Monday, October 17, 2011

Perfect Weekend

Semoga apa yang aku rasa sekarang berkekalan. Perasaan gembira. Gembira tengok ain kejar kejar dengan macy, gembira menadah telinga dengar nenek bagi nasihat, gembira perut kenyang, gembira menikmati aircond dan tv serentak, gembira teringat balik apa yang terjadi selama dua hari hujung minggu ni. Hehe.

Dari jumaat hari tu, hidup aku dah start luar biasa punya aktif. Selama ni memang aktif, cuma kali ni kena lebih aktif. Paklong aku buat kenduri hari raya untuk staf damini. Aku haruslah bertindak sebagai wakil tuan rumah supaya majlis lebih meriah. Dari makan, birthday surprise party, pasukan koir yang dikendalikan aku haha, sampailah tengok bola kelantan lawan terengganu. Semua pun ada. Azmi fendi shahmie kak ikan gafar rosdi, semua ada.

Sabtu bermula dengan tak berapa aktif. Sebab semua keliru tak tahu mana arah nak pergi. Haha. Sampai berkeliaran lah adik adik saudara aku. Dari nenek paklong maklong mama fikah paksu maksu dan semua adik saudara aku ada. Bising gila weh. Dah macam pasar borong. Makan malam yang agak lewat tapi masih ada tenaga pergi ict ye. Kalau malam masih panjang aku rasa semua permainan budak budak ni main.

Tak cukup dengan ni semua, hujung minggu aku rasa lengkap betul bila sgf datang sebab aku tak sempat singgah markas. Haha. Pantang terlepas sangkar, dengan aku aku sekali terpalit memakai lampu liplap kat kepala. Baru ict weh. Haha. Berpinar mata aku sebab ketawa tengok masing masing dah macam lampu disko bergerak.

Esok kerja. Tapi aku tak gusar pun. Sebab cukup dah adrenalin yang aku dapat hujung minggu ni. Haha poyo kau sayda. Poyo.

p.s : seronok betul main edit edit gambar. Ke aku jakun ?

Saturday, October 15, 2011

Sabtu yang mengelirukan

Hai. Sabtu macam ni oh iaitu bila aku berada di nusa rhu macam ni betul betul buat aku clueless. Tak tahu nak buat apa dan tak nak gerak ke mana mana pukul berapa. Especially bila semua pakcik makcik aku ada kat sini. Kasihan. Aku sebagai tourist guide yang ada tauliah rasa serba salah biarkan semua nya bergelimpangan depan tv. Bukan tengok drama ye, tapi tengok abang saudara aku main ps3. Sampai hati kau paktam. Nampak tak mak aku terkebil kebil. Bagi lah dia tengok sinetron. Haha.

Hmmm. Aku sebenarnya rasa tak tenteram. Rasa macam semua aku buat sekarang ni adalah salah. Tak apa lah. Let the silence do the talking.

By the way, 2 orang favourite aku are in town people !

Wednesday, October 12, 2011

jerit sama dengan sayang


Wanita : Hey masuk mana ni, terus ke kiri ?!!
Hamster: Kiri kiri kiri !!!

Wanita memulas stering sampai berpusing badan, dia masuk kiri, dan terus kiri. Aku berderau darah nak menjerit. Tapi hamster dah jerit dulu.

Hamster : Hoi bukan kiri yang ni, lepas masuk simpang kiri, terus !! Bukan ikut kancil depan tu !!
Aku: Wanita, kenapa kau masuk sini !!! Terus terusssss !!!!!
Hamster : Hoi hoi hoi ! !! Bukan kiri yang ini !!!
Wanita : Korang diam korang. Diam !!!! Ha, aku masuk sini sebab nak isi minyak lah setan !!!

Haha. Sebal ye telinga aku lepas keluar dari kereta wanita. Bayangkan lah. Adakah perbualan sama macam perbalahan. Tak ada suara nada rendah. Semua jerit belaka. Haha. Kalau orang luar dengar mesti ingat ni adalah pergaduhan, padahal ni adalah cara menyalurkan kasih sayang.

Sejak dari ikea, tak ada suara lembut. Dari aku, hamster, wanita ecah pun sama terjerit. Nak order meaball berapa banyak pun nak jerit jerit. Haha. Aku pun sama weh.

Hamster : Bagi aku tikus tu balik !
Echah : Tak boleh !!! Aku nak letak atas bahu aku !!! Tak boleh lah !!!! Tak boleh tak boleh tak boleh (sambil berebut tikus lalu terjatuh)
Wanita : Woi aku geli lah !! Geli !!!

tikus di bahu ecah tu lah yang dimaksudkan


nama je tengah lepak dengan kawan, tapi aku asyik skodeng kek red velvet meja sebelah


Hal siapa nak bergambar dengan tikus pun mesti nak tengking tengking. Haha. Ni baru 4 orang. Esok lusa masa bercuti ke tambun nanti, kau rasa kena halau negeri tak agaknya.

Tak kisah lah supergirlfriends. Asalkan korang ada. Dah 13 tahun kawan kan. Kita pun masing masing tak ada siapa nak kawan dah. Suara semua garau macam kerbau. Semua takut. Haha.

haha macam sotong ye kau

wanita yang penuh tipu muslihat. haha selendang kau mana.

kau tahu tak ni tempat awam, kenapa liar sangat


Okaylah, mata aku sumpah dah taknak bukak dah. Aku haus jugak. Tapi berharap air tu datang sendiri kang dalam mimpi. Kepada semua penidur, jom jumpa di alam mimpi. Jangan ngurat gua.