Monday, January 31, 2011

Pre-Dungun 5: Birthday Azeela

Nah, mula mula tengok gambar sosial dulu.



Haha. Tak agak agak konon sosial. Langsung tak. Tapi aku tak adalah bangga canang sana sini hei-semalam-aku-pergi-klinik-migrain-mintak-mc-kat-doktor-tapi-kantoi-doktor-tanya-cop-kat-tangan-sebab-masuk-kelabmalam.

Sabtu hari tu, walaupun sesat, aku berjaya sampai sendiri ke balakong. Tak payah gugel map weh. Haha. Siapa suruh tukar nama hotel, kan dah ketar ketar tangan takut eh eh dah sampai johor ke.

Pre-dungun kali ni lebih bermakna sebab ada azeela si cantik. Hehe. Dia nampak lagi cohmel bila dah berisi sikit. Entah lah, aku pun tak sure ni bergembira sebab selebret birthday azeela atau sebab masing masing dah kena rasuk sebab berjumpa SGF yang lain. Ni bukan seronok tau adik adik, tapi beronok-ronok (kata nuh-zul).

Penat tak payah cakap lah. Aku tengok semua dah macam luar biasa tak terkawal. Rumah orang weh rumah orang. Haha. Kenapa dah berumur 25 tapi masih suka main kumis kumis, main tepuk tepuk sebab berebut kerusi, main lipstik merah, main gambar maispes, main lompat luar rumah pukul 11 malam, asyik main main main.

tengok ecah, dah bersedia nak hyper.

mungil nya bibir

cekci nya hamster

ada seorang abang bibir bedei

makan tak nak berhenti

liar

liar sikit

dah tak liar sangat

sambung liar kat luar

happy birthday azeela. (identiti dirahsiakan)


p.s: mood cny, malam ni nak tidur lambat tengok cerita cina.

Thursday, January 27, 2011

yours or mine?


Sejak akhir akhir ni ramai pulak kanak kanak yang masih belum bersih lap hidung sendiri keluarkan kata kata pujangga yang sumpah aku kalah teruk. Memang gaya syah jehan dan mumtaz bercinta woh. Meleleh air mata sungguh mengharukan aku saksikan bertapa agungnya cinta kanak kanak.

Sekarang semua kena maju. Bukan akademik je ye adik adik. Percintaan pun kena seiring. Tak pun, kalau lupakan terus persekolahan juga boleh. Itu pun, kalau dah pandai beli pakaian dalam sendiri lah. Jangan mintak duit mak tau. Jangan. Nanti pakwe kau tau, dia mintak break.

Lain lah aku. Memang tak romantik langsung. Kalaulah dia tanya hidup siapa lagi penting. Siapa lagi penting. Aku dengan bangga, yakin dan lantangnya akan jawab, hidup aku lagi penting. Haha, puas hati tengok dia berlalu, kecil hati.



Without knowing that, he's actually my life (:


p.s: sekarang asyik tertipu dengan perempondan.


Tuesday, January 25, 2011

kaunter serbaguna

Malas nya nak pergi cari tiket wayang. Dah lama rasanya tak tengok wayang. Nasib baik sekarang ada pemberi tiket wayang percuma tegar.

Tapi apa ada hal pun kalau kena beli tiket sekarang. Benda boleh setel. Bukan setakat tiket wayang je. Jika ada urusan nak hidupkan lesen ke. Nak beli tiket bas balik kedah ke. Nak bayar duit tol ke. Nak pajak gelang emas ke. Nak beli mcd kat drive thru ke. Nak beli ubat kat farmasi ke. Tak ada masalah. Oh ye ye. Nak keluarkan duit kat mesin atm pun boleh. Dah tak payah curi curi keluar selesaikan hal peribadi sedemikian. Kat ofis semua ada.

Semua hal boleh setel. Ha nasib baik ada kaunter kat tempat shahmie. Bertuah badan. Boleh carik duit poket tambah tambah. Kalau tebuk kat cermin kereta aku pun boleh tahan jugak. Tak payah susah payah bukak cermin nak keluarkan tangan buang bijih masa jem kelak.


p.s: sampai hati kau