Tuesday, April 17, 2012

Awek rempit liar

Tengok gafar basah basah baru balik dari kwsp kena hujan teringat pulok zaman aku dulu pernah merempit. Nama je perempuan, tapi semua selekoh aku rasa dengan lutut. Kira lah berapa belas garis scar ada kat lengan aku ni sebab jatuh terseret atas jalan. Amacam, ganaz kan gua.

Dulu masa bawak motor benda aku paling risau adalah rambut pacak aku. Cabut je helmet, oh shit, rambut gua tak terpacak. Paling risau bila semua wangian conditioner yang aku pakai dah jadi bau kepam. Eh tak tak, lagi merisaukan makin hari makin luas ladam aku sebab tergeser span helmet dengan kulit kepala. Lama lama terbentuk lah sebuah tasik di tengah itu nanti.

Setiap malam minggu tak pernah miss nak ronda ronda naik motor kat kl. Semua jalan kl aku hafal. Setiap jalan tikus aku tahu rahasia nya. Sebut nama aku, siapa tak kenal kat dataran merdeka tu. Kaki bersidai kat tepi jalan tengok abang rempit v3 buat show.

Ah sudah lah. Mana mungkin aku pandai bawak motor. Dan celah mana pulak rambut aku boleh pacak. Aku baru pakai helmet, nak start motor reti lah. Seimbang kan motor gua tak tak tahu macam mana.

Rindu nya nak liar liar tengok lampu dan berlonggok duduk kat dataran merdeka. Serius, rindu. Lagi rindu adalah orang yang meneman aku meliar itu. Sobss sobss.


Saturday, April 14, 2012

Negeri. Tabu. Cekik. Bisik.

Lebih banyak merungut tentang orang, lebih banyak keburukan sendiri yang terdedah. Biar lah semakin menambah usia tu, semakin gigih bukan sahaja galas tanggungjawab, tapi tunaikan nya. Bukan menyalak sekeliling kata kanan salah, kiri salah, sedangkan diri sendiri pun entah ke mana mana je arah nya. Pendirian bila seperti lalang, nasib nya nanti seperti lalang je gamak nya. Kena pijak. Tak ada kiblat yang nak diikut, tak ada juga pengikut setia nak mengikut. Rendah kan lah ego, dan itu bukan bermakna jatuh maruah. Kadang kadang tak salah belajar dengan guru lebih muda. Kan.

...........emosi kan aku tertidur senja ?


Aku sebenar nya dah lama nak cerita pasal beberapa buku yang dah lama gila selamat baca. Tapi wifi kat rumah cikbob kan selalu tarak.

Ngeri. Stok cerita pembunuhan bersiri yang meloyakan gila. Ni kalau aku baca masa kecil, sumpah aku berangan jadi salma nak menyelesaikan misteri.

Tabu. Cerita perempuan gemuk yang berjaya memikat lelaki nigeria bernama mosi. Ha ha ha. Cinta itu buta atau membutakan ?

Cekik. Ermmmm kalau diberi lebih masa, aku berjanji dengan diri sendiri bahawasanya aku tak akan ulang baca. Bukan nya apa, daya imaginasi aku sungguh tinggi. Tak boleh. Tak boleh.

Bisik. Setiap kali sambung baca, aku rasa lenguh tengkuk sebab asyik tertoleh toleh belakang. Cek ada hantu tak. Ada hantu tak. Hahaha. Sampai hati kau jadikan kucing sebagai watak mangsa utama. Demyu.

Esok hari ahad. Boleh lah bersilang tangan belakang kepala, baring di bilik sampai tulang belakang kebas. Yeayyy.

Sunday, April 8, 2012

seperti di surga


Sroot sreet sroot sreet. Alahai kesian betul aku tengok dari tadi tak berhenti henti sedut hingus. Menahan hingus dari tertumpah adalah mengemosional kan ye aku tahu. Mahu saja aku mengambil tempat mu supaya aku sahaja yang menghadap siksa mu itu sayang.

Sungguh geli sekali bila aku baca balik.

Seronok betul berada di rumah sendiri. Dengan tv terpasang tak ada siapa yang tengok. Dan telinga menangkap bunyi kamera fikah mengambil gambar ciko dan bubu kadang kadang ada sayup sayup dengar suara mama dan ayah berdengkur. Harmoni. Menjeling handphone sekali sekala kot kot mr handsome ada wasap manja ke apa, woi surga nya rasa sekarang ni. Lagi surga esok baru ahad dan aku masih bercuti isnin nanti. Weehoooo !!

Hari ni, aku kira kira aku betul betul berada di rumah adalah 3 jam sahaja tak termasuk waktu tidur. Selebih nya adalah aktiviti outdoor bersama mama, fikah dan hafiez. Mama sungguh liar sekali bila aku pulang ke johor dan melupakan ayah tertidur di rumah. Hahaha.

Saja saja merepek. Sebab sebenarnya aku tengah skodeng timeline. Kot kot lah kan hans isaac reply mention aku.


untung nya awak sayang, bergambar dengan datin norjuma. err, maksud gua bergambar dengan tudung juma.


p.s : yeayyy, tinggal beberapa lagi yang tinggal (((: