Antara amalan yang perlu diselalukan semasa mengandung adalah sembahyang taubat. Banyak pesanan oleh pelbagai orang dan banyak kali juga oleh mama. Kata nya, kalau boleh lepas ngaji, solat taubat. Aku tak google dan tak tanya pun kenapa perlu sembahyang taubat, tapi logikal nya adalah, kita manusia biasa dan selalu buat dosa kecil besar. Maka, taubat lah selagi sempat. Dan aku fikir, mungkin taubat 9 bulan terakhir ni adalah taubat yang terakhir. Wallahualam.
Jadi solat 2 rakaat, niat sunat taubat. Dalam rakaat pertama, selepas Alfatihah, baca surah Alkafirun. Dalam rakaat kedua baca surah Alikhlas selepas Alfatihah.
Dan semasa sujud terakhir, selepas 'subhanarobbiyalla'ala wabihamdih', baca yang bawah ni. Ada kata kena baca 40 kali. Ada yang kata 10 kali. Tapi seingat aku masa kat stf dulu qiyammulail, aku baca 11 kali. Mungkin maksudnya baca yang termampu.
Selepas bagi salam, banyak kan istighfar, 10 atau 100 atau semampunya.
Semoga taubat kita semua diterima. Salam Jumaat.
No comments:
Post a Comment