Lebih banyak merungut tentang orang, lebih banyak keburukan sendiri yang terdedah. Biar lah semakin menambah usia tu, semakin gigih bukan sahaja galas tanggungjawab, tapi tunaikan nya. Bukan menyalak sekeliling kata kanan salah, kiri salah, sedangkan diri sendiri pun entah ke mana mana je arah nya. Pendirian bila seperti lalang, nasib nya nanti seperti lalang je gamak nya. Kena pijak. Tak ada kiblat yang nak diikut, tak ada juga pengikut setia nak mengikut. Rendah kan lah ego, dan itu bukan bermakna jatuh maruah. Kadang kadang tak salah belajar dengan guru lebih muda. Kan.
...........emosi kan aku tertidur senja ?
Aku sebenar nya dah lama nak cerita pasal beberapa buku yang dah lama gila selamat baca. Tapi wifi kat rumah cikbob kan selalu tarak.
Ngeri. Stok cerita pembunuhan bersiri yang meloyakan gila. Ni kalau aku baca masa kecil, sumpah aku berangan jadi salma nak menyelesaikan misteri.
Tabu. Cerita perempuan gemuk yang berjaya memikat lelaki nigeria bernama mosi. Ha ha ha. Cinta itu buta atau membutakan ?
Cekik. Ermmmm kalau diberi lebih masa, aku berjanji dengan diri sendiri bahawasanya aku tak akan ulang baca. Bukan nya apa, daya imaginasi aku sungguh tinggi. Tak boleh. Tak boleh.
Bisik. Setiap kali sambung baca, aku rasa lenguh tengkuk sebab asyik tertoleh toleh belakang. Cek ada hantu tak. Ada hantu tak. Hahaha. Sampai hati kau jadikan kucing sebagai watak mangsa utama. Demyu.
Esok hari ahad. Boleh lah bersilang tangan belakang kepala, baring di bilik sampai tulang belakang kebas. Yeayyy.
2 comments:
ada beli tabu n bisik haritu. tapi blom baca.
cekik? tu buku 1st kite beli.huhu.
hehehe kita first baca kougar. cop kita baru perasan, kita spell ngeri tu negeri. hahahaha
Post a Comment