Friday, December 20, 2013

Amalan semasa mengandung : 1. Solat sunat taubat


Antara amalan yang perlu diselalukan semasa mengandung adalah sembahyang taubat. Banyak pesanan oleh pelbagai orang dan banyak kali juga oleh mama. Kata nya, kalau boleh lepas ngaji, solat taubat. Aku tak google dan tak tanya pun kenapa perlu sembahyang taubat, tapi logikal nya adalah, kita manusia biasa dan selalu buat dosa kecil besar. Maka, taubat lah selagi sempat. Dan aku fikir, mungkin taubat 9 bulan terakhir ni adalah taubat yang terakhir. Wallahualam.

Jadi solat 2 rakaat, niat sunat taubat. Dalam rakaat pertama, selepas Alfatihah, baca surah Alkafirun. Dalam rakaat kedua baca surah Alikhlas selepas Alfatihah.

Dan semasa sujud terakhir, selepas 'subhanarobbiyalla'ala wabihamdih', baca yang bawah ni. Ada kata kena baca 40 kali. Ada yang kata 10 kali. Tapi seingat aku masa kat stf dulu qiyammulail, aku baca 11 kali. Mungkin maksudnya baca yang termampu.



Selepas bagi salam, banyak kan istighfar, 10 atau 100 atau semampunya.




Semoga taubat kita semua diterima. Salam Jumaat.

Wednesday, December 4, 2013

13th

Nak tahu tak hari ni aku a bit pissy. Dah lah aku sangat tengah cari mood sebab semalam tak boleh sangat sangat tidur why baby peach whyyyy (T T) dan nak berfikir how can i live alone for 6 days a week after this. Sob sob. Oh sangat emosi ibu ibu sekarang ni. Okay sebenarnya aku terasa bila ada orang kata anak kau macam ni nanti anak kau macam ni nanti. Sedih tahu dan tak tahu kah semua orang perasaan aku masa masa macam ni sensitif macam tisu. Sikit sikit sentap. Sikit sikit letih sikit sikit tidur sikit sikit malas sikit sikit terasa sikit sikit emo.

By the way, aku sangat menjaga tutur kata sekarang ni, sangat berhati hati nak bergurau sebab takut orang melemparkan gurauan yang mana aku tak boleh terima dan end up aku menangis kesentapan. Dan aku menjaga tatasusila sekarang sebab aku taknak nanti orang kait akibat pembawakan padahal now aku selalu makan hati kalau ada orang salah cakap. Patut layan dan terus terang bagitahu atau pendam kan sebab taknak besar kan perkara macam ni, oh oh dino is buntu (-,-").

Oh hari ni adalah size buah peach. Hehe harap harap peach ini baik baik saja di dalam sana dan tak terikut perangai buruk aku. Hari ni kita sambung mengaji okayyy? Minggu depan kita jumpa doktor sama sama. Nak dengar heartbeat awak lawan lawan dengan mami/mama/emak/ibu/umi/whatever aku  sebenarnya tak decide lagi) punya. Mintak mintak ayah awak pun sempat datang teman. Haritu tak dapat masuk sama. Hehe.

Okay lah baby peach. Ini adalah awak haritu masa check up. Somel. Membesar dengan sihat okay peach manis manis.