Saturday, October 1, 2011

he is my type



Sekarang ni berderu deru newsfeed aku setiap minggu dengan gambar kahwin senior, kawan kawan sebaya malah junior aku. I is jelly. Haha. Mana boleh weh. Tak boleh. Tak boleh. Setelah 2 ke 3 ke 4 kali (aku tak ingat) aku putus cinta ceh ceh ceh, aku dah renew dah ciri ciri idaman aku. Galak ye kau sayda.

1. Mata yang sepet. Bagi aku mata sepet macam ni memang mencabar lalu menimbulkan rasa suka. Mana tak nya weh, setiap kali bercakap dengan dia, kau kena teliti betul betul mana mata dia.

kan nampak comel ?

2. Rambut pendek. Aku tak kisah lah warna apa kerinting ke lurus ke lu straighten ke, tapi aku terpikat dengan yang berambut pendek, kemas tapi masih stailo. Sebab menyampah lah kan kalau sikit sikit nak pinjam getah rambut aku kalau rambut mak bapak lagi panjang dari rambut aku.

3. Tinggi. Macam biasa, aku sentiasa gagal bajet tinggi artis yang aku suka. Aku ingat kan tinggi tapi rata rata artis yang menjadi kegilaan aku semua tak tinggi sangat. Anuar zain, faizal tahir dan er er er hazami.

4. Pandai. Okay yang ni susah nak cakap. Payah jugak kalau pandai lepas tu asyik cakap dia je betul, semua dia tahu. Sebab aku pun spesies suka berlagak kalau berjumpa orang macam ni. Nauzubillah, mintak dijauhkan.


micheal scofield, the structural engineer

5. Wangi. Oleh sebab aku kaki rayau di metrojaya, jusco, sasa, perfume shop, booth booth perfume kat tengah shopping mall tu, aku isytiharkan aku suka benda wangi dan memang senang tertarik dengan benda wangi. Haha. Perangai dah serupa kumbang. Haruslah wangi. Balik dari dating, boleh terus rindu. Haha.

6. Bersukan. Suka hati lah nak sukan apa, asalkan suka juga ikut aku beraktiviti extreme. Maklumlah, sgf plan bukan main lagi gempaknya. Absailing lah, atv lah, water rafting lah, wall climbing lah. Lagipun, lelaki sukan kan nampak gagah. Wowowowowwy.

7. Lawak. Lawak yang dia tak sedar tengah melawak. Sebab kalau purposely nak melawak, aku rasa loya. Lebih lebih lagi kalau lawak disebut secara lantang dan berulang ulang.

kalau johan, hari hari aku tak buat kerja, asyik lap air mata sebab ketawa.

8. Dada dan perut seksi. Haha tak perlu lah aku nak selak periksa sama ada dada dia nampak gagah ke tak. Cukuplah kalau dia mampu buat sit up tanpa susah nak lipat dada ke ke lutut. Sebab aku boleh buat straight 100 kali satu malam tanpa henti. Haha. Acah mat labu.

ha hot kan. jangan tengok lama lama, nanti mata kau terbakar

9. Berduit. Mengikut pemerhatian dan pengalaman, duit adalah punca utama perasaan tu gagal bertahan. Tak adalah nak mengikis, tapi reti bahasalah sikit. Jangan mengikis.

10. Penyayang. Haruslah cari yang penyayang dan romantik. Kalau tak, kasihan anak anak aku tak dapat peluk papa mereka. Haha. Papa, jangan kamu jahat jangan kamu nakal sangat.

11. Impian. Oleh kerana aku pun mata duitan, sikit sikit nak cerita pasal emas lah duit lah nak rumah lah, jadi aku rasa aku suka kalau lelaki tu selalu pasang dan kejar cita cita untuk memajukan diri sendiri dan membawa aku sama sama capai cita cita dia. Tak putus asa. Rasa terikut bermotivasi jugak kan.

12. Menghormati orang tua. Kalau cakap dengan mak pun terjerit terlolong, okay aku takut dengan aku nanti tak ada jerit pekik, tapi tangan dah naik. Warga tua kan teras masyarakat.

13. Islamik. Lagi beriman lagi bagus. Sebab aku pun senang hanyut dan sebab itu lah aku perlukan pembimbing. Sama sama belajar mendekatkan diri dengan Tuhan. Supaya hubungan berkat.

14. Yang terakhir ni agak melankolik. Aku nak yang boleh menerima aku seadanya keseluruhannya. Dari yang seindah indah perangai aku, sampai lah yang paling hodoh. Dari yang secerah cerah hari aku, sampai lah hari di mana aku mengalami kesusahan.

Okaylah, walaupun agak merepek, aku percaya rata rata perempuan memang nak ciri ciri yang di atas especially yang akhir akhir tu. Kan. Kan. Kan. Haha. Kesimpulannya, sementara nak mencari yang terbaik, perbaiki diri sendiri.


p.s: tak sabar nak tunggu esok yaww

Monday, September 26, 2011

riang ria hari raya 3



Raya dah nak habis, tapi masih bernafsu nak update pasal riang ria hari raya ye uolss. Haha. Apa guna perayaan sebulan dalam setahun ni kau cuma rasa kehangatan 7 hari pertama je. Kan ke lopek tu.

Kali ni punya riang ria hari raya adalah bersama dengan rakan rakan ofis aku lagi. Kalau hari tu disambut sesama jabatan je, tapi kali ni skop dia luas lagi. Siap involve kilang pengeluar produk lagi. Kalau ofis kau tak segalak macam kitorang, sila jeles.

Kesempatan menyediakan air minuman untuk para tetamu direnggut pantas oleh en sofian tanpa kompromi semata mata semangat berkelab dan meningkatkan dana kelab. Kitorang pula, apa apa yang berunsurkan boleh semangat berkumpulan, oh lebih tepat lagi berpuak, kitorang memang suka. Gerai paling dikunjungi ramai dah sah sah lah gerai air kitorang. Selain peramah dan jujur dalam urusniaga penyediaan air, kami mesra tetamu. Semua tetamu nescaya terkejut dengan sorakan tak pasal pasal oleh kitorang. Gempak kan. Haha. Poyo lah pulok.


Sebenarnya aku saja nak menunjuk tak payah pakai lomo ke holga ke, aku boleh hasilkan gambar macam ni. Haha. Padahal kempunan nak lomo kamera ye.

p.s: esok sebelum habis betul syawal, akan ada satu lagi riang ria hari raya 4. haha gelojoh

Sunday, September 18, 2011

menjadi pelancong di tempat sendiri


Walaupun berada jauh dari kl, aku tetap rasa macam kat kl juga. Tak sangka, selama 25 tahun hidup, inilah kali pertama aku nampak jelas johor juga tiada tandingan tahap hype nya di waktu malam. Ramai juga kupu kupu malam kat sini. Makan makan di restoran singgah sana, eh singgah selalu betul betul mengingatkan aku dengan rasta. Susunan meja, kedai kedai, bau dan aroma shisha, lampu kelip kelip, skrin besar, pilihan makanan yang ada, hingar bingar orang ramai dan bunyi ekzos kereta yang tak reti weh ni malam lah sama je macam di rasta. Haha. Jakun.

Dari tengah hari aku celik mata, dah nak dekat pukul 5 petang baru lah tergerak nak mandi. Gara gara nak tengok wayang kat johor yang abadi di hati ni aku persetankan tabiat dan hobi lama aku malas mandi di hari cuti. Aku korbankan aktiviti mengepak tangan belakang kepala silang kaki depan tv tengok dr. house semata mata nak rasa angin johor.

Lepas je selesai terbahak bahak ketawa tengok Raya Tak Jadi, oh lagi galak orang sebelah aku ketawa walaupun katanya demam, aku terus kan meninjau bandar johor bahru. Meliar mata aku tengok pembangunan lampu lampi di sepanjang jalan. Lagi terpinga pinga bila aku dibawa masuk taman tema ke apa tah kat danga bay tu. Haha. Seumur hidup aku, ini juga merupakan kali pertama aku masuk kawasan tu. Aku ingat kat kl je yang havoc di malam hari. Ok, aku jakun lagi. Alangkah bagusnya johor darul ta'azim ni yang mempunyai tempat hebat untuk berjalan malam, tapi tak dikenakan sebarang bayaran masuk malah parking di mana mana juga tak payah risau kena clamp. Haha. Sakit leher tahu tak terpusing pusing kepala tengok basikal yang macam beca ke tuktuk ke aku tak pasti, dikayuh keliling danga bay ni. Jakun.

Minggu depan balik johor lagi. Dan kali ni aku balik bersama sgf. Boleh lah aku berlagak dengan dorang hei johor pun gempak lah malam malam lalu membawa mereka bergembira di sini.

singgah selalu, 2 lalu, 3 lalu


p.s: as long as u are around (: