. Congrats wajihan and sapik!


p.s: echah my dear fren (ayat pujuk), congrats on ur graduation! lap u!

Saturday, March 21, 2009

Aku dah tak boleh meniup rasanya

Masa kat sekolah dulu, selain belajar (ewah), aku ada join pancaragam. 5 tahun main trombone, perform outdoor, orkestra, show sana sini, tp percaya atau tak,kalau lah aku dapat balik pegang trombone tu, aku rasa aku mmg dah tak reti main. Sia-sia pulak aku rasa kalau aku dah lupa nak tiup mcm mana. Yelah kan, dah training siang mlm, perform rata2, kena denda, mendenda junior lg,(ada pelbagai jenis denda,antaranya,lari compund bawak instrument pakai spec).. tp kalau sekarang aku dah tak boleh nak main balik, sayangnyaa. Dulu, mcm2 lagu aku pernah main. Dari jd backup sampai solo pun pernah main. Sekarang, nak tiup untuk tuning pun hancur.



Kalau tiba-tiba aku dapat chance pegang or dapat beli sendiri trombone tu, byk lagu aku nak main. Seagate Overture, Children of Sanchez, Macho, Amiga, Blue Ridge Saga, Exaltation, (lain aku tak ingat). Agak2, kalau aku balik sekolah semula, trombone aku mesti dah tergantung kat dinding jd pasu bunga. Ya, aku miss gila nak duduk bandroom belek2 skor, jamming dgn bandgirls lain.

Friday, March 20, 2009

Bermula dr benci

Aku sebenarnya dulu tak suka dgn dia.
Suka tepuk,ketuk,pukul kompang kuat2.
Annoying gila!!
Sampai nak bergossip masa break time praktis pun susah.
kena terjerit2. (aku rasa dia sengaja)
Banyak lg yg rasanya buat aku rasa menyampah.



Cuba tgk, rasa geram kan?

Tp, tak boleh nak buat apa dah..
Sbb dia curi hati aku!


p.s: baru terjumpa gambar ni~

Kepada Saudara/i Anynomous

First of all,
mintak maaf la kalau2 kau rasa entri2 yg aku buat berbunyi mentality rendah.
tp who cares? (peduli aku la nak tulis apa pun,yg mengikis duet rakyat,duet mak bapak aku,aku je,tak melibatkan kau pon,in fact,aku tak mintak tumpang duet mak bapak kau,suka hati tangan nak taip apa)
By the way,really appreciate kau nak singgah dan baca.
(siap sempat conteng lg)

Kau lah yg membuktikan pepatah "baling batu sembunyi tangan" benar2 wujud.
Baru sekarang aku nampak mcm mana nak guna quote tu.
haish..mmg lapang sungguh kau ni,sempat nak jengah2 kat blog org buat onar.
(nasib baik saya sibuk sikit sekarang)

Aku rasa aku tak buat apa salah kat kau,tak tau la kalau tak sengaja. Tp,cubaan kau nak bingung kan aku mmg agak berjaya. Tak pasal2 aku buat entri pasal ular, kau kata aku takde duet. ye, aku takde duet tp kau tau tak tujuan murni aku adalah, sayangilah haiwan???. jangan simply nak bunuh haiwan tuh semata2 nak kulit. Sedangkan artis oversea pun buat kempen boikot jaket kulit,jaket bulu. So, apa masalah nya sekarang ye?Mungkin daya interpretation kau lemah. (kau sebenarnya malas nak interpret apa aku tulis, sbb kau mmg saja nak kasik line hangat je). Lagi, aku mmg jeles pun aku tak boleh pakai sexy2. And thats why, aku tak puas hati kenapa org yg nak jd sexy nampak tak sexy. Nampak kelakar, dan aku tak cakap lebih2 pun rasanya, terkawal la jugak. Tp just in case kalau kau terasa sbb kau pakai sexy nampak freak, aku nak buat camana kan?

okla,semoga kau dibukakan hati untuk berhenti menganggu orang. please, stay out of my life.



Monday, March 16, 2009

Jangan sangka yang depan mata tu akan jadi milik kau

Kadang-kadang, aku perasan, bila kita lihat benda yg selalu ada depan mata kita tu, sebenarnya kita selalu abaikan. Mungkin dah lumrah manusia, yg tak suka menghargai apa saja depan matanya. Tapi bila benda tu hilang, barulah mula nak hargai. Mungkin juga yg kita selalu ingat benda dpn mata kita akan jadi milik kita sampai bila-bila. Padahal, bila kau tak tahu menjaga, menghargai dan membalas sikit jasa baik benda tu, kau jangan ingat benda tu selamanya nak bertolak ansur dgn kau. (kat sini lah orang2 tua ajar, dah terhantuk baru nak tergadah). Kalau kau terbaca ni, kau jangan nak meneka2 aku sedang bercakap pasal siapa.

Oklah,aku terasa mcm demam. Dah berapa malam aku tidur lambat buat kerja. Lama-lama mata aku mesti jd macam panda.Tak nak aku. Haha.

p.s: terkantoi something bila tengok handphone

Sunday, March 15, 2009

Kepada gadis-gadis di luar sana, nak rasa kegelian tak?


Gila eksotik mana pun handbag kau, kau akan rasa kegelian lepas nih. Gila mahal mana pun handbag kau, kau akan termimpi ngeri malam ni sbb rasa bersalah. Gila sensasi mana pun gaya kau menggayakan handbag kau, kau akan (sila letak apa saja perasaan kau yg berkaitan dgn geli, seriau, seram, takut, nak muntah, pengsan di sini). Perasaan ni khas untuk sesiapa yg ada atau suka kat handbag kulit. Weh, nasib baik handbag aku PVC plastic je.

Kesian aku tengok ular ni. Kesian bila dia dah terbunuh ye, kalau masih hidup, aku akan cakap, "tolong2,ada ular,bunuh dia!!"


Aku tak tau ular ni terjerit atau mmg akan terbuka mulutnya bila kena potong mcm tu.

Sidai jadi macam langsir juraian ular.

Agak2 time menyiang nih, pernah terjumpa orang ke tak.

Wah pakcik, mentang2 ular tu dah mati, berani pakcik siat2 dia macam tu gaya sekali ye. "saya tau pakcik tak salah".

Hasil kulit tu dapat la jd beg tangan kita. (Oh, aku belum tergolong dalam kumpulan pengumpul tas tangan kulit) Simpang, saya tak nak! Hm..sebelum tidur buang air kecil dulu ye???

Thursday, March 12, 2009

Saya rasa itu bukan seksi.

Baru-baru ni aku ada tgk 1 gambar (kawan aku). Mungkin dia rasa dia seksi,tp aku rasa ramai yang akan kata tak, sbb "itu bukan tali dress kau". Akhirnya, nampak seperti tak sesuai apabila malas nak tukar kepada tali lutsinar. Katakan tidak kepada 'transparent'.


Ni seksi. pHewitt!!


Dress tanpa tali ni dah cukup lawa.Cuma... put the pants off jolie!


Really admiring her style. Aku rasa paris selalu nampak hawwttt! (ini pun seksi)


Pose + baju buat lindsay nampak seksi.Good try.(tali hitam tuh baru la accepted)


Aku rasa apa-apa yang kita pakai semua boleh nampak seksi, depends on masing-masing punya opinian la kan. Tapi,kalau yang kau pakai tu seksi yang menampakkan kau pelik, kau tetap tak akan nampak seksi walau luas mana pun kau cuba dedah. Kesimpulannya,macam mana nak nampak seksi?




p.s: special thanx to http://www.thehollywoodgossip.com.aku cilok gambar kau

Monday, March 9, 2009

KEPALA SESAK SELESAIKAN 'THESIS REPORT'

Hai rakan2.
Aku tgh sibuk gila nak buat thesis report ni.
ha..
kalau ada sesiapa yg terjumpa apa2 info pasal nickel nanoparticles, metal nanoparticles, nickel characteristics (apa2 la asalkan mcm berkaitan) in terms of optical and thermal properties dia,rajin2 la kau kasik link dia kat aku ya.

leher semakin sakit.
mata semakin pedih.
tangan semakin lenguh.
otak semakin runsing..
report submit next month weh!!!!


tak kesian ke?

hehe

p.s: aku tak sabar bergelar 'bekas pelajar'!

Sunday, March 1, 2009

APABILA JURUJUAL DATANG MENGHAMPIRI

Time korang berjalan-jalan (tak kisah la kat mana2 pun),pernah tak tiba2 je ade seorang lelaki,pakai smart,pegang files,tersengih2 datang kat korang?(ala,mesti pernah punya).

Lepas datang,mesti kena panggil korang dgn panggilan yg indah2 je,contohnya;adik cantik,kakak yg manis,cik adik berbaju hijau,(paling busuk pun,hai kak long..)kan?Ok,bila dia dah mula promote2 product dia,apa yg selalunya korang buat?(if korang tak berminat la,kalau berminat,aku tak reti nak cakap apa dah,tu tajuk lain mungkin).Sambung balik, (aku senang tersasar dr tajuk), selalunya kalau jurujual datang,aku ada beberapa langkah yg aku ambil untuk mengelak dr dorang sbb selain aku cepat rimas,aku juga selalunya takda duet,so,sia2 je la sesi memperkenalkan diri dan produk tuh.Mungkin taktik2 aku korang boleh pakai,mana tau berjaya:

1. Jalan laju-laju.(konon-konon ada org lain sedang tunggu korang).So,maybe jurujual tak sempat nak hulur korang pamplet pon.

2. Buat-buat tak nampak.Buat mcm ni agak kesian untuk jurujual (yelah,takkan la dia sebesar alam tu korang tak nampak pulak).

3. Buat-buat korang tgh bercakap dalam telefon.Nampak korang sibuk sangat masa tuh atau mungkin boleh tunjuk korang sedang ada masalah dgn org yg bercakap dlm telefon.

Kalau2 lah korang tersangkut juga,guna taktik seterusnya:

4. "Ohhh..saya pun tgh pakai maxis sekarang ni".Ni kalau dorang suruh korang tukar rangkaian nombor.

5. "Dulu saya pakai maxis,tp mcm tak banyak benefit pun,so saya pakai celcom sekarang".Kalau kau rasa taktik atas boleh terkantoi (mana tau dia minta pulak nombor maxis korang yang tuh,nak cek-gila kepoci salesman ni).

6. "Ok,mcm menarik,tp saya tgh kejar masa ni,nanti saya datang sini cari awak balik".Kalau kau nak bg sikit harapan sbb rasa kesian kat jurujual tuh.Kira janji kosong la nih.

Kalau2 lah lagi korang dah terduduk kat meja dorang pastu di kelilingi member2 dorang pulak tuh. (ni mmg bahaya):

7. Korang dgr je sampai habis.(tp sikit pon kau jgn terpengaruh,kuatkan hati).Lepas tuh korang cakap,korang takda cash untuk bayar.

8. Kalau dorang suggest kau pergi withdraw duet masa tu juga,siap boleh nak temankan (ok,jurujual ni mmg kurang ajar) kau cakap je,"better u jgn ikut,sbb i mmg takda duet,bank i zero,kalau ada duet,ada lah,tp sekarang i takda,so naxt time".

9. Kalau dorang tanya berapa pendapatan bulanan korang,korang mungin boleh tipu,kata korang student.Spender pon,mak bapak belikan.Mungkin dorang dah tak berminat.(maklumlah,buat apa dia nak approach org tak berduet). Tp,tips ni susah nak digunakan kalau muka korang tak rupa mcm pelajar.

10. Kalau korang dah malas nak layan,bg tahu terus terang,kau tak berminat.

Lastly,kalau jurujual tu ada unsur2 nak mengungut,jangan takut2 nak ugut balik:

11. Kau akan telefon polis. (haa,dah takut la tu)

12. Kau tipu je kau ni lawyer,ada firm sendiri.Kau bole sue dia bila2 masa.Jangan lupa,kau buat-buat (berapa kali buat-buat dah) ambil gambar kaunter dia,product dia,cek2 kat id dia ke. (yg nih mmg diperakui berkesan).

Ok tak?Cubalah,aku sendiri pun tension bila didatangi macam tu.Kepada sesiapa jurujual,minta maaf,aku bukan sengaja nak ajar orang lari dr korang.Hahahaha.

Selamat Mencuba!!